Jom ikut UK

Friday, March 19, 2010

Bau

 

Sejak akhir-akhir ni, aku begitu sensitip dengan bau. Oh tidak..aku sungguh tertekan dengan situasi ini.

Aku sudah dapat kesan bau di ruang tamu rumah…

dapur juga…

peti ais…

bilik air…

air masak juga sudah punya bau…

air yang mengalir dari paip air juga aku sudah boleh hidu baunya…

Oh sungguh tertekan….

Bukan itu sahaja,

jika suami ku berpeluh, aku sudah tidak tahan akan bau dia….

“Abang cepat pergi mandi!” maka dengan terkedak-kedek, Incik Suami menurut perintah demi sensitiviti si Isteri..huahuahua..kesian suami aku…

Tapi setelah di tinggal kan Incik Suami kerana urusan kerja, pasti aku merindui bau Incik Suami, sampai aku demam 3 hari..pergh…penangan bau betul la..

Oh bau…pergila kau jauh dari hidup ku…sungguh terseksa aku rasa penangan akan diri kau ini…hoho

Tuesday, March 9, 2010

Makan x lalu, tdo x lena dan mandi pun x basah

Sejak akhir-akhir ni kesihatan aku x berapa stabil. sungguh memenatkan. Makan aku pun x lalu. camner yer…

Tgk mknan pun aku da xmo. puas la Incik Suami aku paksa makan. kadang aku rasa nak nangis je bile kene paksa makan. hahaha sabo je la kan…

skang ni jugak aku ni sangatla pelupa. kalo kuar g jalan, kad parking slalu aku lupa kat mana aku letak. pastu mula la Incik Suami pun da start bising. dan aku pun da start nak nangis. haiya cam mengong je aku rasa.

Minggu lepas, aku teringin sangat nak makan Durian Pancake. haih ni seme gara-gara Puan MOMO la yang ngajo aku makan. ahaha..skang ni kalo ape yang aku nak x dapat, mula la muncung aku da naik se depa ngan Incik Suami. Oleh kerana, Incik Suami pun tarak tahan ngan perangai aku, dia layan kan jugak lah kan Isteri dia yang banyak kerenah ni. hihi…

Aku siap plan lagi, memula kita pergi Myden, then kita g makan, pastu g Midvalley (beli durian pancake sahaja) then kita g Puchong amik facial wash. Adeyh, masa singkat jer. dah la kuar dari umah da kul 8 mlm. cube korg tgk aku nye plan punye la panjang berjela. wahaha..

Sudahnya, lepas je makan aku rasa amatlah penat. aku ajak Incik Suami pulang ke rumah. ahaha…Punye la Incik Suami gelak sakan kat aku. hampeh tul. ye la nak wat camner aku da penat. dan betulla kata pepatah itu, Kita hanya boleh merancang dan hanya Tuhan saja yang boleh menentukan. ahahaha…

Semalam, Incik Suami decide untuk pulang ke Melaka sebab ade perkara yang masih lom di setel kan lagi. Tapi sebelum tu, Incik Suami tanya aku dlu bagi die pulang pukul berapa. ahaha..aku pun menjawablah, lepas kite g beli durian pancake baru abg boleh pulang. Boleh kan? Incik Suami pun iyer kan sahaja. mungkin die pun da kecian kot tgk Isteri die mcm hape je bile x dpt mkn durian pancake dan die pun xtau cmner rupenye durian pancake itu. haha..

Sesampai aku kat Ikano semlm, punye la semangat sanggup meredah jem selepas balik kerja terus ke Damansara.hihi. Aku terus je menonong mencari kedai Durian Pancake. Perghhh…aku rasa hepi sangat-sangat. Bila sampai je kat Stall Durian Pancake tu, tetiba Incik Suami “Ini je ke yang sayang nak? dari jauh kita datang, semata-mata mende ni?” adeyh…aku pun menjawab la “aah. ini jer.” Incik Suami lagi, “kalo abg tau abg bawa sayang g makan durian je trus..” huahuahua…aku dalam hati da nak nangis dengar kata-kata Incik Suami..

Oh tidak…mengapa aku begitu sensitip sekarang….

semalam juga, aku da masuk tido awal-awal sebelum Incik Suami pulang ke Melaka. Hati ini macam x sanggup je tgk dia tinggal kan aku..sob..sob..sob…aku pun xtau pukul berapa aku lena…huhu…

Begitu lah hidupku kini….

Thursday, March 4, 2010

Berehat

Puan Ulam mau berehat dengan aman....

nanti bila sudah tiba masanya...

akan ada kemaskini baru yang manis-manis...

dan mungkin juga pahit untuk ditelan..

buat masa kini,

sudah kekeringan idea....

daaa.....