Jom ikut UK

Friday, January 23, 2009

Selamat Tahun Baru Cina...

Selamat Tahu Baru Cina kepada rakan seperjuanganku di pejabat dan juga bagi yang beragama Buddha. Sempena Tahun Baru Cina, maka dengan itu bos telah belanja kami makan besar di DineOut Restaurant di USJ11.

Wah..sedap..sedap..pertama kali aku dapat makan Salmon Yu Sang. Di bawah ni ada la beberapa keping gambar rakan seperjuangan dan jugak semua jenis makanan yang di jamu. Kami makan sampai masing-masing da x larat nak bangun.haha...

Sebelum balik, kami raikan hari jadi Jessy dan Calvin. Makan kek pun da x lalu. Makanan yang di hidangkan banyak sangat la..Ok aku listkan ape yang kami makan okey:-

1. Salmon Yu Sang
2. Crabmeat Sharfin Soup
3. Four Season
4. Mongolian Chicken
5.Soya Source prawn
6. Steamed red Snapper
7. Wintery Lotus Leaf Rice
8. Mixed Vegetable
9. Dessert - Rabbit in the bushes...hihi
10. HomeMade Cake by wife boss..yummy..





Selamat Tahun Baru Cina...
p/s: Ofis tutup seminggu harap maklum...ho0ray

Tuesday, January 20, 2009

Hai Diari..

Aku rindu untuk menulis.. Tapi apakan daya, aku perlu menyiapkan kerja aku sebelum aku jumpa pelanggan(client). Banyak yang hendak aku ceritakan..Tapi bagaimana dan yang mana satu aku nak mula.uhux..

Ok..sebenarnye kan aku x sabar nak cerita dan kongsi dengan kalian mengenai 'Payung Emas'.

Bagi sesiapa yang x berapa faham dengan 'Payung Emas'. Sebenarnya 'Payung Emas' ini adalah hadiah yang dijanjikan Tuhan bagi isteri yang membenarkan suaminya berpoligami atau dalam erti kata lain membenarkan suaminya berkahwin lagi.

Tapi sanggup kah kita membuat pengorbanan untuk suami kita demi mendapatkan 'Payung Emas'? Mungkin kalian fikir, aku belum berumahtangga..x tau lagi asam garam orang yang berumahtangga bukan?hhmmm betul tu..aku x berani jugak nak cakap pasal ini..

Tapi apa yang hendak aku kongsikan dengan kalian semua adalah mengenai seorang perempuan yang bernama isteri yang agak baru ku kenali. Kakak dan adikku sudah lama mengenali perempuan itu tapi tidak aku. Mungkin mereka berjumpa masa aku tiada di rumah agaknya.

Perempuan ini adalah isteri kepada bos adik ipar kakak ku. Dia baik sangat. Selalu belanja kami sekeluarga. Apa-apa saja jamuan kami buat pasti dia dan suaminya ada sekali dan pasti beli macam-macam untuk anak buah ku. Kadang-kadang suaminya datang bersendirian untuk makan tengahari bersama kami. Itu pun kebetulan, dia habis bermain golf terus kerumah kakak ku dan makan la sekali kan. Adik ipar kakak aku adalah setiausaha kepadanya. Adik ipar kakak ku melayan bos dia makan macam kakak ku melayan suami nya makan. Aku agak pelik. Kadang-kadang garu juga kepala ku yang tidak gatal ini.

Aku hanya memandang. Diorang makan sepinggan la, minum secawan. Adakah memang sebegitu layanan seorang setiausaha kepada bos mereka? Pelik jugak, al maklumla aku bukannya setiausaha, jadi aku x tau bagaimana kerja seorang setiausaha...mereka begitu akrab sekali.hhmm x mengapalah..aku biarkan saja. Sampaila bos adik ipar kakakku ini menggunakan bilik dengan selambernya..Wah..aku terkejut jugak la..

Dengan kebingungan aku terus tanya pada kakak aku..Baru la aku tahu, bos adik ipar kakak aku ni memang terlalu rapat dengan adik iparnya. Pernah juga isterinya bertanya kepada adik ipar kakak ku, mahukah berkahwin dengan suaminya..Gulp...aku menelan air liur + mata yang terbeliak...

Tetiba terkeluar dari mulut aku, bertuahnya si suami dapat isteri cam tu..kalau Ju x tau la macam mane..Haih...mampu kah aku nak jadi macam isteri bos adik ipar kakak ku. . .

Dan untuk pengetahuan kalian juga, dia lamar adik ipar kakakku untuk menjadi isteri no 3..hua hua hua...Maknanya..dia sudah dapat 1 'payung emas'..Besarnya pahala yang dia dapat kan..

Dulu aku selalu baca novel yang mempunyai kisah sebegini, x sangka la pula ia berlaku depan mata ku juga. Aku x berani nak cakap lebih-lebih.. Tapi yang pasti lelaki ini amat bertuah dapat isteri yang baik dan sanggup bermadu kasih..

Besar pengorbanan yang dilakukan si isteri kepada suami. Bukan saja telah melahirkan anak seramai 5 orang malah sanggup bermadu kasih. Aku rasa kasih sayang dan cinta kepada isteri pertamanya x pernah berkurang sebab aku lihat mereka masih lagi romantik seperti pasangan kekasih yang lain..tapi x tau la kalau dia hanya menutup kedukaan yang dia hadapi kan.

p/s: Kalian fikir la sendiri..tepuk dada tanya selera.:)

Thursday, January 8, 2009

..:: Maaf ::..

Maaf..
agak lama blog ni membisu...
aku agak sibuk ditempat baruku..
Masih mencari masa yang sesuai untuk kemaskini blog yang x seberapa ini..
Aku fikir mahu kemaskini petang semalam..
Tapi malangnya,
setelah masuk kereta baru ku teringat aku patut kemaskini blog habuk ku ini..

Harap aku di maafkan..
Tiada apa yang hendak ku kongsi kan...
Aku masih lagi kekeringan idea untuk menulis...
Sebab dalam fikiran ku hanya VB..dotNet...VB..dotNet..
dan juga UM iaitu University Malaya...

Adeyh...begitu cepat masa berlalu..
Nanti kalau ada cerita yang menarik...
Akan ku kongsikan bersama kalian semua..
Pergi dulu ya...

Daaa~

Friday, January 2, 2009

..:: Permulaan ::.

Tidak terlambat untukku mengucapkan Selamat Tahun Baru dan Awal Muharram.

Hari ni merupakan muka surat baru bagi diari 2009 aku. Penuh dengan azam dan impian baru. InsyaAllah akan ku capai satu persatu dengan izinNya..

Hari ni juga, hari pertama aku ditempat kerja baru. Dari pagi tadi aku agak sibuk, 'Setup' itu ini untuk kegunaanku sendiri. Persekitaran di ofis baru x jauh beza dari ofis lama ku. Masih lagi ada POOL Table, set sofa atau dalam erti kata lain macam GOOGLE OFFICE. Kalian pernah lihat 'Google Office' macam mana? Nak kata sama tu x juga la. Tapi ada juga persamaannyer..Ofis yang santai tapi masih lagi dalam perpustakaan.hehe..gelaran ku sahaja :P

Apa azam kalian di tahun baru ni? Tentu banyak kan? Ada juga yang masih menyambung azam tahun lepas sebab masih lagi tidak kesampaian. Betul x? hehe..xPer, selagi masih ada kesempatan, x salah untuk kita teruskan azam yang lama tu. Sebab mungkin pada pendapat kalian, rasa macam ada yang x kena saja bila nak buat azam baru walhal yang lama masih lagi belum tercapai. kalau begitu pendapat kalian, sama la seperti aku jugak..aku pernah membuat membuat azam sampai 2 tahun. huhu...Rezeki tidak menyebelahi aku, maka aku teruskan lagi dengan azam lama di tahun baru. Sekurang-kurangnya ada jugak azam aku kan.ehhehe..

Apa azam aku? aku bukan jenis yang suka war-war kan azam baru aku. Sebab aku takut dan malu jika azam aku tu x dapat aku capai..Bagaimana dengan kalian ye?

Sekali lagi, Selamat Tahun Baru dan Selamat Menyambut Awal Muharram.

Kepada rakan seperjuangan ku dulu, Ed; Selamat berblogger...:D