Jom ikut UK

Wednesday, December 17, 2008

..:: Vote ::..

ok kalian..

saje je untuk marketing Online Shopping aku dan kawan sepeniaagaan aku. Kepada sesiapa yg suka dengan tudung bawal dan macam-macam lagi variasi tudung ( akan update dari semasa ke semasa ) boleh la singgah kat blog Online Shopping kami.

Harga yg diberikan adalah termasuk dengan postage. ( lagi banyak anda beli harga lagi sikit anda membayarnya..kira mcm diskaun la :) )

Buat masa sekarang kami hanya menjual tudung sulaman tangan ok.

Sila lah vote perniagaan kami di sini :- Supermummy

Tuesday, December 16, 2008

..:: MIMI Lagi ::..

Makin Cun x saya...(MIMI tanya :D)

Mimi ni da macam anak aku da. Segala perkembangan pasal die, akan aku updatekan kat blog buruk ni.

Satu perkembangan terbaru pasal MIMI ialah . . . . .

. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .

Dia sudah boleh duduk...hihi...da mcm manusia da si MIMI ni kan...hhehehe...


Kiut x? hehe..aku geram betul ngan si MIMI ni..cam tau2 jer aku amik gambo die.. da tau posing kan.ehehe..

Friday, December 12, 2008

..:: 11 Disember 2008 ::..

Venue: McDonald Kota Kemuning
Theme: Power Puff Girl

Happy Birthday Nurin Safiyya Batrisyia a.k.a Esya..
Opps..beday gurl ni same ngan beday Sultan Selangor. So today is a Holiday :)

Bertuah jd si kecik ni kan. kali ni majlis hari jadi Esya buat kat McDonald. Ni semua gara-gara pernah kat ctu, dan masa tu ada orang buat majlis hari jadi. So, Esya ni ape lagi..cakapla kat ayah die "Ayah, nnt buat beday Esya kat cni ye". abg iparku mcm biasa laa...hanya mengangguk dan senyum..ehee...

Geng-geng si kecik tunggu makanan sampai. Perasan x ade Chinese Boy 2 org tu? yang baju oren tu namanye Nathan dan yang baju putih tu namanya John. ehehe..Si John tu selalu kene buli ngan Esya tu..hihihi..lawak kan. Smpai John tu takut dgn Esya. Tapikan..ape2 jamuan buat kat umah si Esya mesti ingat John tu. So kena la ajak John sekali. Ni pun utk beday ni, Esya ajak sendiri tau.hihihi...Maktok die selalu cakap yang John ni pakwe Esya.hihi..apa-apa je laa Maktok :P

1. Anak buah sulung a.k.a Along bersama Esya
2. adik bongsuku a.k.a Amin dan Eni
3. Anak buah sulung pompuan a.k.a Eyya dan Cik oren yg x oren:P
4. Kakak kpd Esya a.k.a KAKAK dan Cik oren yg x oren:P
5. Along,Eni,Amin dan Eyya
6. Four Pinkers : Abah,Along,CT dan Eyya

Masa utk potong kek sudah tiba. Jom kita nyanyi..

Happy birthday to you..
Happy birthday to you..
Happy birthday to Esya..
Happy birthday to you...
Tiup lilin...



Makan - makan dan snap gambo :). Kecian kan umi die xder. Aku pun x pasti apa perasaan budak 2 org ni, samada rindu umi die ke x.hehe..tapi untuk majlis ni, kakak aku tgh LIVE 3G dengan kitorg. Canggihkan alat komunikasi skang. Aku plak yang tetiba sebak tgk dak 2 org ni.hihi...sentimental betul la aku ni..hihihi...

Gambar akhir sekali..kami sekeluarga bersama Beday Gurl

Saje je attach video masa nyanyi utk Esya
video

Wednesday, December 10, 2008

..:: Menu wajib ::..

Saja nak berkongsi dengan kalian mengenai menu wajib kami setiap kali tiba hari raya. Kalian semua tahu kan aku ni memang orang asli TIMUR. Abah ku orang Terangganu. Manakala Mak pula orang Kelantan. Kami adik-beradik semua dilahirkan di Pahang. Jadinye camni lah :-

Terengganu + Kelantan = Pahang

Ok. habis cerita pasal asal-usulku. Kebanyakan menu kami kat rumah adalah masakan orang Terengganu. Nak tau kenapa? Sebab nyer...... dlu-dlu kan selepas je mak aku kawen dgn abah aku, diorg tinggal dgn mak abah aku iaitu nenek aku dan ibu mertua mak aku. Kalian faham x? alaa buat-buat paham je la.

Arwah nenek aku ni adalah seorang peniaga dalam bahasa lain (businesswoman). Kalau x silap aku la kan, nenek aku dlu jual macam-macam kuih. Antara yang aku ingat pau, kusui, apam, taik itik dan macam-macam lagi la. ala pendek kata, kalau kalian pergi Terengganu kan byk mknan yg pelik-pelik betul x? leh katakan semua tu nenek aku buat utk di jual. Selain itu juga, nenek aku memang seorg Tauke Nasi Dagang.

Apa yang aku nak ceritakan...pembantu nenek aku adalah mak aku. Jadi nye kan, segala ilmu mengenai masakan telah diturunkan kepada mak aku. Sebab tu la mak aku jadi tukang masak femes kat Kuantan tu..ehehe...(kite harus puji mak kite tau).

Alamak cam da lari tajuk skit. ampun ya kalian.

Setiap kali tiba hari raya, abah mesti akan pergi cari perut lembu untuk dibuat kerabu perut. yummy..kalian mesti pelik kan.perut lembu yang di cari.hihi.. itu la menu wajib kami sekeluarga. Untuk pengetahuan kalian juga, bknnye perut yg biasa letak dalam sup tu tau. perut yang kami panggil ni adalah usus kecil lembu yang baru disembelih itu. Sebab tu hanya dapat di makan pada musim perayaan. kan ramai orang nk tumbang lembu bila masa raya. nak-nak skang raya haji.hehe..lagi banyak...

Selain itu jugak, menu wajib adalah Singgang Tulang. perghhh sedap tau.. sedap dari sup tau. Kat bawah ni ade pic Kerabu Perut dan Sup tulang. Menu wajib kami.

tu je la yang nak aku kongsi kan..nnt ader menu yang sedap, aku umum kan ok? chow

..:: Masa Pulang ::..

Skang aku nk update sikit pasal MIMI. Kat bwh ni ade 3 keping pic MIMI yg kebosanan duk dalam kereta.

Ye la untuk pengetahuan korang semua, aku pulang ke kampung bersama-sama MIMI. ni la pertama kali aku bawa MIMI jalan jauh. Sebenarnye, aku risau jugak la takut die nak ter - ehemm kan. Tapi akhirnya, aku selamat bawa die pulang dengan keadaan kereta ku yang amat bersih tapi penuh dengan Bulu Kucing...

Pada mulanya, si MIMI ni duk kat belakang, agaknye dia bosan kemudian dia datang lepak kat depan pulak. nasib baik la x kacau aku yang sedang memandu.hehe.

Okla, xnak berceloteh banyak sangat. Korang layanla pic kat bawah ni ye. :)


Merenung masa depan, sambil berfikir "kemana agaknye mummy nak bawa aku"



Ubah posisi..bau fragrance Ocean.best jugak. (aku agak je mimi ckp camtu.hihi)


wah..best best...bau yang menyegarkan..hehe..

Thursday, December 4, 2008

..:: Ku redha Sendiri ::..

Sudah sekian lama ku mencari..

Akhirnya terjumpa juga...

Hayati dan Fahami..

Lagu dulu penuh dgn maksud tersirat..

Yang kadang kala menyentuh peribadi kita..

Betul tak?

..:: Mimpi ::..



Kamu percaya pada mimpi x?

aku ni x berapa percaya pada mimpi. tapi pernah juga mimpi aku menjadi kenyataan. cuma bagi aku mungkin hanya kebetulan.

aku mempunyai mimpi pelik pagi tadi. seseorang yg aku x pernah mengenalinya sebelum ini, tapi datang melamar ku. dari segi paras rupa dan fizikal 100% adalah seperti jejaka idamanku. dari segi perangai nya itu aku tidak pasti. baik kah dia? jahat ke dia? adakah memenuhi sifat jejaka idamanku jua?

hhmm...aku terfikir, macam mana aku boleh termimpi lelaki itu?

jika mimpi ini menjadi kenyataan, bagaimana ya?

aku tidak mahu melukakan sesiapa. itu saja kemahuanku.

Tuesday, December 2, 2008

..:: Marah ::..


Aku marah sgt dengan driver bas Kolej kat rumah aku tu...Pagi-pagi dah Jerkah aku dan cakap BODOH kat aku....eeeeeeeee aku gerammmm sangattttt..

Aku mcm terkejut ...yang bley aku balas balik kat org tua x sedar diri tu " ape lak suke-suke je cakap org Bodoh ".arghhh...

Ceritanya camni:

Aku dari Selatan nak ke Utara umah aku..kat ctu ader roundbout yang boleh aku uTurn ke Selatan semula. Lepas tu kat roundbout tu bas tu mcm tunggu aku naik jer sbb die nak turun ke Selatan..Then aku tunggu die turun dlu...lame aku tunggu kat bawah..bile da lama sgt..aku pk mesti bas ni bagi aku laluan dulu kot..so aku pun naik, tetiba dekat ngan die...die buka tingkap bas dan JERKAH aku BODOHHHHHHHHH......

aku yang tgh bawa kete..terkejut beb...aku sound pun lembut lagi..huhu...lepas je aku uTurn tu...aku rs nak bawa buldozer dan rempuh jer bas tu...Dasar org tua x sedar diri!..giler kurang ajar...iskk..aku memang marah sangat kat driver tu!

eee aku da mati akal x tau describe die camner lg..camni ker org tua bg contoh kat org muda?? x sedar ker...yang kubur tu senantiasa duk panggil engkau wahai driver yang kurang ajar!

Monday, December 1, 2008

..:: Part 1 ::..

Cerpen pendek ini di ambil daripada Tazmania03 Blog.

Ika melangkah pantas menuju ke dewan kuliah. Dia bangun lambat. Lagi. Pagi tadi, apabila tersedar sahaja dari tidur seperti biasa dia akan melihat jam yg tertera di handphonenya. Tiba-tiba apartment Emerald Park (EP) yang tadinya tenang menjadi bising dengan jeritan Ika


"Arrgghhh da lambat. Macam mane ni?? Nak buat apa ni ?", kalut Ika sambil mundar mandir seperti orang gila.

"Kenapa Ika?", tanya Gee yang juga merangkumi roommate Ika sejak dari hari pertama mereka mendaftarkan diri untuk belajar di situ.

"Gee, kelas pukul 9 tapi sekarang da pukul 8.51 da. Nak buat ape ni ?", jerit Ika.

"Pergi basuh muka. Tak payah mandi. Gee siap kan Ika punya beg", arah Gee.

"huh, okey okey", macam anak murid Ika mendengar kata. Series, Ika memang begitu. Apabila dia dalam keadaan kalut , otaknya seperti tidak boleh berfungsi.

Sekarang ini, Ika macam tidak cukup tanah untuk berlari. Tiba sahaja di depan pintu dewan kuliah, dia menarik nafas panjang sebelum masuk ke dalam.

"Bismillahirahmanirrahim!!", desisnya. Sebaik sahaja dia membuka pintu dewan kuliah tersebut orang pertama yang dia nampak adalah Jue. Terus sahaja dia melangkahkan kaki ke tempat kawannya itu sambil menundukkan kepala. Sedang dia berjalan menuju ke tempat duduk, pintu dewan kuliah terbuka sekali lagi. Ika menoleh.

"urghh, dia pun lambat juga ke? Hehe..", sempat lagi Ika mengomel di dalam hati.

Pensyarah IT Math, Miss Norain, yang dari tadi kusyuk mengajar di hadapan terganggu dengan kedatangan kami tetapi kemudian memulakan pengajarannya semula seperti tidak ada apa-apa.

"Ika, kenapa kau lambat?"
"Bangun lambat lagi ke?"
"Kau mandi ke tak ni?"

Jue, Ecah dan Iza bertubi-tubi tanya sebaik sahaja Ika duduk sederet dengan mereka.

"Hehe , korang ni macam tak kenal aku jek kan," sengih Ika.

"Eh, kejap jap. Weh kau pakai baju terbalik laa," jerit Jue tiba-tiba.

Ika terkedu.Terus melihat ke arah t shirt yang dipakainya. "Alamak macam mana boleh terbalik ni". Muka Ika pucat lesi serta merta. Cartoon tazmania yang sepatutnya berada di hadapan terletak di belakang. Memang tersangat la obvious kan.

Jue, Ecah dan Iza sudah mula tergelak.

"Ni t-shirt semalam kan. Yang kau pergi pakai baju semalam ni kenapa??", jerit Jue lagi. Jeritan Jue buat kali kedua itu membuatkan pelajar lain turut menoleh ke arah mereka.

"Weh Jue, kot ye pun nk cakap slow-slow sikit tak boleh ke. Kau nak bagi pengumuman kat satu kelas ke baju aku terbalik hah?", marah Ika perlahan. Pada waktu yang sama dia turut perasan yang seluruh kelas melihat ke arah mereka dan lebih spesifik ke arah dirinya . Ada yang tersenyum mengejek dan ada yang menunjukkan muka tidak puas hati kerana terganggu. Di sudut belakang sebelah kirinya pula Ika lihat lelaki itu juga tersenyum sambil menggelengkan kepala. Kelas menjadi hingar bingar.

‘Adeh..mana nak letak muka ni. Macam mana aku boleh pakai baju terbalik la pula. Ish..", Ika mengutuk dirinya sekali lagi. Dia rasa macam nak ketuk sahaja kepalanya di atas meja sebanyak 18 kali kerana malu.

Jue dan Iza seperti tidak cukup nafas menggelakkan Ika. Manakala Ecah pula menahan ketawa tapi tak jadi yang akhirnya meledak juga. Kelas menjadi agak huru hara seketika.

"Gurls back there. Anything want to share with us?", tanya Miss Norain, pensyarah muda itu, tiba-tiba dengan nada tegas.

"uh no.. nothing much miss", jawab Iza gagap sambil menyiku Jue supaya berhenti ketawa. Jue tertunduk-tunduk menahan gelak dan Ecah pula kembali fokus pada note di hadapannya tetapi masih lagi tersenyum. Ika di sebelah pura-pura sibuk mencari sesuatu di dalam beg.

"okay, please focus back here". Miss Noraini sudah kembali mengajar di hadapan.

Kelas menjadi senyap. Ika mengeluarkan note padnya, menulis sesuatu dan diberikan ke arah Ecah. Ecah membaca, kemudian menulis juga sesuatu di dalamnya. Setelah habis diserahkan pula kepada Jue dan Iza. Perkara yang sama berlaku. Dan akhirnya note pad itu dikembalikan semula kepada Ika. Dia membaca.



Ika mengeluh keras tetapi kemudian akhirnya dia tersenyum sendiri geli hati.