Jom ikut UK

Thursday, September 30, 2010

di usia 26

 

Semalam Incik Suami buat kejutan. Memang tersangatla aku tidak menyangka :D. ye la, sebab laki aku ni bukan jenis yang boleh simpan rahsia. ahaha..

Seperti biasa selepas je solat Isyak, Incik Suami akan pergi study ngan kawan die kat kedai mamak yang berdekatan dengan rumah aku. So semalam, dia siap-siap dengan beg sandangnya dengan buku study dia “Ok la sayang, abang pergi study dulu.1 kucupan mesra higgap kat pipi aku”. Aku pun siap salam bagai. Ye la biasanya dia akan pulang setelah aku lena di ulit mimpi..pergh x tahan betul ayat aku ni.

Tup tup..pukul 10.30 dia pulang. Dengan suara yang begitu riang. “Abang da balik.” Aku pun pelik la. aikss kejapnye laki aku study ari ni. Aku pun tanya la; “Kejap nye abang study hari ni?” Dia pun jawab “ aah, mamak ari ni ramai orang la. Xleh nak study. Sambung kat rumah je la.” Aku pun iyer kan aja lah.

Pukul 11.45 camtu, Incik Suami siap-siap pakai baju. Katanya nak turun amik barang yang tertinggal dalam kereta dia. Pastu aku pun suh dia buat naik beg pakaian baby yang aku simpan dalam kereta aku. Sebabnya nak masukkan terus Surat Nikah kami. ye la standby terus. Nanti kang lupa, buat la aku terberanak kat Kuantan minggu ni, x ke naya laki aku kene naik USJ semula semata-mata nak amik surat nikah kami. huhu..

Incik Suami turun bawah dan naik semula ke atas kul 12.00 am. Ding dong jam berbunyi. tapi sebenarnya xder pun jam ding dong kat umah aku. Aku wat biasa je. Aku x mengharap pun Incik Suami bagi hadiah ke hape. Sebab aku tau dia nak guna duit banyak untuk baby nanti. Aku xnak la bebankan dia. huhu.

Tiba-tiba dia datang dekat aku, “Happy Birthday, sayang!” terus peluk aku. huhu..terharu memang terharu. Then dia cakap “ abang ada hadiah untuk sayang :)”. Aku pun dengan muka pelik, terusla tanya “ hadiah apa?”

tadaaaaaaaaaaaaaa……

IMG00116-20100929-2357waaaaaaaaaaaaa..aku memang menjerit sakan la. hahaha..suka bangat seh dengan hadiah ni. Ye la, aku dah aim sebelum puasa lagi. Tapi asyik x berkesempatan nak beli.

Then aku terus terkeluar dari mulut aku, bila masa abg gi beli? pastu die sengeh-sengeh cam kambing busuk [busuk-busuk pun laki yang aku sayang jugak :P] “Tadi abang x g study, tapi g Jusco Sunway, cari hadiah untuk sayang.hoho..Puas jugak duk pk nak beli hadiah. Memula abang pk nak beli perfume yang sayang nak tu, tapi xder la plak kat Jusco. Tiba-tiba abg teringat yang sayang nak beli oven, so abg beli je la oven ni as hadiah untuk sayang.” Aku pun jawab; “xper la, ini pun sayang suke sangat…pasni senang la nak main masak-masak.” hihi

Lepas ni, boleh la buat Chicken Roaster, cookies, cake dan macam-macam lagi. yeee haaa….x sabarnye…

Korang tunggu je la aku update pasal masakan aku ye. hihi…

Thank you darling. Sayang cinta bangat sama Abang…mmmuuaaahhhh :-* 18sx

Wednesday, September 29, 2010

38 minggu

 IMG00115-20100928-2240

My bump on 38 weeks

Sungguh aku rasa begitu penat di kala ini. Mana tak nya setiap hari excercise naik tangga bangunan 2 tingkat. Setiap kali selepas aku naik tangga, pasti aku amik masa sejam utk recover jantung aku ke normal. kalau x aku rasa x sempat nak kejar degupan jantung aku ni.

Sekarang boleh la duk mengira hari tunggu baby lahir. eeeeeeeee memang kami x sabar. biarla org nak kata apa. ada juga kawan-kawan yang menakutkan aku dengan cerita waktu diorg melahirkan anak. Tapi ah aku x peduli. Sakit tu kan kita memang x boleh lari dari kenyataan. Hanya tahap sakit tu je yang membezakannya. tul x?

Incik Suami plak setiap hari pesan kat baby, kalau nak lahir, lahir hujung minggu. hihi ye la dia takut kalo dia terpaksa RUSH untuk balik ke Kuantan. haha..InsyaAllah, org kata kalau kita selalu cakap and pesan kat baby, dia akan dengar :). Harap macam tu la kan.

Kelengkapan baby semua da siap. Doc pun da booking. Hospital pun da booking. Kami memilih hospital yang paling dekat dengan rumah mak aku. Hanya 5 minit je dari umah mak aku ke hospital iaitu Kuantan Specialist Hospital under KPJ. Jadi aku pun dapat melahirkan baby aku dengan aman…:)

Amin..

Monday, September 27, 2010

Selamat Ulang tahun

Setahun sudah aku bersama dengan Incik Suami terchinta dan di kasihi…

Alhamdulillah, selama itu juga pelbagai onak dan duri telah kami tempuhi…dan kami kekal hingga hari ini..Syukur pada Mu Tuhan :)

 

Hanya 20 hari lagi untuk menunggu kelahiran anak kecil kami. Sungguh kami tidak sabar menunggu kelahiran si comel. Wujudnya si comel dengan adanya cinta dan kasih sayang kami berdua.

Bagi kami kehadiran si comel nanti adalah hadiah paling bermakna dari Yang Maha Esa untuk Ulang Tahun kami..:)

Doakan semuanya berjalan lancar ye. InsyaAllah.

Friday, September 24, 2010

Sekembalinya aku selepas raya

 

Aku mula bekerja 20 September…itu pun terasa malas sangat nak blk ke USJ. Dengan sunyinya bila tiada Incik Suami. sob sob sob..

Usia kandungan aku skang dah 37 minggu. Lagi 3 minggu je lagi nak tunggu. Tapi last week appointment dgn doc, cek sana sini, doc btau 90% aku akan bersalin awal dari jangkaan. Harap jangkaan doc tu betul la. Skang baru aku terasa punyala susah nak bangun dari tido, nak jalan dan makan pun x bley makan byk.

2 hari sebelum aku balik raya, aku jatuh kat pasar ramadhan. perghhh sakit gila. xtau nape, turun je dari kereta, kaki aku tetiba cramp. Apa lagi jatuh la. nasib baik aku sempat menahan dgn tangan aku. kalo x memang aku hempap perut aku la.huhu..g jumpa doc, doc trus bg mc n aku trus decide balik ke Kuantan. dah alang-alang cuti kan.

Tengah-tengah packing brg nak blk Kuantan, kaklong aku kol btau yg mak aku admit kat spital sebab appendices. ape lagi, aku dan adik aku trus la rush blk Kuantan. Mak aku kene admit kul 10 pg then kul 1 ptg, doc trus operate mak aku. cian mak.

Oleh kerana mak yang juga merangkap tukang masak keluarga, pada hari raya pertama kat umah aku hanya ada kerepek raya je la. Sebab tukang masak sakit jd mknan pg raya pun tarak. Lepas semayang raya, kami adik beradik trus g spital dan berkampung raya kat spital. Sib baik spital tu ade buat jamuan hari raya. maka dengan muka x malu kami adik beradik, trus jd tuan rumah kat jamuan tu. hihi…

Mak aku discharge kul 4 ptg raya pertama. Then kami trus blk kampung utk beraya dgn tok ayah and to’ki aku. So bley katakan raya kami tahun ni kat spital.

Tuesday, September 7, 2010

Malam yang hiba sebelum Aidilfitri

 

Semlm adalah malam yang aku rasa sungguh sayu dan hiba sangat. Pulang dari kerja, Incik Suami cakap die kene ada kat pelabuhan pukul 8 pagi esok. huhu…

Ini bermakna dia kene gerak awal dari USJ ke Kemaman. Kapal untuk dia pergi Offshore akan tunggu die kat pelabuhan kemaman.

Mungkin korang semua x bermaaf-maafan lagi kan? tapi aku da lakukan semlm. waaa, memang da rasa mcm raya da semlm. nak je aku sarung baju yg muat ngan perot aku ni. tapi da xder. yang tinggal hanya jubah :(. Tapi x pe la, yang penting bermaaf-maafan tu aku da buat sebelum Incik Suami turun dari umah.

Sebelum itu, blk dari berbuka puasa, Incik suami cakap nak gerak kul 9. Tapi dek kerana dia sendiri berat je nak tinggal aku sorang, terlajak sampai kul 10 lebey. Memang kami duk bertepek je la semalam. Incik suami plak dgn harapan aku memujuk dia supaya x payah pergi offshore.

Tapi tidak la plak aku memujuknya. hihi. Aku yakinkan Incik Suami yang baby ni akan tunggu dia balik nya kalau nak lahir. Itu la yang aku pesan setiap hari. Memangla, kalau aku pentingkan diri sendiri memang aku tak bagi punya Incik suami pergi offshore dengan keadaan aku sarat ni. Tapi bila memikirkan bila da nak ada anak ni, mesti perlukan duit yang banyak kan. Sape yang nak anak dia susah. betul x? huhu

Jadi aku cakap kat Incik Suami, tahun ni kita x yah raya, lagi pun aku pun x larat da nak raya sakan. Dalam pale otak aku pun raya ni nak makan banyak2 je. bukan nak g jalan-jalan. Tahun depan yang pasti Incik Suami x bley pergi mana-mana time raya. Ye la, tahun depan kami kene collect duit raya. hahaha…

Ye la kata anak time tu da nak dekat setahun da, InsyaAllah. Mesti meriahkan bila nak siapkan persiapan anak untuk raya. Tahun ni seyesli aku dan Incik Suami memang x beli apa2 untuk kami. Kuih raya pun aku x order. huhu.. memang aku x bersemangat nk raya tapi tengah bersemangat gila nak cutiiiiii….hihi… aku off from ofis selama 10 hari! Jgn jeles k!

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin untuk semua umat Islam :)

Wednesday, September 1, 2010

Cucur Udang Sedap dan cukup zat :)

 

Hari ni Incik Suami xder. Jadi aku pun tak la berselera nak makan. Jadi dek kerana aku tak berselera tapi aku kene makan sesuatu yg berKhasiat kan untuk baby aku ni.

Jadi aku decide untuk buat cucur udang je untuk berbuka puasa. Balik je dari keje aku trus ke kedai runcit untuk beli udang dan tepung gandum.

Cucur udang aku mungkin lain skit la dari korang sbb aku nye begitu cukup zat. ahaha..aku rasa laa kan. haha.. ni namanya mengangkat bakul sendiri :P

Okla, meh aku citer bahan2 dan cara2 aku buat cucur udang sedap & cukup zat ni :P

Bahan-bahan cucur

  1. Bawang 1 biji – di potong dadu kecil2
  2. Kentang 1 biji – di potong dadu kecil2
  3. 1 helai daun kunyit – di hiris halus2
  4. Telur 1 biji
  5. 10 ekor udang – dikupas dan di potong agak dadu
  6. garam secukup rasa
  7. kunyit debu 1/4 sudu kecil
  8. Tepung gandum
  9. air secukupnya

Cara-cara

  1. masukkan kesemua bahan ke dalam bekas dan kacau. kepekatan mengikut kesukaan anda :)

Untuk buat sos pencicah

  1. Gula melaka
  2. Air asam jawa
  3. Gula
  4. cili kering kisar
  5. air
  6. masukkan kesemua bahan ke dlm periuk dan msk hingga pekat. ni semua aku main campak2 je.

 

DSC00123

Triffle untuk Hari Merdeka

 

Semalam aku dan Incik Suami berbuka puasa kat rumah anak buah Incik Suami. Dia btau Incik Suami dari minggu lepas lagi. Jadi aku pun duk pk-pk la kan nak bawa ape untuk pergi berbuka ramai-ramai.

Pk punya pk, aku dapat idea nak buat Triffle. Tahun lepas aku pnh buat dihari jadi Incik Suami tapi masa tu kami masih berStatus Tunang la kan. hihi…

Kali ni, aku mengarahkan Incik Suami untuk beli bahan-bahan untuk buat Triffle. hihi.. baru dia tau kos untuk makan makanan yg sedap berapa. ekeke…Terkejut tahap GABAN die bila total barang-barang untuk buat Triffle semuanya RM50. wahaha..untuk makan skali skala ok la kan. Untuk raikan sesuatu ke..tul tak?

Oklah, tak perlu berceloteh panjang, kat cni aku kongsikan ngan korang Resipi yang aku cedok dari aunty Nani Rostam. Thanks ye aunty sebab sudi kongsi resipi ni :)

Bahan-bahan

  1. Fruits Koktail
  2. Peach koktail
  3. Srawberri/Kiwi/Anggur (ikut kegemaran)
  4. Konyaku Jelly
  5. Susu Ideal 1 tin
  6. Tepung Kastard 3 sudu besar
  7. Gula 2 sudu besar
  8. Strawberri Filling (Boleh dapatkan kat kedai kek)
  9. esen Vanilla
  10. Whiping Cream
  11. Kek Spounge/ kek Chiffon (kalau boleh jgn yg berperisa)
  12. Garam secukup

Cara-cara

  1. Potong kek secara dadu dan susunkan dalam mangkuk kaca telus supaya nampak menggiurkan. Kalau xder mangkuk telus guna je tupperware yg lutsinar :)
  2. Tuangkan Strawberri filling ke atas kek.
  3. Tuangkan konyaku Jelly (Cara memasak, ikut saja arahan dibelakang kotak. Masukkan strawberi filling dan sedikit syrup koktail supaya rasa manis2 buah gitu)
  4. Taburkan fruits koktail.
  5. Tuangkan kastard. (Cara memasak : 1 tin susu Ideal, 1 cawan air, 2 sudu gula dan 3 sudu tepung kastard. Kacau dengan api yg perlahan supaya tidak berkerak. Bubuhkan garam secukup rasa bagi die sedikit lemak.)
  6. Taburkan Buah peach ke atas kastard.
  7. Tuangkan Whiping cream yang telah di putar.
  8. Taburkan buah-buah fresh – strawberi/kiwi/anggur
  9. Tuangkan baki Konyaku Jelly.
  10. Sejukkan semalaman dalam peti sejuk.

Triffle Besar – lapisan atas skali whiping cream

IMG00108-20100831-0002 IMG00111-20100831-0002

Triffle kecil – lapisan atas skali konyaku jelly

IMG00109-20100831-0002 IMG00110-20100831-0002

Selamat Mencuba di bulan puasa :)