Jom ikut UK

Thursday, November 20, 2008

..:: Aku mahukan kabar Gembira saja ::..

Maafkan aku.sejak akhir-akhir ni aku agak sibuk pergi ke sana pergi ke sini.mencari masa depanku..Mesti kalian pelik aku yang sedang mencari masa depanku bukan?

Sebenarnya, dalam masa yang begitu singkat,macam-macam aku alami. Kalian mesti pelik kan entry aku sejak akhir-akhir ni asyik nak C A B U T jer bunyi nya bukan? huhu..

Penat sangat ke hulu ke hilir mencari masa depan yang baru. Bukan nya senang seperti yang kalian fikirkan. Orang selalu cakap," alah, search je kat jobstreet,jobsDB dan macam-macam lagi". Semua sudah ku buat..Dan akhirnya, aku rasa penatku amat berbaloi.

Hari ini adalah syarikat yang ke3 aku lawati. Semua ujian yang di beri padaku, aku dapat menjawabnya dengan tenang. aku diberi 2 ujian iaitu ujian menulis dan ujian lab. Bukan untuk menjadi hidung tinggi, tapi kenyataannya aku sudah biasa buat pengaturcaraan itu. Tapi bukan rezeki ku, di situ hanya mahukan seorang senior yang boleh menjadi leader. Dan aku meminta maaf kerna aku tidak dapat menerima jawatan itu. aku masih lagi baru dalam bidang ini.Baru saja setahun jagung, aku rasa aku tidak mampu untuk memikul jawatan itu. Aku pulang dengan memberikan jawapan yang hampa. Tidak mengapa bukan? aku memberikan peluang ini kepada anak muda yang lain..hihi..baik sungguh hatiku hari ini :D..hari ini saja la kan..

Sewaktu perjalanan pulang, aku menerima panggilan dari salah satu syarikat yang telah aku lawati. aku fikirkan mungkin jawapan yang menghampakan aku. Tapi tanggapan aku itu sama sekali salah...yang sebenarnyaa.....AKU MENERIMA BERITA YANG GEMBIRA......

Aku seperti mahu melompat dalam keretapi laju.tapi malu jugak semua orang melihatku tatkala suara ku begitu TERUJA.hihihi...malu..malu..tawaran yang aku terima agak bagus. tapi aku masih lagi menunggu surat tawaran dikeluarkan..yay!

Esok masih punya syarikat yang perlu aku lawati.tapi aku sudah menolaknya, supaya bos aku tidak mengesyaki apa-apa..

Malam ini, harus ku berterima kasih pada Tuhan kerna telah memberikan ku rezeki..:)

6 comments:

kumbangkecil said...

awak.tahniaah.! awak kerja dalam bidang apa yee. Tuhan tuh kn adil. awak da berusaha. takan Dia tanak bg pape kt awak. :)

Cik Oren said...

hehe betul tu.sy keje dlm bidang IT-software.Timer kasih yer kumbang:)

Mr Dino said...

waaahhh.. boss tak baca ker blog juju?

Cik Oren said...

hehe...boss da tau dah..hihi..
He also say congrats to me!
hihi

kumbangkecil said...

hihi. tuh bidang kita jugak. tapi kita maseh blajar. lebih pada networking ngn database. bf kita lah same ngn kak oren. dia amek software. susah tak kak na carik kerja dlm bidang ni.

bdw, rata rata kawan blooger kita mesti lebih tua, jadi kita panggil awak kak oren yaa. :D

Cik Oren said...

hehe..kak yer?boleh laa..

dlu pun time study, x pnh terpk pun nk jd programmer.uhux.sbb subjek programming slalu cukup2 mkn jer.tp skang programming jugak jd pilihan ..:D

secara jujur nya kan,programming x der la sesusah kite belajar dlu.nnt bile kumbang da keje,baru kumbang tau yg ape yg kite belajar tu xder kene mengena sgt pun dgn keje yg akan kumbang buat..