Jom ikut UK

Tuesday, March 8, 2011

Pertama kalinya : Jelajah Blog Kategori IBU

 

Ya untuk pertama kalinya, aku boleh join Jelajah Blog 2011 kategori IBU yang di anjurkan oleh Ben Ashari.

Seronok jugak bila kita kongsi pengalaman bersama blogger-blogger yang lain kan. heee.

Jom mula Smile

  1. Tepek banner;image
  2. Tajuk JELAJAH BLOG KATEGORI IBU dan linkkan ke entri ini ...
    • Sudah
  3. Siapa yang layak masuk ? Blogger blogger yang sudah bergelar ibu ...
    • Ya, sudah bergelar ibu pada 26 Oktober 2010
  4. Ceritakan secara ringkas mengenai diri anda ..
    • Saya seorang yang bekerjaya. Merupakan Ibu kepada bayi comel saya (bagi UK comel la, pd orang len xtau la. hee..) yang menyusu secara eksklusif nya susu ibu sahaja. Isteri kepada Incik Suami yang selalu tinggal kami 2 beranak demi mencari rezeki untuk kami sekeluarga.
  5. Apakah kenangan manis anda sewaktu bergelar ibu
    • Tanggal 26 Oktober 2010, tepat jam 12.18 am, aku mendengar tangisan bayi comelku yang baru saja keluar dari rahimku. Sungguh syahdu masa tu. Tak dapat nak ungkap dengan kata-kata. Walaupun pada masa tu aku hanya dapat cium bayi aku sekejap dan terus pengsan dek kerana ubat bius yang terlalu banyak.
    • aku terharu bayi aku di sambut oleh suami ku sendiri dan tali pusat kami juga di potong oleh Incik Suami. Doktor hanya memberi arahan kepada suami.
    • Dek kerana terlalu banyak kehilangan darah, Incik suami yang byk membantu aku utk berjalan, pergi toilet, mandikan aku dan uruskan perihal bayi.
    • Pukul 6 am, midwife bawa bayi aku untuk aku susukan. Masa tu aku rasa sangatlah terharu. Ya aku sudah jadi ibu. Aku akan susukan bayi aku.
  6. Kenangan pahit anda ?
    • Bila aku dan bayi ku terpaksa berpisah dengan suamiku. Suamiku hanya dapat menguruskan kami ber2 seminggu sahaja. Kemudian dia terpaksa pergi offshore selama sebulan Sad smile
    • setiap kali kami ber2 kene tinggal itu adalah kenangan pahit buat kami.
  7. Kata kata khas buat si suami ...
    • Terima kasih menyayangi syg dan Anggun sepenuh hati abg. Terima kasih jugak sebab berkorban demi kami dengan setiap minggu ulang alik kemaman – usj. Syg tahu abg memang penat. Tapi demi nak tengok anak membesar, abg gagahkan jugak nk balik. Syg xnak mintak lebih2 dari abg, cuma berharap 1 hari nanti kite akan selalu bersama ber3. xmo dah berpisah dan jumpe seminggu sekali. Seksa jiwa raga setiap kali berpisah.huhu
  8. Jika ada anak , apakah nasihat anda kepadanya dan juga buat anak anak yang berada di luar sana ..
    • Hargailah ibubapa masing2. Bukan senang mereka nak membesarkan kamu semua. Cuba anda renungkan setiap kali kite sakit, siapa yang bersengkang mata jaga kite? cuba ingat kembali. waktu kite kecil, nakkan sesuatu tapi ibubapa kt x mampu, tp mereka x pnh luahkan kpd kite, mereka tetap juga cuba utk tunaikan apa yg kite nak. betul x? Sungguh besar pengorbanan ibubapa kite. Hargailah setiap detik dan masa selagi kite punye ibubapa. Jangan nanti setelah mereka tiada baru kite nyesal x sudah. Selalulah hubungi ibubapa kt, diorg x nak pun duit kt, diorg sebenarnya nakkan perhatian dari kite dan juga kasih sayang dari kite sepertimana yang dicurahkan mereka kepada kite. Sedarla ye anak-anak diluar sana. Ini juga peringatan untuk diri aku. Smile
  9. Apakah harapan anda kepada anak anda ..
    • Harapanku semoga Anggun dapat jadi anak yang solehah dan menghormati orang tua. Sentiasa kasihkan Allah, Nabi s.a.w, dan jugak mama dan ayah. InsyaAllah.
  10. Nasihat buat si gadis di luar sana ..
    • Anak ini adalah anugerah yang x ternilai dan juga hadiah yang paling berharga dari Allah. Fikir panjang sebelum buat sesuatu. Fikirkan lah natijah pada diri sendiri, keluarga, dan balasan Tuhan. Kalau xnak anak tu janganlah di buang, berikanlah kepada yang memerlukan. Kesalahan anda jangan di bebankan kpd bayi yang baru lahir. Mereka x bersalah. Mereka x minta dilahirkan. Anda yang buat keputusan untuk membentuk sesuatu janin itu. Ingat semua keputusan di tangan anda!

17 comments:

mas.saari said...

singgah dari segmen BA
semoga menjadi ibu yang tabah dan sabar dlm mendidik anak2..

Hantu Ulam said...

terima kasih mas. InsyaAllah :)

Mamamya said...

Salam kenal dari blog ben... :)

Mrs Nageb said...

Alahai hantu ulam..setujuk sangat ngan kata2 kamu..touching beb..sayang anak2 semua..sekarang ni anak orang pun I sayang..tentu2 anak sendiri bertambah2 sayang punya :)

Hantu Ulam said...

mamanya - salam kenal.nnt sy singgah blog mama k.

mrs nageb - thx. tu la kalo ade org nk bg i baby pun i amik n jg mcm ank sendiri. tp mmg plan akn amik ank angkat :)

...mommy jue... said...

ko nak amik anak angkat babe? bestnya... aku takpe, dah ramai anak instant.. hehehe

Mamaleesya said...

salam kenal. Dtg dari segmen ben

http://diarialeesya.blogspot.com/

imnabila said...

hye2..
singgah dr blog abg ben..

nice blog !
follow awk ~
keep blogging tau ~ :)

aizamia3 said...

singgah ziarah dari blog abg ben...
moga sabar dalam membesarkan anak. kita lebih kurang sama sebab en. suami pun outstation..

shah-kayrul said...

salam kenal...singgah dari blog ben...


hebat nya ada suami yang sanggup bersusah payah untuk isteri...terharu betul

pRiNCe said...

entry yg sgt bagus...
thniah ye...:)

sy ni newbiee lagi...
jom bce info mnarik tentang petua orang2 tua untuk jga kecntikan tubuh badan...laki n pmpn..:)x

Cik Sue said...

baby anggun yg sgt chumelll...seanggun namanya...

salam perkenalan...singgah dr blog En Ben.. =D

.::~♥ღcik angkuh yg chumelsღ♥~::. said...

salam kenalan..tahniah ibu-ibu yang di list kan dalam blog abg ben tu..

apisv2 said...

salam,
mengunjungi rakan2 jelajah blog;)
dtg dr blog abg ben;D
blog apisv2

Diari-Selebriti-Mama said...

singgah dari segmen BA.
slmt bknalan.nice blog!dah follow^^
hantu ulam ni mesti awet muda kan?hehe
jemput ziarah blog http://mamaglamdiva.blogspot.com/2011/03/jelajah-blog-kategori-ibu.html

rizaros said...

salam pkenalan.. datang dari blog abg ben :)
jom follow sy jgak, untuk smangat berblog n kongsi info ttg mommy..hehehe..
rizaros.blogspot.com

Dda Ly said...

sedapnye nama dia..:)

meh ke rumah..
~kekasih hati chinta jiwa~
keep in touch ye..♥♥♥