Jom ikut UK

Wednesday, January 27, 2010

Makan Ulam Sambal Belacan

 

Petang semalam, tetiba mood aku tak menentu. Terasa dengan kata-kata dia. Aku tahu salah aku. Perlu ke kita ungkit kesalahan orang banyak kali? Kalau begini la sikapnya, kalo kene atas batang hidung banduan pun terasa nak masuk penjara balik. huhu…

Aku sedih bila dia mengungkit perihal itu. Aku tidak dapat mengawal emosi aku. Air mata mengalir tanpa mengenal malu dengan rakan pejabat. Argh…Nak bercakap dengan dia lagi pun aku dah malas. Dosa? Aku rasa baik aku berdiam diri dari aku mengeruhkan lagi keadaan. Ye la, bila amarah menguasai diri, tentu setan ni duk menghasut macam-macam.

Pulang saja dari pejabat, aku terus membersihkan diri dan mengambil widhu’. Aku perlukan seseorang untuk mengadu sakit hati aku ni. Argh..tapi siapa yang boleh aku mengadu? Mak? aku takut nanti apa pula kata dia. Aku terus membentangkan sejadah, mengadap Illahi yang Maha Mengetahui. Tidak sempat aku solat, air mata ini terlalu deras. Sungguh aku betul-betul tak dapat mengawal perasaan aku. Aku terasa sangat. Antara aku dan duit, aku rasa dia lebih pentingkan duit. Ya Allah.

Aku berdoa dan terus berdoa. Agar tenangkan hatiku ini. Moga aku boleh berfikiran waras dan fikir positif. Aku mengadu pada Dia, yang aku tak akan berbicara apa-apa dengan dia. Aku tak kan tanya apa-apa pada dia.

Tiba-tiba seusai aku solat, dia menelefon aku. Dia bertanyakan perihal rumah pada aku. Aku pelik, padahal hari ini langsung tak sempat aku nak bicara perihal rumah. Mungkin, Allah telah menyampaikan kepada dia. Aku rasa ajaib.

Aku rasa ajaib. Allah mendengar tangisan aku. Ye aku tahu, Allah sentiasa bersama hambaNya yang lemah. Tapi aku tak sangka begitu cepat dia menyampaikannya dan begitu cepat  dia mahu hati aku di ubati. Sekarang aku yakin, Allah tak kan selamanya mahu kita bersedih.

p/s: Ingatlah, Allah sentiasa bersama kita dalam apa jua keadaan kita. Dia tak pernah memilih sebagaimana manusia selalu memilih untuk menolong manusia lain.

No comments: