Jom ikut UK

Wednesday, September 1, 2010

Triffle untuk Hari Merdeka

 

Semalam aku dan Incik Suami berbuka puasa kat rumah anak buah Incik Suami. Dia btau Incik Suami dari minggu lepas lagi. Jadi aku pun duk pk-pk la kan nak bawa ape untuk pergi berbuka ramai-ramai.

Pk punya pk, aku dapat idea nak buat Triffle. Tahun lepas aku pnh buat dihari jadi Incik Suami tapi masa tu kami masih berStatus Tunang la kan. hihi…

Kali ni, aku mengarahkan Incik Suami untuk beli bahan-bahan untuk buat Triffle. hihi.. baru dia tau kos untuk makan makanan yg sedap berapa. ekeke…Terkejut tahap GABAN die bila total barang-barang untuk buat Triffle semuanya RM50. wahaha..untuk makan skali skala ok la kan. Untuk raikan sesuatu ke..tul tak?

Oklah, tak perlu berceloteh panjang, kat cni aku kongsikan ngan korang Resipi yang aku cedok dari aunty Nani Rostam. Thanks ye aunty sebab sudi kongsi resipi ni :)

Bahan-bahan

  1. Fruits Koktail
  2. Peach koktail
  3. Srawberri/Kiwi/Anggur (ikut kegemaran)
  4. Konyaku Jelly
  5. Susu Ideal 1 tin
  6. Tepung Kastard 3 sudu besar
  7. Gula 2 sudu besar
  8. Strawberri Filling (Boleh dapatkan kat kedai kek)
  9. esen Vanilla
  10. Whiping Cream
  11. Kek Spounge/ kek Chiffon (kalau boleh jgn yg berperisa)
  12. Garam secukup

Cara-cara

  1. Potong kek secara dadu dan susunkan dalam mangkuk kaca telus supaya nampak menggiurkan. Kalau xder mangkuk telus guna je tupperware yg lutsinar :)
  2. Tuangkan Strawberri filling ke atas kek.
  3. Tuangkan konyaku Jelly (Cara memasak, ikut saja arahan dibelakang kotak. Masukkan strawberi filling dan sedikit syrup koktail supaya rasa manis2 buah gitu)
  4. Taburkan fruits koktail.
  5. Tuangkan kastard. (Cara memasak : 1 tin susu Ideal, 1 cawan air, 2 sudu gula dan 3 sudu tepung kastard. Kacau dengan api yg perlahan supaya tidak berkerak. Bubuhkan garam secukup rasa bagi die sedikit lemak.)
  6. Taburkan Buah peach ke atas kastard.
  7. Tuangkan Whiping cream yang telah di putar.
  8. Taburkan buah-buah fresh – strawberi/kiwi/anggur
  9. Tuangkan baki Konyaku Jelly.
  10. Sejukkan semalaman dalam peti sejuk.

Triffle Besar – lapisan atas skali whiping cream

IMG00108-20100831-0002 IMG00111-20100831-0002

Triffle kecil – lapisan atas skali konyaku jelly

IMG00109-20100831-0002 IMG00110-20100831-0002

Selamat Mencuba di bulan puasa :)

Thursday, August 26, 2010

IFTAR dengan ACCPians

Semalam aku dan Incik Suami berbuka puasa ngan geng2 skolah ACCP. Sungguh lama tidak ketemu mereka. Kalo x salah aku, last jumpe mereka masa Ain buat open house.

Oleh kerana kebizian masing-masing, kami masih tidak dapat mengumpul semua ahli ACCP. Yang datang hanya aku, arni, ain, idah, huda,lina, sepul and ketua kepala untuk gathering ini Incik Jijul. Masing-masing datang dgn pasangan. eee syok jugak.

Tahun depan plak, kompem laa beberapa pasangan datang ber3 bersama anak masing-masing. hehe..

Majlis berbuka puasa kami buat kat Flying Chilis @ The Gardens. Aku sampai sane ngam2 la berbuka puasa. haha. itu pun puas aku pujuk Incik Suami. Ye la, die x tdo semlman dek kerana wiring umah. Dia baru je tdo sejam, aku blk keje trus g ajk dia g Bangsar.

Dia puas duk suh aku je yg g. sbb dia sayang nak bangun tdo la tu. aku ni plak duk berkeras duk cakap manja-manja gitu ajak die g skali. Ye la, da la die ade kadang-kadang ngan aku. X best jugak, bila da berstatus isteri ni g mane-mane sorang2 kan. huhu…Sib baik la, dia makan di pujuk. Kitorg gerak dari umah kul 6.30.

Perghh jem kat depan Sunway. tensi jugak memula. Nasib baik masuk je NPE, sudah tiada lagi jem. ehehe. Maka cepat jugakla aku smpai The Gardens. Okla, x mo celoteh byk2.

Aku tepek gambo je la yang di ambil oleh Arni and her partner. :D

Thank you darling.

Flying Chilis Menu & sedikit intro.

Flying Chilis1 Makan-makan

Flying Chilis2 Pasangan yang hadir

Flying Chilis4 Sungguh bersemangat Jijul & Sepul :P

Flying Chilis3

Dessert untuk penutup

47232_1589357542422_1490360281_31551823_4717226_n Sebelum pulang harus amik gambo semua yg hadir :)

Tuesday, August 24, 2010

Hari ke 11 & 12 berpuasa

 

Last weekend, ari Sabtu aku berbuka kat rumah Momo & Korie. Pada mulanya kami plan nak g berbuka kat Nailis Sentul. Then Momo pun call la Nailis utk booked tempat n tny berapa harga buffet kat ctu. Skali harga da naik da. Berapa ntah momo btau ari tu aku pun lupa.

Bila dah harga naik, Korie pun cakap baik die msk. :) itu yang best tu. Kami smpai je umah momo ptg tu da kul 6 ptg kalo x silap. Ye la, before tu aku p tgk baby Xeea & Cfu iaitu Alfiy Hafeez….kussss semangat baby tu. memang geram sape yg melihatnya…nak-nak tang pipi. Tul x mamanya Alfiy? ehehe

Sesampai je kami depan pintu umah momo, perghhhhhhhhhhhhhh bau tempoyak yang sangat menusuk kalbu. :D. tengok-tengok kat dapur korie tgh masak masak lemak tempoyak ayam. memang menjilat jari la mkn mlm tu. aku dan Incik suami smpai 2 kali tambah. Tuan umah lak x yah citer la kan bape kali tambah. ehehe..

Keesokan harinya plak, kami plan nk berbuka kat Rebung la kununnya..Skali tu, lepas je sahur aku ajk Incik Suami pergi Pasar Tani Mega kat Stadium Melawati. Punye la bersemangat nak tgk ape yang ada kat pasar tani tu kan. Sebelum ni aku asyik dengar citer dari abg ipar aku je. hihi…

Sesampai je kami di sana, perghh gilo wei tgk ikan, udang, ketam yg sangat fresh n seme nye hidup lg…As usual, aku ni kan org Pahang. Jadi semestinya aku sangat tak tahan kalo tengok ikan patinnnnnnnnnnnnnnnnnnnn….hahaha..ape lg, paksa rela la Incik Suami beli ikan patin. hihi…then jalan-jalan lagi, aku yang kepingin nak makan Ikan Sebelah atau ada jugak org yang panggil ikan sisa nabi, ada juga dijual. Maka beli la Incik Suami seekor utk aku. Mahal jugak ikan tu kat sini. RM20 untuk sekilo ikan sebelah. aku amik yg paling kecikkk je. ye la aku sorg nak mkn kan. wat pe amik yg besar2.

Incik Suami plak, memang x tahan tgk ketam yg berKaler biru. Oleh kerana semlmnya Korie buat masak lomak tempoyak yg sangat sedap, maka dengan itu, Incik Suami mengRequest lagi Korie buat masak lomak ketam biru itu. Apa lagi, aku pun trus la call Korie pagi2 buta untuk mengajar die dtg msk kat rumah dan dengan itu x jd la kami berbuka kat restoren Rebung.

Aku dan Incik Suami berpecah kejap. Dia pergi jenguk2 lagi lauk apa yang perlu di beli. Aku plak mmg dah kelabu mata x tau nk beli sayur kampung ape dah. ehehe..ye laa seme segar bugar tau. rasa nak beli seme je. masaknya xtau la bile kan. hihi.. so aku decide beli je pucuk paku. Oleh kerana ketam td da ade kuah. dan Patin pun ade kuah tempoyak. so, pucuk paku kita goreng saja. Dan x lupa juga bahan-bahan utk buat masak tempoyak patin n msk lemak cili api.

Bila semua bahan sudah di beli, aku pun p la cari Incik Suami. Skang lauk yg sudah dibeli hanya Ikan patin seekor, ikan sebelah seekor, ketam 7 ekor. PK PK mcm x cukup je. Sbb nak ajak trus la abg ipar aku dtg mkn. x lupa jugak babal n pakwe adik aku. so agak ramai jugak la kan. Kami decide beli udang sekilo. perghhh byk jugak yg aku beli.

Lepas beli semua lauk n sayur, kami pusing2 kat pasar tani. x sempat nk msk semua kedai, hujan pun turun. aku yg terkedek2 cam penguin rs hape je berlari dalam hujan. ekeke.. Balik umah simpan semua lauk sementara nk tunggu petang, aku dan Incik Suami pun terbongkang. hihi…

Ptgnye aku msk la menu untuk berbuka.

  1. Sambal Udang
  2. Masak tempoyak Ikan Patin
  3. Pucuk paku goreng kicap.

Aku da siapkan seme bahan untuk buat masak lemak ketam, cuma tunggu Korie je lagi. ahahaha…Miscommunication berlaku, korie ingat aku nk g berbuka umah die. skali rupenye die kene dtg umah aku utk msk.ahaha..kelam kabut depa dtg umah aku. sib baik seme bhn da siap cume tinggal masak je lg.hehe…

Pukul 7, masak lemak ketam pun siap dari air tgn korie :)

Kami semua berbuka puasa smpai x bley nk bangun. Dan aku plak smpai x bley nk tdo trus mlm tu. mayb anak aku terlalu kenyang dan dia pun asyik menendang aku je. huhuhu

The moral value untuk kali ini, aku dah serik makan byk2…pas ni mkn skit2 tp dgn kerap :D

P/S: Sorry guys, skang ni aku da malas nak amik pic. so entry kali ni hanya tulisan semata-mata :D

Thursday, August 19, 2010

9 hari sudah kita berpuasa

Alhamdulillah, setakat ini aku x ada kesulitan untuk berpuasa. Baby aku pun sihat je.

Cuma bila da nak dekat waktu berbuka tu, mula laa die mengeras bagai. Maybe mogok ngan mama die sbb lapar kot. hihi..

Kalau lepas berbuka jer, dia akan menari-nari bagai. Kelakar plak aku tgk perut aku. Kekadang aku nampak die berpusing 360 darjah. Ajaib kan..Seronok dapat main ngan baby yg masih dalam kandungan kita.

Aku setiap hari lepas je solat maghrib, akan landing kat atas sofa sambil main perut aku yg bulat. Bila aku main pusing2 dengan jari aku, pasti tangan baby aku akan ikut je ke mana arah jari aku. hihi…die geli kot. Aku rasa la…

Tapi bila aku panggil Incik Suami untuk tgk pergerakan, secara automatik die akan diam. ekeke..aku pun x paham. Dia malu ke takut ke ape kan. Jarang-jarang sekali la Incik Suami dapat tgk dia main tendang2 ngan aku. ekeke…bley plak gitu kan.

Tapi lain plak citer kalo aku peluk Incik Suami, pasti la baby ni tendang ayah die. ahaha…Kalo tido tu, memang xleh pandang Incik Suami la. Dia akan menendang sampai kita nak tdo pun x bley. hoho..Macam die jeles pun ade gak kan. ekeke.

Esok aku x bley pose sbb esok ade appointment ngan doc utk injection ke 2 untuk kancing gigi..huhu…Tapi ade org btau aku walaupun amik Injection still bole pose. Betul ke?

Maka dengan itu, lompong la puasa aku sehari untuk Ramadhan kali ini. Harap nye sehari je la kan. Thn depan lagi ssh nak ganti sebabnya aku nak BF anak aku plak..huhu

Update

Tadi aku da amik 2nd ATT dan jugak yang terakhir. Tak tahu la kali ni bape lame akan merasa lenguh tangan kiri ku ini. Untuk yang 1st ATT ari tu masa 30 weeks, seminggu jugak la tangan ni lenguh.huhu...Sebelum aku nak inject tu, aku tny doc puasa aku ni batal x? ye la, aku pun x pasti jadi aku tetap puasa walaupun ramai yang btau puasa batal.

Tapi Doc btau, puasa aku masih sah dan masih boleh diteruskan..alhamdulillah. Niat aku nak puasa penuh tahun ni insyaAllah termakbul...amin

Tuesday, August 10, 2010

Perkembangan bayi dari minggu 29 hingga minggu 40

 

image Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.

Seterusnya minggu ke-30. Puan perlu banyak berehat. Jika puan tidak bekerja, pastikan puan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan puan tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur - angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.

Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.

imageMinggu ke-32 pula, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.

Minggu ke-33, bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya puan perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.

Minggu ke-34, kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi puan telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.

Minggu ke-35 pula, akan berlaku perubahan pada diri puan. Puan akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Puan perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.

Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.

Bila sudah tiba minggu ke-37, kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.

Pada minggu ke-38, puan tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.

Puan seterusnya akan memasuki minggu ke-39, saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.

Minggu ke-40 adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adlaah saat yang ditunggu-tunggu. Puan akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Puan juga akan muali rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. Jadi impian puan dan suami kini akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa sahaja lagi. Bersabar dan saya berharap semuanya selamat.

 

My Baby Dialog: oh…saya sudah berusia 31 minggu..oh tidak, lagi 9 minggu saja untuk saya bertemu ngan mama & ayah saya…tentu mereka tidak sabar menunggu kelahiran saya..jadi saya mesti sihat dan cumel-cumel dulu sebelum jumpa mereka…hehe ;)

Wednesday, July 28, 2010

Baby oh Bayi

 

Sekarang kandungan aku sudah 7 bulan kalo ikut kiraan period aku. Tapi tiap kali aku pergi buat ultrasound baby aku eceli baru 6 1/2 bulan. 2 minggu lari dari jangkaan. Jadi dengan itu, baby aku masih lagi songsang bak kata doktor. Ia ambil masa lagi 2, 3 minggu untuk turun ke bawah. Aku harap semua akan ok.

Minggu lepas aku pergi buat 2d/3d/4d scan kat WellAgain Health Center seperti yang di war-war kan oleh senior aku iaitu kak Hanie. Keadaan baby semua baik-baik belaka. Cuma kecil sangat sebab berat baby hanya 925 gram dan tulang kaki dia pun agak pendek. Tapi berat aku sekarang da mencecah 55.1 kg dari berat asal dulu 49 kg. Naik banyak tapi baby tetap kecil. huhu..

Tengah berusaha untuk menambahkan berat badan. Kene pulak la sekarang aku ni macam rajin gile memasak. Tiap-tiap ari aku masak untuk makan malam dan tiap hari juga aku buka dessert atau kueh-mueh yang aku rasa nak makan. Nak beli kat Subang Jaya ni? hhmm…mesti buat mulut aku bising jer. ye la da la x sedap, mahal gile lak tu. Kalo mahal tapi sedap, aku x kisah jugak. haih…

Baby Checklist pulak, kebanyakan nye aku da siap sediakan. haha..awal kan? haha..alang-alang Incik Suami ada kat sini, baik aku shopping awal-awal. Nanti kalo dia da pergi kerja dan aku tinggal sorg, kompem r x best nak shopping barang anak sorg2…

Yang sudah disediakan;

Pakaian

  1. baju lengan panjang/pendek
  2. sarung tangan/kaki
  3. Topi
  4. Bedung
  5. Barut
  6. Bakul untuk pakaian (disediakan oleh makcik aku)
  7. Pencuci pakaian baby

Set Makan/Minum

  1. Breast Pump (Medela Swing)
  2. Botol susu + puting
  3. Botol susu untuk simpan susu
  4. Berus botol
  5. Rak botol

Mandian/barang jagaan

  1. Besen mandi bayi
  2. Syampu
  3. Mandian
  4. Minyak Bayi
  5. Putik Kapas
  6. Losyen
  7. Tuala
  8. Tisu basah
  9. Tikar getah
  10. Kepik kuku
  11. Minyak Yuyi
  12. Bedak
  13. Ubat pusat bayi

Kelengkapan Tidur

  1. Katil bayi
  2. Tilam (disediakan oleh makcik aku)
  3. Bantal tidur + peluk (disediakan oleh makcik aku)
  4. Selimut
  5. Kelambu

Untuk terakhir kali, ini dia 

WAN NOORSUZURAINI_9

Saya tengah nyot-nyot ibu jari ..:)

WAN NOORSUZURAINI_16

Nasib baik hidung ikut ayah saya..ekeke

WAN NOORSUZURAINI_22

aiyaa..saya ngantuk la mama..

WAN NOORSUZURAINI_43

okla..bye saya tidur dlu ye…jgn kejutkan saya sbb ni masa utk saya tidur macam ayah saya..wahaha

 

Jantina saya? Saya nak buat surprise la untuk semua orang..hehehe smile_wink

Wednesday, July 7, 2010

Kemaskini 5 & 6 bulan

 

Salam Bulan Julai.

5 Bulan

- aku naik gatal-gatal kat bahagian perut dan dada

 

6 Bulan

- Tak cukup darah

- Demam

- Batuk

- Selsema