Jom ikut UK

Sunday, January 15, 2012

2012

 

Assalamualaikum.

Dah lama aku tak kemaskini blog ni kan. Haih~ bukannya apa, connection kat rumah ni pun asyik on off, makanya mood aku pun on off la.

Di tahun baru ni, azam aku cuma 1 jer yang terbaru. Korang kompem dapat agak apa dia kan. hahaha… Nak majukan perniagaan dobi aku tu jer la. Alhamdulillah, bulan ni dah masuk 4 bulan dah dobi aku beroperasi. Aku banyak concentrate pada Dry Cleaning Service. Syukur alhamdulillah, rezeki yang cukup untuk kami anak beranak even AF tak keje dah 2 bulan.

Hari ni aku nak beritahu korang gak yang sebenarnya, aku sekarang mengandung anak ke2. Sekarang kandungan aku dah 6 bulan pun. Mengandung kali ni tak der alahan langsung melainkan aku menjadi seorang yang sangat PEMALAS. Nasib baik ada suami yang sangat memahami. hehe…

Ye la, mana taknya, kalo sebelum ni pantang sebut nak kuar gi jalan, pasti aku yang orang pertama yang plan nak gi situ sini. Tapi skang ni, beli susu anak, pampers anak, semua laki aku yang uruskan. Aku ikut tapi tak keluar dari kereta pun. hahaha..Malas wei nak berjalan.

Ape lagi ye nak story mory. Oh ye, pasal AI plak. Anak dara ni skang sangatla aktif dan friendly teramat. Aku nak bawa pergi dobi pun risau. Semua orang dia tegur dan nak sembang. Takut je, buatla aku kusyuk kat dalam tup tup dia dah lesap orang amik. Makanya aku tinggal je die kat rumah ngan bibik mak aku.

Mulut AI sangat la kecoh. Orang kata macam aku. hahaha…mestila kan MAMA BOREK ANAK RINTIK. hihi…kemana lagi nak tumpahkan kuah kan kalo tak ke nasi..hehehe… Mak dengan ayah aku, kalo tak der AI satu hari kat rumah, memang telefon aku asyik berdering je la. Rindu dengan kekecohan cucu la katakan. Banyak jugak perkataan yang AI dah boleh sebut dengan jelas dan aku tak sangka langsung dia boleh sebut.

Macam hari tu, aku tanggalkan cardigan yang dia pakai sebab aku tengok macam dia panas jer, tetiba dia amik cardigan tu bawa kat aku dan cakap “mama, pakai laaaaaaaa”. Terkejut aku…melawo no 1 anak dara aku ni. hihi…

Sekarang pun dia da pandai tak nak tdo dengan aku dan AF. Mungkin dia da tahu lagi 3 bulan je lagi die nak jadi kaklong kan. Bila aku tanya, nak tdo dengan mama ke ayah? terus je dia geleng dan terus masuk bilik adik aku. haih…aku ni yang sebenarnye tak leh berenggang ngan anak dara aku..Rindu woo walau xder seminit depan mata.huhuhu…

Ok la, ni je la cerita aku kali ni. Nanti ade masa aku kemaskini lagi ok. Di akhiri dengan gambo anak dara aku Smile

DSC00861

DSC00884

DSC00896

DSC00906

DSC00902_1

5 comments:

Nora Latiff said...

anggun, nanti auntie datang kuantan boleh kawan dengan damia eh.. damia pun pok pek jugak tapi bila orang takde je, huhuhu~
makin comey anak dara juju nih..

LiErOSe~QiEmi said...

weh ko dah preggy ke 2??? tahniah.. dah 7 bulan la sekrang kan... dah tak lama dah.. aku doakan semua selamat ye juju

aizamia3 said...

tahniah.. moga semuanya berjalan lancar dan selamat..

psstt: lama tak singgah kat sini..

Xeea said...

Whoaaa anggun nak jadik Kak Long dah. Congratz!

aizamia3 said...

wah.. dah setahun usia adik tu.. ;)
nampak bona dah lamo tak singgah sini..
suka tengok Kerdas tu.. ;)