Jom ikut UK

Wednesday, December 17, 2008

..:: Vote ::..

ok kalian..

saje je untuk marketing Online Shopping aku dan kawan sepeniaagaan aku. Kepada sesiapa yg suka dengan tudung bawal dan macam-macam lagi variasi tudung ( akan update dari semasa ke semasa ) boleh la singgah kat blog Online Shopping kami.

Harga yg diberikan adalah termasuk dengan postage. ( lagi banyak anda beli harga lagi sikit anda membayarnya..kira mcm diskaun la :) )

Buat masa sekarang kami hanya menjual tudung sulaman tangan ok.

Sila lah vote perniagaan kami di sini :- Supermummy

Tuesday, December 16, 2008

..:: MIMI Lagi ::..

Makin Cun x saya...(MIMI tanya :D)

Mimi ni da macam anak aku da. Segala perkembangan pasal die, akan aku updatekan kat blog buruk ni.

Satu perkembangan terbaru pasal MIMI ialah . . . . .

. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .

Dia sudah boleh duduk...hihi...da mcm manusia da si MIMI ni kan...hhehehe...


Kiut x? hehe..aku geram betul ngan si MIMI ni..cam tau2 jer aku amik gambo die.. da tau posing kan.ehehe..

Friday, December 12, 2008

..:: 11 Disember 2008 ::..

Venue: McDonald Kota Kemuning
Theme: Power Puff Girl

Happy Birthday Nurin Safiyya Batrisyia a.k.a Esya..
Opps..beday gurl ni same ngan beday Sultan Selangor. So today is a Holiday :)

Bertuah jd si kecik ni kan. kali ni majlis hari jadi Esya buat kat McDonald. Ni semua gara-gara pernah kat ctu, dan masa tu ada orang buat majlis hari jadi. So, Esya ni ape lagi..cakapla kat ayah die "Ayah, nnt buat beday Esya kat cni ye". abg iparku mcm biasa laa...hanya mengangguk dan senyum..ehee...

Geng-geng si kecik tunggu makanan sampai. Perasan x ade Chinese Boy 2 org tu? yang baju oren tu namanye Nathan dan yang baju putih tu namanya John. ehehe..Si John tu selalu kene buli ngan Esya tu..hihihi..lawak kan. Smpai John tu takut dgn Esya. Tapikan..ape2 jamuan buat kat umah si Esya mesti ingat John tu. So kena la ajak John sekali. Ni pun utk beday ni, Esya ajak sendiri tau.hihihi...Maktok die selalu cakap yang John ni pakwe Esya.hihi..apa-apa je laa Maktok :P

1. Anak buah sulung a.k.a Along bersama Esya
2. adik bongsuku a.k.a Amin dan Eni
3. Anak buah sulung pompuan a.k.a Eyya dan Cik oren yg x oren:P
4. Kakak kpd Esya a.k.a KAKAK dan Cik oren yg x oren:P
5. Along,Eni,Amin dan Eyya
6. Four Pinkers : Abah,Along,CT dan Eyya

Masa utk potong kek sudah tiba. Jom kita nyanyi..

Happy birthday to you..
Happy birthday to you..
Happy birthday to Esya..
Happy birthday to you...
Tiup lilin...



Makan - makan dan snap gambo :). Kecian kan umi die xder. Aku pun x pasti apa perasaan budak 2 org ni, samada rindu umi die ke x.hehe..tapi untuk majlis ni, kakak aku tgh LIVE 3G dengan kitorg. Canggihkan alat komunikasi skang. Aku plak yang tetiba sebak tgk dak 2 org ni.hihi...sentimental betul la aku ni..hihihi...

Gambar akhir sekali..kami sekeluarga bersama Beday Gurl

Saje je attach video masa nyanyi utk Esya

Wednesday, December 10, 2008

..:: Menu wajib ::..

Saja nak berkongsi dengan kalian mengenai menu wajib kami setiap kali tiba hari raya. Kalian semua tahu kan aku ni memang orang asli TIMUR. Abah ku orang Terangganu. Manakala Mak pula orang Kelantan. Kami adik-beradik semua dilahirkan di Pahang. Jadinye camni lah :-

Terengganu + Kelantan = Pahang

Ok. habis cerita pasal asal-usulku. Kebanyakan menu kami kat rumah adalah masakan orang Terengganu. Nak tau kenapa? Sebab nyer...... dlu-dlu kan selepas je mak aku kawen dgn abah aku, diorg tinggal dgn mak abah aku iaitu nenek aku dan ibu mertua mak aku. Kalian faham x? alaa buat-buat paham je la.

Arwah nenek aku ni adalah seorang peniaga dalam bahasa lain (businesswoman). Kalau x silap aku la kan, nenek aku dlu jual macam-macam kuih. Antara yang aku ingat pau, kusui, apam, taik itik dan macam-macam lagi la. ala pendek kata, kalau kalian pergi Terengganu kan byk mknan yg pelik-pelik betul x? leh katakan semua tu nenek aku buat utk di jual. Selain itu juga, nenek aku memang seorg Tauke Nasi Dagang.

Apa yang aku nak ceritakan...pembantu nenek aku adalah mak aku. Jadi nye kan, segala ilmu mengenai masakan telah diturunkan kepada mak aku. Sebab tu la mak aku jadi tukang masak femes kat Kuantan tu..ehehe...(kite harus puji mak kite tau).

Alamak cam da lari tajuk skit. ampun ya kalian.

Setiap kali tiba hari raya, abah mesti akan pergi cari perut lembu untuk dibuat kerabu perut. yummy..kalian mesti pelik kan.perut lembu yang di cari.hihi.. itu la menu wajib kami sekeluarga. Untuk pengetahuan kalian juga, bknnye perut yg biasa letak dalam sup tu tau. perut yang kami panggil ni adalah usus kecil lembu yang baru disembelih itu. Sebab tu hanya dapat di makan pada musim perayaan. kan ramai orang nk tumbang lembu bila masa raya. nak-nak skang raya haji.hehe..lagi banyak...

Selain itu jugak, menu wajib adalah Singgang Tulang. perghhh sedap tau.. sedap dari sup tau. Kat bawah ni ade pic Kerabu Perut dan Sup tulang. Menu wajib kami.

tu je la yang nak aku kongsi kan..nnt ader menu yang sedap, aku umum kan ok? chow

..:: Masa Pulang ::..

Skang aku nk update sikit pasal MIMI. Kat bwh ni ade 3 keping pic MIMI yg kebosanan duk dalam kereta.

Ye la untuk pengetahuan korang semua, aku pulang ke kampung bersama-sama MIMI. ni la pertama kali aku bawa MIMI jalan jauh. Sebenarnye, aku risau jugak la takut die nak ter - ehemm kan. Tapi akhirnya, aku selamat bawa die pulang dengan keadaan kereta ku yang amat bersih tapi penuh dengan Bulu Kucing...

Pada mulanya, si MIMI ni duk kat belakang, agaknye dia bosan kemudian dia datang lepak kat depan pulak. nasib baik la x kacau aku yang sedang memandu.hehe.

Okla, xnak berceloteh banyak sangat. Korang layanla pic kat bawah ni ye. :)


Merenung masa depan, sambil berfikir "kemana agaknye mummy nak bawa aku"



Ubah posisi..bau fragrance Ocean.best jugak. (aku agak je mimi ckp camtu.hihi)


wah..best best...bau yang menyegarkan..hehe..

Thursday, December 4, 2008

..:: Ku redha Sendiri ::..

Sudah sekian lama ku mencari..

Akhirnya terjumpa juga...

Hayati dan Fahami..

Lagu dulu penuh dgn maksud tersirat..

Yang kadang kala menyentuh peribadi kita..

Betul tak?

..:: Mimpi ::..



Kamu percaya pada mimpi x?

aku ni x berapa percaya pada mimpi. tapi pernah juga mimpi aku menjadi kenyataan. cuma bagi aku mungkin hanya kebetulan.

aku mempunyai mimpi pelik pagi tadi. seseorang yg aku x pernah mengenalinya sebelum ini, tapi datang melamar ku. dari segi paras rupa dan fizikal 100% adalah seperti jejaka idamanku. dari segi perangai nya itu aku tidak pasti. baik kah dia? jahat ke dia? adakah memenuhi sifat jejaka idamanku jua?

hhmm...aku terfikir, macam mana aku boleh termimpi lelaki itu?

jika mimpi ini menjadi kenyataan, bagaimana ya?

aku tidak mahu melukakan sesiapa. itu saja kemahuanku.

Tuesday, December 2, 2008

..:: Marah ::..


Aku marah sgt dengan driver bas Kolej kat rumah aku tu...Pagi-pagi dah Jerkah aku dan cakap BODOH kat aku....eeeeeeeee aku gerammmm sangattttt..

Aku mcm terkejut ...yang bley aku balas balik kat org tua x sedar diri tu " ape lak suke-suke je cakap org Bodoh ".arghhh...

Ceritanya camni:

Aku dari Selatan nak ke Utara umah aku..kat ctu ader roundbout yang boleh aku uTurn ke Selatan semula. Lepas tu kat roundbout tu bas tu mcm tunggu aku naik jer sbb die nak turun ke Selatan..Then aku tunggu die turun dlu...lame aku tunggu kat bawah..bile da lama sgt..aku pk mesti bas ni bagi aku laluan dulu kot..so aku pun naik, tetiba dekat ngan die...die buka tingkap bas dan JERKAH aku BODOHHHHHHHHH......

aku yang tgh bawa kete..terkejut beb...aku sound pun lembut lagi..huhu...lepas je aku uTurn tu...aku rs nak bawa buldozer dan rempuh jer bas tu...Dasar org tua x sedar diri!..giler kurang ajar...iskk..aku memang marah sangat kat driver tu!

eee aku da mati akal x tau describe die camner lg..camni ker org tua bg contoh kat org muda?? x sedar ker...yang kubur tu senantiasa duk panggil engkau wahai driver yang kurang ajar!

Monday, December 1, 2008

..:: Part 1 ::..

Cerpen pendek ini di ambil daripada Tazmania03 Blog.

Ika melangkah pantas menuju ke dewan kuliah. Dia bangun lambat. Lagi. Pagi tadi, apabila tersedar sahaja dari tidur seperti biasa dia akan melihat jam yg tertera di handphonenya. Tiba-tiba apartment Emerald Park (EP) yang tadinya tenang menjadi bising dengan jeritan Ika


"Arrgghhh da lambat. Macam mane ni?? Nak buat apa ni ?", kalut Ika sambil mundar mandir seperti orang gila.

"Kenapa Ika?", tanya Gee yang juga merangkumi roommate Ika sejak dari hari pertama mereka mendaftarkan diri untuk belajar di situ.

"Gee, kelas pukul 9 tapi sekarang da pukul 8.51 da. Nak buat ape ni ?", jerit Ika.

"Pergi basuh muka. Tak payah mandi. Gee siap kan Ika punya beg", arah Gee.

"huh, okey okey", macam anak murid Ika mendengar kata. Series, Ika memang begitu. Apabila dia dalam keadaan kalut , otaknya seperti tidak boleh berfungsi.

Sekarang ini, Ika macam tidak cukup tanah untuk berlari. Tiba sahaja di depan pintu dewan kuliah, dia menarik nafas panjang sebelum masuk ke dalam.

"Bismillahirahmanirrahim!!", desisnya. Sebaik sahaja dia membuka pintu dewan kuliah tersebut orang pertama yang dia nampak adalah Jue. Terus sahaja dia melangkahkan kaki ke tempat kawannya itu sambil menundukkan kepala. Sedang dia berjalan menuju ke tempat duduk, pintu dewan kuliah terbuka sekali lagi. Ika menoleh.

"urghh, dia pun lambat juga ke? Hehe..", sempat lagi Ika mengomel di dalam hati.

Pensyarah IT Math, Miss Norain, yang dari tadi kusyuk mengajar di hadapan terganggu dengan kedatangan kami tetapi kemudian memulakan pengajarannya semula seperti tidak ada apa-apa.

"Ika, kenapa kau lambat?"
"Bangun lambat lagi ke?"
"Kau mandi ke tak ni?"

Jue, Ecah dan Iza bertubi-tubi tanya sebaik sahaja Ika duduk sederet dengan mereka.

"Hehe , korang ni macam tak kenal aku jek kan," sengih Ika.

"Eh, kejap jap. Weh kau pakai baju terbalik laa," jerit Jue tiba-tiba.

Ika terkedu.Terus melihat ke arah t shirt yang dipakainya. "Alamak macam mana boleh terbalik ni". Muka Ika pucat lesi serta merta. Cartoon tazmania yang sepatutnya berada di hadapan terletak di belakang. Memang tersangat la obvious kan.

Jue, Ecah dan Iza sudah mula tergelak.

"Ni t-shirt semalam kan. Yang kau pergi pakai baju semalam ni kenapa??", jerit Jue lagi. Jeritan Jue buat kali kedua itu membuatkan pelajar lain turut menoleh ke arah mereka.

"Weh Jue, kot ye pun nk cakap slow-slow sikit tak boleh ke. Kau nak bagi pengumuman kat satu kelas ke baju aku terbalik hah?", marah Ika perlahan. Pada waktu yang sama dia turut perasan yang seluruh kelas melihat ke arah mereka dan lebih spesifik ke arah dirinya . Ada yang tersenyum mengejek dan ada yang menunjukkan muka tidak puas hati kerana terganggu. Di sudut belakang sebelah kirinya pula Ika lihat lelaki itu juga tersenyum sambil menggelengkan kepala. Kelas menjadi hingar bingar.

‘Adeh..mana nak letak muka ni. Macam mana aku boleh pakai baju terbalik la pula. Ish..", Ika mengutuk dirinya sekali lagi. Dia rasa macam nak ketuk sahaja kepalanya di atas meja sebanyak 18 kali kerana malu.

Jue dan Iza seperti tidak cukup nafas menggelakkan Ika. Manakala Ecah pula menahan ketawa tapi tak jadi yang akhirnya meledak juga. Kelas menjadi agak huru hara seketika.

"Gurls back there. Anything want to share with us?", tanya Miss Norain, pensyarah muda itu, tiba-tiba dengan nada tegas.

"uh no.. nothing much miss", jawab Iza gagap sambil menyiku Jue supaya berhenti ketawa. Jue tertunduk-tunduk menahan gelak dan Ecah pula kembali fokus pada note di hadapannya tetapi masih lagi tersenyum. Ika di sebelah pura-pura sibuk mencari sesuatu di dalam beg.

"okay, please focus back here". Miss Noraini sudah kembali mengajar di hadapan.

Kelas menjadi senyap. Ika mengeluarkan note padnya, menulis sesuatu dan diberikan ke arah Ecah. Ecah membaca, kemudian menulis juga sesuatu di dalamnya. Setelah habis diserahkan pula kepada Jue dan Iza. Perkara yang sama berlaku. Dan akhirnya note pad itu dikembalikan semula kepada Ika. Dia membaca.



Ika mengeluh keras tetapi kemudian akhirnya dia tersenyum sendiri geli hati.

Friday, November 28, 2008

..:: Pelik ::..

Kalian ada kawan yang dimana keputusan perihal dirinya dibuat oleh keluarganya x?

Apa perasaaan kali jika situasi begini terjadi pada diri kalian?

Situasi pertama

Aku : Jom kita keluar hujung minggu ni nak?
Kawan : Hhmm..nanti aku bertanyakan pada abah dan mak aku dlu.
Aku : haih~ (dalam hati) nak kene tanya ker bukan ker hanya bagitau..

Situasi kedua

Aku : Da dapat kerja ke belom?
Kawan : Da dapat tapi aku kena tanya Mak dan Abah aku dlu.
Aku : Ek..sapa nk keje ni Cik? Mak mung ker mung yang nak keje?
Kawan : dia hanya diam~

Situasi ketiga

Aku : Nanti datang umah eh..keluarga si dia nak datang merisik.
Kawan : Oke.Nanti aku bitau Mak dan Abah aku dulu.
Aku : Oke.Kali ni ayat yang betul.

~keesokannya~

Kawan : Sorry, aku tak dapat datang. Mak aku cakap takut nanti orang merisik aku pulak.
Aku : Dengan terkejut. ~ Gulp. haih..nape diorg nak merisik mung pulak..yang datang keluarga dia jer..aduhai...~ sambil tepuk dahi
Kawan : Sorry yer...

Situasi keempat

Aku : Bila yer kita nak kawen?
Dia : Nanti tanya keluarga dulu...
Aku : hhhmmmmmmm....( dalam hati...aku ingatkan hanya kawan aku jer asyik tanya keluarga..rupernye balak aku pun camtu jugak~ haih)

Wednesday, November 26, 2008

..:: Memori Tercipta ::..



bagiku, lagu ni betul² memberi maksud yang mendalam dalam PERSAHABATAN.
Aku betul² rindukan rakan² sekolah dan Uni. Banyak sangat kenangan yang x dapat dilupakan..

Rangkap lagu yang menyentuh jiwaku:

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya


Monday, November 24, 2008

..:: Tagging ::..

ok Puan Xeea, aku sudah menyahut cabaran mu itu..hihi

1. What are you wearing?
- Formal Office attire.

2. What did you do last night?
- Bergayut dengan incik Vespa.

3. Favorite Memory with significant other?
- every moment we are dating :D

4. Last gift received?
- Cincin merisik


5. Describe the last picture you were in?
- kat Dewan Bahasa dan Pustaka, KL.( p hantar ank buah ku untuk pigi PD)

6. Last thing you ate?
- Nasi lemak.

7. Last thing you drank?
- Nescafe O suam.

8. What kind of underwear are you wearing?
- lupe dowh..yg aku ingat putih jer..hihi

9. What was your best vacation?
- p Melaka last 2 week...jumpe Incik Vespa

10. What are you most looking forward to in the next vacation?
- spa n massage

11. What is happening around you?
- semua org kat ofis tgh menaip..tp aku x tau diorg type ape..hihihi

12. What is your shoe size?
- 5

13. Last event you dressed up for?
- p dating...hihi

14. What is the most cheap thing you bought?
- ape ye..seme yg aku mkn arini hege rm1.20
- nasi lemak (rm1.20)
- nescafe O suam (rm1.20)
- mentos (rm1.20)

15. What is the most expensive thing you have on right now?
- Cincin merisik...aku rs laa sbb emas kan mahal skang:D

16. What is your favorite smell?
- Johnson & Johnson baby MILK BATH

17. Is there something you really want to buy right now?
- Anniversary present for Incik Vespa

18. What are your nicknames?
- Ju,Wan, Suzuraini ( bile formal),Makteh, kak juju

19. What are your plans for today?
- kemas rumah bile blk keje nnt..sbb kaklong ku nak dtg umah:D..nnt kang kene pasang tinger lak umah sepah:D

20. Describe your friendster picture.
- gambo kete VIVA cilok dari Blog org len..puncanye sbb name kete tu JUJU

21. Describe your myspace picture.
- lupa daaa..lame da x buka

22. Describe your facebook picture.
- alamak..xder la beb

23. What did you do last weekend?
- p bawa ank buah ku jalan2

24. Favorite brand of clothes?
- ape2 aje..asalkan cantik n selesa utk aku..

25. What is your ringtone?
- So What from PINK

skang aku mahu cabar sape pulak yer...aku cabar Cik Ana..sbb blog die da lame Hibernate...hihi...
ok Ana, amacam ada berani ka???

..:: Iklan Kejap ::..

Pada sesiapa yang berminat dengan Tudung Sulam Tangan. Boleh la menjenguk sales blog ni.
Harga adalah termasuk penghantaran..

Cepat-cepat tinggal da x banyak da..selamat membeli..:)

..:: Bila MImi diKerjakan ::..

Jumaat lepas, Eisya dak kecik ni telah menelefon aku sambil nangis-nangis..terkejut jugak aku masa tu.tetiba die tepon cakap " Makteh,amik eisya..eisya nak pergi umah makteh..huhu...ayah da x sayang eisya "..ahahaha nak tergelak jugak aku masa tu.pastu tepon tu terus je nenek die amik dan cakap dengan aku " Ju, nanti petang datang la sini amik eisya.die da lama x keluar ni. ni die nangis sebab x bagi ayah die pergi kerja." tu laa sebab si kecik ni nangis. So petang jumaat tu lepas je balik kerja terus je aku ke Kota Kemuning.

Seronok betul die aku datang.isk terharu seh. masuk je umah..terus ajak kemas kain baju die.punye la die x sabar nak pergi umah aku. isk isk kecian kecian. Sejak kakak aku keje jauh iaitu umi budak kecik ni, abg iparku iaitu ayah budak ni jarang bawa diorg pergi jalan2. kecian kan. ayah die plak asyik keje balik lewat jer..so terpaksa la aku amik die dan bawa pergi jalan-jalan.

Bila sampai kat umah aku. abes MIMI aku di kerjakan.hahaha...MIMI nampak diorg terus jer nyorok bawah meja makan.hihi..MIMI tu diorg buat mcm anak patung jer..siap ajak main masak-masak.hahaha..korang tengokla gambar diorg kat atas tu..cian lak kat MIMI..hihi

Friday, November 21, 2008

..:: Buah fikiran ::..

apa pendapat kalian mengenai wajah baru BLOG cik oren ni?

jika cantik...cakap cantik ya..:)

jika sebalik nya...cakap aja...nanti cik oren ubah lagi..hihi..

Terima kasih kalian :)

Thursday, November 20, 2008

..:: Aku mahukan kabar Gembira saja ::..

Maafkan aku.sejak akhir-akhir ni aku agak sibuk pergi ke sana pergi ke sini.mencari masa depanku..Mesti kalian pelik aku yang sedang mencari masa depanku bukan?

Sebenarnya, dalam masa yang begitu singkat,macam-macam aku alami. Kalian mesti pelik kan entry aku sejak akhir-akhir ni asyik nak C A B U T jer bunyi nya bukan? huhu..

Penat sangat ke hulu ke hilir mencari masa depan yang baru. Bukan nya senang seperti yang kalian fikirkan. Orang selalu cakap," alah, search je kat jobstreet,jobsDB dan macam-macam lagi". Semua sudah ku buat..Dan akhirnya, aku rasa penatku amat berbaloi.

Hari ini adalah syarikat yang ke3 aku lawati. Semua ujian yang di beri padaku, aku dapat menjawabnya dengan tenang. aku diberi 2 ujian iaitu ujian menulis dan ujian lab. Bukan untuk menjadi hidung tinggi, tapi kenyataannya aku sudah biasa buat pengaturcaraan itu. Tapi bukan rezeki ku, di situ hanya mahukan seorang senior yang boleh menjadi leader. Dan aku meminta maaf kerna aku tidak dapat menerima jawatan itu. aku masih lagi baru dalam bidang ini.Baru saja setahun jagung, aku rasa aku tidak mampu untuk memikul jawatan itu. Aku pulang dengan memberikan jawapan yang hampa. Tidak mengapa bukan? aku memberikan peluang ini kepada anak muda yang lain..hihi..baik sungguh hatiku hari ini :D..hari ini saja la kan..

Sewaktu perjalanan pulang, aku menerima panggilan dari salah satu syarikat yang telah aku lawati. aku fikirkan mungkin jawapan yang menghampakan aku. Tapi tanggapan aku itu sama sekali salah...yang sebenarnyaa.....AKU MENERIMA BERITA YANG GEMBIRA......

Aku seperti mahu melompat dalam keretapi laju.tapi malu jugak semua orang melihatku tatkala suara ku begitu TERUJA.hihihi...malu..malu..tawaran yang aku terima agak bagus. tapi aku masih lagi menunggu surat tawaran dikeluarkan..yay!

Esok masih punya syarikat yang perlu aku lawati.tapi aku sudah menolaknya, supaya bos aku tidak mengesyaki apa-apa..

Malam ini, harus ku berterima kasih pada Tuhan kerna telah memberikan ku rezeki..:)

Tuesday, November 18, 2008

..:: Mari Belajar Tulisan Jawi ::..

كامو ڤنداي باچ جاوي تق؟

هاري اين اكو ساڠتله بوسن دان مڽببكن اكو كريڠ ايديا اونتوق منوليس.

اڤ يڠ ايڠين كو سمڤأيكن هاڽ لا ڤركاتان اين:

چ ا ب و ت.

اكو راس سوده ماهو چابوت دري سيني!.

Friday, November 14, 2008

..:: miMi oH MiMi ::..

hanya nak berkongsi gambar mimi yang sangat la notti. kompem saper yang menjaga nya akan geram dgn die.

dan pagi tadi aku telah mencubitnye sebab, mimi dah tumpahkan air rebina ku.geram..geram..lepas jer kene marah dengan aku..die terus ke balkoni..sampai la aku pergi keje pun die x anta aku kat pintu..aku biarkan jer..skali skali kite x patut pujuk kan..

aku suke tengok mimi tido..hihi..macam manusia jer...terbongkang dan terkangkang.ahaha..layan yer:P

aku amik gambo die x sedar tau..penat main banyak sangat..kui..kui..


Gamabar yang kat bawah ni kan...die kidnap roti Nad aku nye osmet. isk..see kucing makan roti..kucing Mak Arab la katakan..hihi...


Akhir skali, sebelum aku lupa..aku nak ucapkan selamat hari lahir buat abah yang ke 56 tahun. Moga abah akan sihat-sihat selalu.. Sayang Abah..mmuuaahhh:-*

Tuesday, November 11, 2008

..:: Malas Tahap Dewa ::..

Sesungguhnya kan...hari ini aku tersangatla malas utk buat apa-apa kerja...Setelah berita x baik ku terima aku jadi terus hilang semangat untuk meneruskan masa depan ku di sini...

Apa harus ku buat ya? Surfing internet? Membaca blog? semua telah ku buat sampai aku kebingungan nak baca blog siapakan lagi?

Hari-hari juga aku membelek emel mencari jika ada tawaran kerja yang sesuai denganku..Kalian mempunyai info kerja kosong x? jika ada, boleh la menFORWARDkan kepadaku.

Mana tau kalian juga boleh memPROMOSIkan aku kepada pengurus kalian.ehee..betul x? itu pun kalau kalian sudi membantuku. aku amat berterima kasih.

ku fikir, coretan aku cukupla sampai disini. puas ku memikirkan apa lagi untuk ku kongsi dengan kalian.:)

Ingat ya pesan ku, jika ada info tentang kerja kosong yg boleh aku cuba, jangan lupa untuk memberitahu ku. Terima kasih kalian

Monday, November 10, 2008

..:: EG's Wedding ::..

Selamat Pengantin Baru buat Eg or name sebenor die Rus Izman n teman sehidup semati nyer Alisa..

Wedding Eg ni berlangsung pd ari Sabtu mlm ahad br ni 8/11/08. Aku agak teruja jugak sbb sgt la ramai org kat wedding die.. memula aku kompius..ni wedding org malay ke cine ke india ker???hik hik hik...

ye la, mana x nye, semua yg jd security kat ctu almost Indian Guy..huhu..n jugak yg dtg wedding tu mostly pakai 2 piece and dress..ala-ala Inggeris gitu...b4 aku cr parking, aku tny la security tu wedding saper kah ini...n i was correct Izman's wedding.hihi...

ape lg..jom2 cr parking..perut ku udah lapo...

makan..makan...lepas mkn jom amik gamb ngan pengantin..

tadaa...EG sgt encem...mmg cocok sgt ngan Alisa...congrats uol..



Sorry yer guys, pic sume blurrrrr...nak kene cr kamera br ni..hikhikhik

Thursday, November 6, 2008

..:: Malam ku bermimpi ::..




Malam Ku Bermimpi

HAi Dengan Satu Bintang

Berkata-kataku Di Jendela

Ku Lihat Kanda Tersenyum Memandang


Asmara Bergelora Meresap Ke Dada

Malam Ku Terlihat Oh Sekuntumlah Bunga

Baunya Harum Menarik Hati

Tak Sanggup Menahan Rasa Asmara


Meresap Mendalam Menusup Di Jiwa

Sayang Jauh Di Balik Awan

Wajahmu Tetap Berseri-seri

Laksana Bulan Sedang Mengambang


Menawan dan Menggoncang Dalam Kalbu

Oh Angin Bertiup Bawa Daku Ke Sana

Hasratku Ingin Bersama-sama

Tak Tahan Rasa Hati Menderita

Gelora Asmara Selalu Menggoda


Sayang Jauh Di Balik Awan

Wajahmu Tetap Berseri-seri

Laksana Bulan Sedang Mengambang

Menawan dan Menggoncang Dalam Kalbu


Oh Angin Bertiup Bawa Daku Ke Sana

Hasratku Ingin Bersama-sama

Tak Tahan Rasa Hati Menderita

Gelora Asmara Selalu Menggoda


*p/s: layan eh...byk makna tu..

Wednesday, November 5, 2008

..:: Baby Sitter ::..

Saya dpt baby dr Korie Morie..Nama nyer Mimi..
Dia sgtla comel..sy geram die..
Kami semua sgt terkejut..sbb pd asal nyer...Mimi tu Korie nk jg sbb kununnye nak suh bkawan ngan Beyonce. tapi malangnye si Mimi ni sgt la manja...die ni baby tunggal dlm family die..so die x pandai berkawan ngan baby2 lain. haih~

Korie sgt kesian kat die, sbb die sgt grg n diam je (ttb jd passive) bile beyonce ada skali. mayb die cemburu. So pepg tu, Korie msg aku, tny nk jd baby sitter x? teruja jugak aku nk jd baby sitter. tp bile pk die da umur 6-7 bln gitu.. aku jd was-was mau amik ke idak..

ye la, nnt berak die...kencing die camner..then korie ckp semua tu di tanggung beres..mknan n segala berkaitan ngan die da disediakan.ahax..Then aku tny die ade upah x? hahaha...juz joking:D

Yang kami terkejut nyer...Mimi ni sgt la notti n hyper-active le plak duk umah aku..penat aku melayannyer..huahaha...

Nak tau sape mimi ni? ni la die baby di bwh jagaan ku...

Mimi ni kucing tau...:D ..jgn mare ye~

Monday, November 3, 2008

..:: Ape korang akan buat ?? ::..

Weekend br ni xder citer menarik yg nk dikongsikan... :-|

Nway, I wanna say Thank you to susudalambotol , momo and ada yg lg yg x dikenali atas advice uol. Kitorg da ok dah. ape2 pun dlm perhubungan ni, kalo ade x puas ati kite perlu menyuarakan nye. lame2 diam asyik pendam jer msti jd bara api gitu. uhux..

Untuk entry kali ni...nk tny uol :

Ape korang akan buat kalo korang rindukan si dia? nak berhubung x dpt langsung sbb die g offshore..:(

1. Korang tgk gambo2 korang dgn si dia ker?
2. Bace sms si dia ker?
3. Luahkan dgn menulis diari ker?
4. Cari seseorg yg dpt hiburkan hati kita?

Ape ye yg korang akan buat? any suggestion?

Friday, October 31, 2008

..:: Dugaan apakah ini ::..

Pernah x korang rs di abaikan?

aku xtau sama ada ini adalah hny perasaaan aku atau ia2 benar2 terjadi pd aku..aku rindu pd die..tp lame2 aku jd benci sbb aku x di hiraukan.. aku phm masing2 ade keje perlu di siapkan.
tapi itu kalo time bekerja. mcm mane plak kalo bkn time bekerja??

aku phm..die ade family die..aku pun ade family aku.. tp bile blk kg, even cbuk mcm mane pun aku, aku ttp call n msg die. bile aku bg sms..x di reply.aku fikir mungkin die terlalu sibuk..aku biar kan. smpai la aku da nak tidur..aku tepon die lg..tp die sibuk nak pergi ctu la cni la..so letak la fon tu. aku berharap die akn call aku blk..tp harapan aku hny tggal harapan.

bgn pg aku msti check tepon aku, kot2 ade sms or miskol dr die. tp xder.. air mata aku mengalir dgn begitu senang skali..aku rindu kan die. ini bkn kali pertama die buat mcm ni. aku dah semakin bosan di perlakukan sebegini. hidup aku da x keruan bile jd camni. nak p ofis pun x lg bersemangat. keje byk tertangguh..

salah ker aku kalo aku bengang? setiap kali aku call ade je alasan suh aku letak blk fon. aku slalu tggu call dr die smpai aku tertdo... tp harapan aku semua nya musnah.. aku x tahan...air mata jgn la kuar kat ofis ni... aku malu....

ape harus aku buat:(

Thursday, October 30, 2008

..:: Stress ::..

argh...da 3 weeks aku stress utk siapkan task ni. uhuhu..cmner nak buat nih..aku tertekan sudah. aku da search byk tpt da ni.. mcm mane nk wat integration ni haa???

ader sesaper tau nak wat insert in 2 tables connected by foreign key x? Main table die ade 4 foreign key? ni x leh nk insert cam tu jer ni..aku da try insert kat mysql xleh r beb..

tolong la aku..nx month aku da kn present. kalo x siap mati aku nk kene jwb ngan bos...huhu...da la skang dlm pemerhatian for salary increment..huhu... tolong tolong saper yg baik ati..kalo dpt aku banjer..ok cun x?

uhux

Wednesday, October 29, 2008

..:: Visit HighLand Estate ::..

hehe..jgn terpengaruh dgn tajuk di atas. Actually we ol p Janda Baik. saje jer sbb bertolak awl pg dr umah aku kat Kuantan. smpai jer Janda baik kitorg p mkn. Iqbal da lapo. We ol sembg ngan pakcik kat kedai tu. die la ckp p la visit umah Waris ( hantu dlm kekasihku seru ). kitorg per lagi.. agk teruja jugak la kan. ehehe..

kitorg p mencari Pulau Santap atau Haighland Estate jauh ke dlm smpai da nak ke Bentong. kuang kuang kuang.. sib baik tny budak2 tu blk.hehe.. bila da tny tu..leh plak momo tny, dak2 td kaki jejak tanah x?hahaha..siot jer..terbawa2 citer kekasih ku seru la plak..ahaha.. k la xnak berceloteh pjg..kat bwh ni ade several pic aku, momo, iqbal n korie..posing ajer....


di sepanjang perjalan ker Pulau Santap iaitu umah Waris di Highlan Estate ( dlm citer Kekasihku Seru)
Sape ingat pondok bas tu?? ehehe


ni la die umah Waris or umah Suri.:D
Actually nama tpt ni D'Ark Resort..best kat cni..aman damai. kat sebelah tu ade sungai..


korang klik gambo ni bg besar..then akn nmpak umah pondok yg x siap..waktu Maris larikan darah ibu die..konon nye nak wat test DNA..:D

..:: Seharian di Terengganu ::..

On 24th Oct, we went to Cfu's wedding. Majlis sambut menantu. aku rs trip best for this year. ye la..aku,momo,iqbal n korie p dgn duit yg cukup2 jer. tp kami dpt pusing2 1 Trg. hehe..

Sepjgn perjlnan ke Trg aku byk tdo.ahax. al maklumlah org x sihat.mkn ubat batuk jer trus lena..yg best nyer aku leh duk depan ngan Iqbal.ahaha..Iqbal my spare tyre.jgn mare yer iqbal cayunk..


Lame jugak lepak kat umah Cfu tu. Cik momo nk tggu myderling die..En Mydent.ahaha..En. Mydent yg pakai bj biru tu. aku lawak lak.. momo msti shy2 cat bile jmpe mydent. Korie jugak la yg sporting..caya laa korie..


gambo - gambo kami yg gedix.:P

ni je la yg smpat aku snap kat masjid kristal. kitorg ade gak pusing2 kat china town Trg tp lupo seh nak snap. n g beli kopok kat Losong n Pasar Payang. Nice Trip meh..

Friday, October 24, 2008

..:: Tak tau tajuk apa ::..

ari ni msk ofis..letak laptop then trus bw Nad g Kurnia Insurance kat KJ.punye lah sesak nk msk ctu..haih...

lepas je setel pasal claim insurance Nad, kitorg trus je g cr mkn kat uptown.ari ni Nad banjer..hehe..Thx Nad. Setiba je kat sane, aku trus je kol Idah, ajak mkn skali..ye la alang2 Idah keje kat ctu kan..pastu Nad ajak kwn die..then we ol duk sembg psal kes kecurian kete..mcm2 ragam org skang kan.uhux..

aku pun ris0 ngan kete aku..mcm2 da plan utk security kete aku..uhux..aku nk beli yg utk clamp tayar kete tu la.ahaha..x pun sementara ni aku g pinjam ngan pak guard dlu kan..kalo pakai yg gtu...org xleh curik kan?? ok x idea aku?ehehe

lepas je mkn...kitorg di promot utk g spa kat IMPRES.huahua..sempena anniversary diorg..kate nye diorg bg Body Therapy Treatment Discount..hanya byr RM9.90 so dpt la wat Aroma Steam Bath n Balinese Back Massage....mcm x cy je kan leh bg RM9.90 jer.xper nnt aku g..n aku akn update later kat blog ni.

blk tu trus g Maybank nk tny pasal insurance kitorg..haih..goram aku ngan akak insurance tu..da bape ari aku tggu die call..sampai la ni xder call lagi.bile aku call die xmo angkat..haih~akak oh akak insurance...jwb la pertanyaan saya ari tu yer! bile smpai sane..die xder la plak..so terpaksa la tggal pesanan jer.hampeh~

balik ofis..kebuntuan x tau nk wat aper..integration aku lak da 2 minggu x siap2 lagi.ahaha..takut gak ni..wat la bos aku tny..mati aku..huhu..

k la smbg koje:D

Thursday, October 23, 2008

..:: Secubit rasa ::..

hhmm..smpai ari ni aku kan tersangatlah bosan utk menjawab pertanyaan da tunang ker? bile nak bertunang? bila nak kawen?

tahukah kamu...aku da xder perasaan jer nk kawen skang. bile tgk pic kengkwn kawen..best jer...tapi aku? aku slalu pk..cmner agknye kalo aku da berumah tangga..da jd isteri org..jg makan n pakai org.uhux..dpt ke aku handle semua tu?? x yg paling penting dpt ke aku jg hati family br ku nnt? penat kan bile kite terlalu pk...

mcm ni la perasaan aku skang..aku da naik bosan dah..bile surf pasal brg2 hantaran jer, org akn tny Bile nk kawen ju?huhu..sedey pun ada...aku da x semangat nak kawen...

Biarla masa yg tentukan..kalo aku ada jodoh..kawen la aku nnt..kalo x der jodoh nk wat cmner kan..Sesungguhnya Allah da aturkan hidup kite sebaik yg mungkin...terpulang pd kita cara bagaimana penerimaan kita..tul x..

..:: What a BaD Day ::..

sorry x update blog semlm..semlm aku setgh hari kat hospital MINDEF utk tgk kgkwn seperjuangan aku present system utk kegunaan spital tu..

blk dr MINDEF da kul 4++. kitorg lepak jap then blk umah...We have a big suprise bile tb kat parking umah...

oren: Nad mane kete ko ? aku pelik sbb parking kitorg ttb jd kosong..
Nad: aah la..mane kete aku..nk nangis da nih..
oren: (dgn nada pelik) sape nk amik kete ko Nad? kete kunci x pg td?hish kancil je pun..xkan mau di curi jugak..
Nad: cmner ni..da la tu kete ayah aku..
oren: sabar2 jom kt p jmpe security guard.

bile je g kat security..diorg slamber je mcm x rs bersalah.bile tny cctv, leh plak die ckp da rosak 3 minggu..hampeh punyer security..die suh Nad isi form kehilangan.then suh kitorg g balai polis Desa Mutiara..

Aku suh Nad inform family die, kot2 leh tlg cari gune perubatan tradisional..aku pon mntak kebenaran mntak tlg dr ayah aku...

Waktu otw g Balai, aku pon nyaris xcident kat traffic light dpn Tesco tu..cuak gak aku...ye laa tu la balasan, sbb aku doakan semoga org yg curik kete Nad tu xcident tp dgn harapan kete Nad x der ape2.uhux..So the moral value is..jgn la doa kan kecelakaan org lain..biar pun die mencuri ke ape ke...x baik..nnt kite sendri yg kn dlu..uhuhu..

semoga kete Nad akn jmpe blk..cian die..sama2 doa ye kwn2..amin.

Balik dr Balai da kul 8++.cian Nad x berbuka apa2 lg..aku lak..terasa mcm nk demam la plak..Family Nad dtg dr Sg Buloh and Kak Izma tuan umah ku yg baik budi pun dtg nk jenguk kitorg..ye la memasing kan terkezut..

kitorg sembang punye sembang, rupe nye abg Mat hb Kak Izma, berselisih ngan org curik kete tu.die cam pelik jugak la ada org laki Hitam yg bw kete Nad tghari tu..sbb die dtg umah aku utk repair paip umah..tp die pun cam berat je mulut nk call kitorg..seme tu terjadi dgn terlalu pantas..haih~

tutup case pasal Nad.nnt kt smbg kalo ade update pasal kete die k.

Bgn je dr tdo..aku rs pns sgt bdn ni..hidung pun da tersumbat..batuk cm nk muntah..haih..nk p keje ke x nak..uhu..last week da la byk hari da mc..dtg je la..bkn byk keje sgt pun..hehe..

ni aku da dpt 1 package demam sbb selsema n batuk ada skali...jgn blood pressure aku low da la..da la sabtu ni aku mau pigi TRG utk p tgk wedding CFU..uhux..harap2 aku smpai la sana...jgn la demam gueh melarat..

sok..sek..sok..sek...tisu da nk sekotak abih..huhx

Tuesday, October 21, 2008

..:: HePi BuFDay ::..

Hepi belated bday to my sis n youngest bro. Sorry, ju lupe la..

15th Oct : adik amin
16th Oct : kakak ku yg nun jauh d Tmur Tgh.

Today bday, my boss nye bday..so skang kitorg tgh prepare bday die la ni..ehee..nt update pics.

Semoga diorg yg menyambut bday bln ini, di murahkan rezeki, di pjg kan umo n hepi selalu...hee ayat yg slalu aku gune utk bday sape2 je la.ahaha..

Friday, October 17, 2008

..:: Collapse ::..



Sorry guys, ari ni br dpt update sume pics..rabu br ni aku demam terlalu tggi n low blood pressure, aku kn admit kat spital Sg. Buloh. uhux.

meh aku citer skit pengalaman pahit aku...Cian kat ofismate aku n merangkap osmet aku Cik Nad. Thanx ye Cik Nad. sbb kalo die x teman aku utk naik ke rumah..tentu aku collapse sensorg kat dpn lif umah aku.uhu..kelam kabut die nk ngangkat aku..sib baik ade aunty Chinese n 1 of da Indian guy tlg angkat aku ke kerusi guard. sedey sgt rsnyer time tu..nad ngan yg kelam kabut call sana sini..smbil tu aunty tu tlg urut2 leher aku smpai aku muntah..2 kali jugak la..br la rs lega skit..then aku duk la dpn lif tu dgn x bermaya nye tggu abg ipar ku amik utk bw ke spital.

smpai je kat spital, kn tggu lg utk jmpe doc. no aku 2032, no skang 2030..tp mak aih..2 jam gak la nk jmpe doc.tensen jer...nk jer aku collapse kat diri aku lg sbb nk jmpe doc cpt.ahaha..tp aku x wat cmtu..ttb abg ipar aku ckp, my bf dtg dr Melaka..uhuhu terharu nyer aku...

Thanx my dear.

yg teman aku jmpe doc, bf aku la..doc tny aku mcm2, smpai la part piod aku.die tny bile last piod aku..aku ckp la skian2..then ttb doc tu tny "Adakah anda mengandung??" ttb je bf aku tgk aku dgn mata besar die..aku lg la cuak...ape ke he nye nk mengandung..sabo je la aku dgn doc ni..hahaha...pastu aku ckp la.." sy x kawen lg doc.uhux ". Doc ckp lg "kalo cmtu awk kn thn la utk msk air, cek darah n wat urine test semua.." aku lakpe lagi ngeluh je laa "haih~"

pic kat atas tu je la yg leh aku snap..oleh kerana spek aku abg ipar ku lupo nk bg..so aku x nmpak sgt nk amik pic lain..bf aku x leh teman..bosan jer keje aku tdo tdo n tdo..

di kesempatan ni aku nk ucapkan jutaan terima kasih pd penghuni Blok E Flora Damansara, yg tlg aku...n x lupa juga pd Cik Nad n oso my bf..thank u so much..

..:: Open House di Ampang ::..

Date : 12 October 2008
Place: Rumah Min, Ampang
Menu : Ketupat Pulut, Rendang Ayam, Nasi Dagang, Lontong, Laksa Penang n Kueh Raya



hee..aku last skali dtg..cian dorg tggu aku..smpai mkn byk kali round. sorry kawan..

..:: Open House di Shah Alam ::..

Date : 11 Oct 2008
Place : Rumah kazen ku Emi di Blok 52, Shah Alam
Menu: Mee Soto, Laksa Singapore, Bihun goreng, Lontong, Ketupat Nasi n Kueh Raya



snap pic kakak berselera benor mkn..2 kali tambah soto tu..best jer tgk diorg mkn..ehe..otw g Shah Alam, hujan lebat giler..smpai aku terpaksa benti kat bus stop sbb da x nmpak jln..huhu..smpai je kat Seksyen 2 da banjir..



ni gara2 tgk iklan proton yg hantu tu x pakai tali pinggang kledar..ahaha.Patuhi la undang2 ya rakan2.ekeke


On da way nk blk tu kan ttb kat traffic lite nmpak kapel ni..aku trus je snap..ehehe..agaknye, kalo aku ngan bf aku camni la kot.ahaha

Tuesday, October 14, 2008

..:: Come out with new Background ::..

amacam kene x ngan Title Oren Vs Daisy??

Cute x? ehee...i very like this background...yg plg ske Daisy tu...eheee

sweeettt laaa...hehehe..this background cik amik kat The Cutest Blog. mudah jer nk tkr background kalo amik kat cutest tu..korang sume pun bley tukar jugak..ade byk choice tau..k la Selamat Mencuba..

For more post, nnt cik oren upload pic last weekends time g open house..ni curi ms skit2..haha bos xder...:D

Friday, October 10, 2008

..::Haru nyer::..



uol tgk n nilai la sendiri msg yg nak di sampaikan...

p/s* : jgn biar mak ayah kite cam tu..sedey...

copy form blog SN.

..:: Candid Photographer ::..


ni la esya yg ske benor jd photographer..kalo uol nak tau time aku dirisik tu..kebykan nyer si esya ni la yg amik gambo.ahaha..byk candid..segan aku nk post kat blog..kalo sesape yg nak cr photographer candid bley la suh si esya ni..camera aku ke ayah die..kompem die yg nk pegang n amik gambo..kitorg bior kan jerk..sbb mostly pic yg die amik seme molek2 belaka.ahaha...kat atas tu gambo muka die sendiri..da abih snap gambo org len..fon aku pun penuh pic die jer.haih...

xper la..hope hobby die yg ske amik gambo ni leh membuahkan hasil kan.ehehe.. leh aku tumpang skali ..jokes jer:D

ape2 pun..cayunk kamu...:-*

..:: Nak update jer ::..


sorry yer geng ACCP..
aku ari tu maleh benor nak edit gambo kite berbuka ari tu..uhux..ni da ade picasa aku sonok jer nk edit.ehehe..aku hny pilih pic yg sesuai jer..x sme aku edit yer...:D

arca n abstrak yg ade de kat Mom's Place. aku ske article Hiding From Wife. tempat tu mmg tersorok la..ehee..so creative they are..kalo x silap aku perabot kat ctu sme antik2 n from Thailand la..correct me if i'm wrong k..

artis: - idah, neni, peja, jijul, hanim, huda n nad
pic time nak order n menunggu mknan.tgh bosan tggu geng yg lain jugak..


lapo2 jom mkn...licin semua kami kerjakan...haih ayie, jd model promot air sunkist plak ker.ahax.

ni kononnye nk suprise utk huda..ahax..tp x menjadi..Cheese Cake for huda.. celeb8 kat umah aku..ops..malu i..umah i bersepah ler..sorry:d

Activity: - 1. Nad tgh menonton TV
2. Hanim posing:P
3. Idah + Jijul tgh bersembang
4. Huda + Arni posing :P
5. Jijul cbuk nk record
6. Huda buka kotak kek..suprise dpt cheese cake
7. Nadia + kak zura cbuk membancuh air
8. Makan kek...yummy...

pic sensorg...arni, ayie, hanim, me, idah, peja, kak zura( control ayu:P), nad

Thursday, October 9, 2008

..:: Picasa ::..

alahai malu nyer aku...name nye dak IT tp aku br je belajar picasa 3 ni ha.. haih...baru aku tau x yah la ssh2 nak edit gune photoshop..dgn ade nye picasa ni sonang ajo..ehehe...pilih je nak wat collage...pic kat bwh ni pic yg pertama aku wat teknik collage.ehehe..malu kan aku ni...


aku ni nama jer IT tp bknnye update sgt pun..kalo mende tu aku x gune jgn harap aku nk explore...malas ler nk pening kan pale ni..uhux..byk sgt mende nk pk.ahax..


pic kat bwh ni adalah mknan yg aku mkn time berbuka kat MOM's Place kat damansara perdana...sedap wo0..harga die bg aku berpatutan la sbb sdap hingga menjilat jari...pergh aku tersalah gune trade mark KFC le plak..sorry yer KFC.. ehee.. k la nak smbg edit gambo time raye..aku x update2 lagi..cian kakak aku yg nun jauh di sana tgh menunggu.. x gitu kakok..ehehe..

Wednesday, October 8, 2008

..:: Takziah ::..

Takziah utk kwn ku Aine Salwati (Wa) n family..
Tabahkan hati ye Wa...
aku faham perasaan ko..
aku pun pnah merasai kehilangan jugak 4 thn lepas..
kite x kan perasan org yg nk pergi..
perangai die berubah ckit demi sedikit..
ape yg terjadi pada kite..
juz amik iktibar n pedoman...

Al- Fatihah utk arwah Aizan ( adik Wa)

Tuesday, October 7, 2008

...:: Dulu dan Sekarang::..

juz nak share ngan uol..

ttb abg angkat aku Hadizzaki buzz kat ym, ckp nk send sesuatu..ahax..ttb aku nmpak gambo aku ngan die time skolah dlu.ahaha..nk gelak jer rsnyer...byk jugak la beza aku dlu n sekarang..bak kata abg adi..aku da sekeping.ahahaha..tu laa nak kata diet x jugak..dlu mkn lagi berselera la katakan..ok laa uol compare sendiri laa pic dlu n skang..ahax


1. ni abg adi 2008

2. ni abg adi 2000

so wat do u think? byk ke ckit je beza nyer.ekeke