Jom ikut UK

Tuesday, December 6, 2011

Anggun’s Party

 

Raya haji ke2 iaitu 7 November 2011 bersamaan 11 Zulhijjah, aku telah buat jamuan kecil-kecilan untuk anak dara aku bersama sepupu dia.

Gambar x banyak sebabnye kameranye hilangggg…nak tahu cerita pi baca entry sebelum ni ok Smile. Gambar yang ada ni dari akak yang buat kek Anggun dan juga gambo dari henfon ayahnye. Layan ajo k Smile

C6303¤0899

C6303¤0900

C6303¤0901

kek1

kek2

kek3

Keknyeee sangat sedap. Anyway tak cukup tau.huhu..Tapi cian Anggun, aku bagi dia rasa tapi idoknye suke. Anak aku ni bagus orangnye sebab memang tak suka benda yang manis dan masam. Untungkan aku? hehe…Tapi tak tahu la sampai bile kan…Harap-harap sampai besar sebab dapatla aku jaga gigi dia. hehe…

Saturday, December 3, 2011

Salam Rindu untuk semua

Lama sungguh aku tak berceloteh dalam blog cabuk aku ni kan. Rindu nak menulis semula. Tapi keadaan sekarang buat aku jadi malas untuk menulis. Sekarang aku tinggal ngan keluarga aku kat Kuantan, tapi Incik suami plak duk Paka - Kerteh - Kemaman. Merempatlah aku dan AI kat sini.

Bercerita tanpa gambar tak syok kan?

Tu sebablah aku jadi malas nak menulis.huhu...Raya ke-3 aidiladha, rumah aku masuk pencuri. Jadinya handphone aku, handycam dan macam-macam lagi barang berharga kene curi. Memang agak tensen jugala. Ye la dalam fon tu kan banyak no kawan-kawan sekolah dan UNI. huhuhu...sangat terkilannnnn.....

Handicam plak...gambo sambutan hari jadi AI kat dalam tuuuuuuuuuuuuuuu...Sekarang aku tengah duk minta simpati orang yang datang hari jadi AI untuk menyedekahkan gambo sekitar jamuan tuuu...

ok la..nanti aku sambung yer..tetiba plak datang seruan alam..hahhahaha

Tuesday, November 1, 2011

Setahun sudah

 

Alhamdulillah…

26 Oktober 2011, yang lalu genaplah umur anak dara aku satu tahun. Rasa macam begitu cepat masa tu berlalu. InsyaAllah, raya haji ke-2 nanti akan ku buat sambutan hari lahir untuk AI.

Seminggu sebelum hari lahir AI, dia sudah boleh berjalan tapi macam robot la sikit. Tapi ok la kan, akhirnya anak daraku berjalan jugak. hihi.

Alhamdulillah, hari ini jugak cukup sebulan sudah aku menjalankan perniagaan dobi aku. Doakan moga perniagaan aku ni berjaya ye Smile

 

Kepada kawan-kawan yang berada di sekitar Kuantan, kalau nak hantar pakaian untuk di basuh ke dry cleaning ke cuci TOTO/Comforter ke, boleh la hubungi aku. Kalau banyak dan dalam kawasan bandar Kuantan, pengambilan dan penghantaran PERCUMA.

Oklah, aku terasa penat la pulok. Sorry ye, korang layan gambo AI je kat bawah ni.

C6303¤0888

C6303¤0889

C6303¤0896

Monday, September 5, 2011

Raya Raya Raya

 

Hari ini baru aku berkesempatan nak jenguk2 blog list. Ramai yang masih belom update blog masing2. hihi. Masih dalam mood raya kan?

Aku pun macam tu jugak. Mood nak beraya jer. Tapi oleh kerana incik suami dah start koje, so mood beraya hanya sesudah die pulang dari koje. hihihi.

Aduhai malas nye nak memasak. Kalo gi beraya umah orang kite x payah masak kan? tapi tu laa, dah kate incik suami koje. so kone la masak jugak.

Raya korang semua camner? Aku anak beranak, duk berair je hidung ni. sok sek sok sek..adeyh..cuaca panas..ari tu ade gak AI demam..bila dah panas tu, terus aje aku suap ubat demam. nasib tak melarat mana. Cuma x tahan, raya ni AI duk meragam jer. Ye la, tido die terganggu..mak bapaknye asyik angkut die bawa beraya..tu yang meragam je..ahaha..gi kutip duit raya punye pasal. hahaha

Kepada kawan2 ku yang telah menghantar SMS raya, sorry la yer, tepon aku seminggu x leh on. Sekarang terpaksa gune tepon lama. Maka banyaklah no fon kawan2 semua hilang.huhuhu..sedey betul. Tapi yang paling aku sedey ni, video AI dari baby semua dalam fon yang rosak. huhu..before aku nak trade in, kalo boleh nak try gak baiki and transfer video n gambo AI dalam BB ni.

K la korang, chow dlu..perut dah berkerongcong ni..bye

Sunday, August 21, 2011

Seminggu jer lagi..

 

Pejam celik…pejam celik…

Kita sudah dipenghujung Ramadhan..

Aku rasa seperti baru je kita nak mula berpusa, tapi hakikatnya dah nak raya da pun. Lagu raya sudah pun berkumandang. Tapi aku xder rasa feel pon sebab lagu raya baru ni aku rasa ntah apa-apa. Bila penyanyi baru nyanyi lagu lama, aku rasa hancur terus kot lagu tu…dari kite tengah syok duk feeling nak raya tiba-tiba dia pi ubah tang chorus..hancur..hancur..

Lama kan aku dah tak update blog? Maafla, aku bukan xnak update, tapinya kepala ni kusut, jadinye idea takde la untuk menulis. huhu..

Untuk pengetahuan korang, pada 9 Ogos iaitu 2 minggu lepas, aku kemalangan dekat Sungai Ular masa aku dan AI dalam perjalanan nak balik rumah mak aku iaitu Kuantan. Ya Allah ketar lutut aku masa tu. Aku bawa memang tak laju dah. Masa tu duk ikut montot lori panjang jer. Tup-tup sekor lembu nak melintas jalan. Aku pun apa lagi, brek mengejut la. Nasib baik masa tu AI dah berikat sakan dah. Kalo tak kompem AI dah tergolek. Dan nasib baik juga lembu tu patah balik bila dengar aku brek mengejut.huhu…Bila aku dah brek tu ingatkan aku dah selamat, rupenye kereta belakang aku yang tengah laju, tak dapat control kereta dia terus langgar belakang kereta aku. Ya Allah, memang mengucap panjang la aku. Da la kereta aku ni tak sampai pun sebulan lagi. Dah la dia langgar kereta aku, bukannye nak tanya aku dan anak aku ok ke dak, tapinye boleh plak dia datang cakap kat aku macam ni

“Kak, macam ni lah. Atas dasar timbang rasa akak, bulan puasa ni kan..Akak bayar je la ganti rugi kereta saya.”

Aku telan air liur. Apesal lak mamat ni. Aku ke dia yang langgar kete skang ni. Aku pun jawab la

“Hah? sekarang ni awak yang langgar kereta saya. Kenapa pulak saya yang kene bayar?”

Selamber badak orang tua tu jawab “Memang betul saya yang langgar, tapi disebabkan akak yang brek kereta mengejut, saya plak xleh control kereta saya, tu yang terlanggar kereta akak ni.”

Aku apa lagi naik bengang la “Eh pakcik, kalo saya tak brek, saya dan anak saya ni dah tergolek dah arwah dah kot. Macam ni je la, saya dah x dapat fikir la, sekarang ni awak nak duit ke nak apa ke, awak tunggu je la suami saya. Saya memang tak boleh buat keputusan. Tak pun kita terus ke balai.”

Dia plak jawab “Saya bukan tak nak gi balai, tapi kang panjang cerita plak nanti. Saya nak cepat ni.”

“Sebab awak nak cepat la skang ni awak dah hentam kereta saya. Sekarang ni saya tak nak fikir apa-apa, awak tunggu je suami saya.” Aku sound orang tua tu.

Aku memang dah cuak sakan dah. Duit dalam purse ada RM10 jer. Tak kan aku nak bayar kan. Aku pun call la AF bitau yang aku accident dan orang tua nyanyuk tu mintak duit ngan aku. Apa lagi AF terus la pecut dari tempat keje dia datang kat aku. Aku memang nangis dah masa tu..haha..takut beb..

Anak aku? Dia ok jer, cuma terkejut skit jer bila bunyi orang hentam kereta kitorg.huhu..

Sesampai je AF kat tempat aku accident, terus je orang tua tu ajak pi balai. Aku pun pelik ler, apesal die tak mintak duit dengan laki aku. AF pun terkejut. Aku agak la, mungkin dia tak sangka laki aku besar dari aku. hahaha..Mungkin dia bajet laki aku ni kecik macam aku. Tup-tup datang besar dari dia.hahaha..takut le tu..

Masa nak on the way gi Polis Trafik Kuantan, macam-macam cekadak orang tua tu. Malas la aku nak cerita. Memang wat sakit hati jer. Pulak tu dekat balai pun nak klentong polis lagi. Adeyh…macam tak betul da aku tengok orang tua ni. Lantak la..

Aku memang tak suka orang tua lupa daratan ni, boleh lagi kat balai tu cakap aku yang salah dalam hal ni. Bengong!

Jadinya, kereta aku dah masuk bengkel Toyota dah 2 minggu. Raya ni kami terpaksala dengan kereta lamooo…Makanya hanya 3 beranak aje la dalam kereta, orang lain xleh la menumpang kitorg.huhu..

okeh tutup cerita pasal accident.

 

Amacam persediaan raya korang?

Baju raya dah siap ker?

Alhamdulillah, baju raya sedondon kami 3 beranak dah siap. Yey, x sabar nak melaram dan gi photoshoot hari raya….

Kuih raya dah berapa balang? ke gi tunjuk malam raya je? hihi..

Tahun ni, aku sungguh teruja nak buat kueh raya. Ye la, kata kami 3 beranak beraya bersama. mahu tak teruja.ehehe..Setakat ni dah siap 2 jenis biskut dah. Lagi 4 jenis lagi.hehe

Alhamdulillah, semua untuk AI dah setel. Baju raya dia saja dah 9 pasang. Sonok betul shopping baju anak ni kan? hehe..aku beli 4 pasang jer, yang lain anak-beranak yang bagi. Rezeki-rezeki…hehe

 

Untuk mengubat rindu korang pada anak dara aku, ni dia pic AI yang terkini Smile

IMG01128-20110809-1023

Masa ni, baru nak gerak ke Kuantan. Sejam sebelum kemalangan.huhu

IMG01131-20110813-1140

IMG01134-20110813-1630

IMG01147-20110815-1412

IMG01160-20110820-1909

C6303¤0824

Selamat Hari Raya!

Sunday, August 7, 2011

Seminggu sudah kita menyambut Ramadhan

Alhamdulillah...
Dah seminggu kita menyambut Ramadhan.

Dan ini bermakna seminggu jugak aku telah bersahur dan berbuka bersama suami dan anak tercinta. Aku rasa sangat seronok Ramadhan kali.

Selama 7 hari ini juga, lauk untuk bersahur dan juadah berbuka disediakan sendiri oleh aku. Incik suami cuma request. Aku sendiri yang suruh dia request. hihi..sebabnya aku sendiri buntu tak tahu nak masa apa. Bila orang dah request ni, kalo aku xtahu, maka aku pun terpaksa la tanya makcik google. hehehe

Setakat ini, banyak juga lauk yang aku buat ikut resipi rakan blogger. Antaranya:


  1. Ikan bakar berempah resepi dari Kak Dayang tapi diperhebahkan oleh mamamya. Thanks ye kak, sebab share resepi yang meletops ini. Incik suami suka sangat. hehe
  2. Sup Ikan merah..oppss aku lupe la amik dari sape. sorry ye.
  3. Puding roti berkaramel juga dari Kak Dayang..
Kalau tak silap aku, tu je rasanya yang dari rakan blogger. Yang lain aku masak menu yang aku dah tahu dan feveret AF. 


Tutup pasal makan. Kali ni kita bercerita pasal AI pulak.

Mak aih..aku rasa anak dara aku skang dah semakin lasak..

Mana tak nye, pantang lepa skit, dia dah memanjat katil, panjat grill pintu, main periuk belanga aku dan ketuk sana. waaa abis periuk aku kemik sana sini. Tak pe..sayang mama..ketuk la lagi..nanti ade chance la mama nak dapat periuk baru dari ayah..ahahaha...

Yang terbaru plak hari ini, dia dah pandai terjun katil. Ya Allah terkejut aku. Dia tolak bantal kat bawah. Then dia duduk kat hujung katil dan terjun. Adeyhh...lasak tul anak dara aku.

Sejak baik dari cirit birit last week, dia pulun balik makan dengan banyak. Alhamdulillah, dah tembam balik anak dara ku ini. Nasib baik, kalo tak semua orang tegur dia dah nampak kurus dan tiada lagi pipi yang tembam..huhu...

Ok jom layan pic AI.

AI : Lambatnye ayah balik, mama...

Ala ciannye..sampai tertido tunggu mama bersiap nak g PARAM.

Say 'O' mama...

Saya yang galoks...

1...2...3...jom kita terjun katil, mama..
Itu saja untuk kali ini. jumpa lagi.

Salam Ramadhan :)

Sunday, July 31, 2011

Bersiaran dari Kemaman, Terengganu

Minggu yang sangat penat. Dugaan betulla nak pindah umah kali ni.

Dugaan pertama,
Anak dara aku kene cirit-birit jangkitan dari kawan dia yang dijaga oleh babysitter. Adeyh, sampai hari ini masih lagi cirit-birit. 4 hari dah. Aku memang risau. Dah 3 org doc aku pi jumpa. Memang kalut la. Mana tak nya, AI sampai berak keluar air saja. Dan terus tak bermaya. Setiap kali nak membuang, mesti dia akan menjerit. Adeyh kesian nye anak mama. Ini kali pertama AI sakit lama. huhu..dah kurus dah anak mama ni. Tapi nasib baik kali ni AI sakit, ayah dia ada skali. So kami bergilir-gilir la bangun malam kalau AI merengek.huhu..Cepat sembuh ye sayang mama.

Dugaan kedua,
Aku pindah barang hari Sabtu. Dan kami juga dah buat janji dengan beberapa kawan Incin Suami. Lori sampai rumah aku pukul 10 pagi. Tapi kami dah menelefon semua kawan-kawan AF, malangnya semua tak mengangkat telefon. Ya Allah, memang tak tahu la nak kata apa. Janji hanya tinggal janji. Ini la kawan tak guna. Aku memang perli la AF, sebabnya kawan dia ni, time susah kerap benar datang jumpa kitorg..Kebetulan masa tu kami senang. Tapi sekarang bila kami susah dan memerlukan bantuan, HAPRAKKK semua tak nampak batang hidung. Aku memang ingatlaa..Orang macam ni memang tak boleh buat kawan.

Jadinya, aku terpaksa telefon kawan ofis aku minta bantuan. Nasib baik abang ipar aku ada. Jadinya 3 orang termasuk AF je la yang mengangkut barang.huhu..

Dugaan ketiga,
Dugaan mengemas barang dan mencari barang..waaaa menyesal betul aku tak tulis kat kotak. Pastu mula la aku terpaksa buka semua kotak, semata-mata nak cati 1 barang.huh...Lain kali pindah, memang kene ingat la!

Akhir sekali, esok kita dah mula bersahur dan berpuasa. Aku rasa seronok sangat. Pertama kali nya aku bersahur dan berpuasa dengan AF. Dan juga kali pertama ada nya AI.

Yey..Selamat bersahur dan berpuasa kepada semua bloggers yang beragama Islam. Semoga Ramadhan kali ini memberi kita seribu rahmat. Amin.

Thursday, July 28, 2011

Sayonara

 

Iyer..perkataan ini akan ku ungkapkan hari esok dan lusa.

Sayonara V-Work. Tempat aku menimba banyak pengalaman bekerja dalam bidang IT.

Sayonara USJ. Sungguh sedih aku rasa. Sejak kelahiran AI, baru lah aku kenal dengan jiran tetangga di pangsapuri kami. Aku bukan seorg yang pandai memulakan perbicaraan. Memang aku tak pandai. Tapi bila dah kenal, mula lah aku boleh bersembang tanpa henti. huhu…itu lah aku.

Baru nak rapat, kami dah nak berpisah. Siap jiran aku tanya, bila lagi ye kita nak jumpa. InsyaAllah, panjang umur dan diizinkan Allah, kita akan berjumpa lagi.

InsyaAllah hari Sabtu ini, kami sekeluarga akan berpindah ke bandar Kemaman. Aku sendiri tak pernah lihat rumah yang kami bakal tinggal. Ye la, seingat aku, sejak suami aku kerja kat kemaman, baru 2 kali aku pergi sana. Itu pun pergi untuk makan keropok lekor kat Geliga, Kemaman.

Bagaimana ye tempat baru kami tu..Nanti aku update ngan kalian semua.

Aku bersyukur, akhirnya penantian aku untuk tinggal bersama keluarga kecil aku sudah berakhir. Ramadhan tahun ini sungguh bermakna. Yey, aku ade teman untuk bersahur. Aku ada teman untuk berbuka. Alhamdulillah, Kau kabulkan doaku Ya Allah. Smile

 

Hari ini, sewaktu aku duk singgah menyinggah blog rakan2 blogger, aku terhenti disini. Blog Puan Mawar Nafastari. Ya Allah, sungguh tabah puan mawar mengharungi dugaan.

Al-fatihah buat suaminya yang tercinta yang telah menyahut seruan Illahi kerana kemalangan jalan raya.

Kisah hidupnya, buat kan aku terfikir, bagaimana ye kalau ia terjadi pada aku? Nauzubillah..aku rela aku yang pergi dulu, dari 2 orang yang aku sayang dan cinta ini pergi meninggalkan aku….huhu…

maaf aku tak dapat nak menulis lagi. air mata terlalu laju mengalir, kerana duk bayangkan jika diri aku diberi dugaan seperti puan mawar.

Al-fatihah untuk Nafastari

Tuesday, July 26, 2011

9th Month Old!

 

Sungguh cepat masa itu berlalu. Aku begitu mencemburui masa.

Anak dara aku sudah 9 bulan hari ini.

Sebenarnya aku tidak perasan langsung yang hari ini sudah 26 hari bulan. Tadi masa nak hantar semua kerja aku, tengok tarikh kat komputer aku 26!

MashaAllah, macam mana la aku boleh lupa. Encik suami pun lupa jugak. Ye la, semua tengah sibuk nak siapkan kerja dan kepala duk fikir pasal lori pasal barang-barang nak pindah.

Waaaaaaaaa

Banyaknya yang nak difikirkan. Maafkan mama ye sayang.

Okey, abaikan semua ini dulu. Perkembangan AI sekarang.

  1. Gigi baru 3 batang. 2 bawah dan 1 atas. huhu..x sanggup rasanya bila dia nak tumbuh gigi. Demam sampai cecah 39.6 C. Risau woo
  2. Merangkak sangat laju!
  3. Sudah meniti di meja, kerusi, katil dan dinding untuk berjalan.
  4. Dah faham maksud “SLEEP”. hihi…aku cakap SLEEP je, pasti terus baring dan dia dah x berani dah nak angkat kepala. haha..gila garang aku ni! xper, demi masa depan dia.hihi..ade kaitan ker?
  5. Dah pandai main pinggan mangkuk aku kat dapur. Aku memasak, dia juga mahu memasak. Sudahnya aku belikan barang masak-masak untuk dia. Baru dia x kaco aku dah.
  6. Dah pandai tunjuk kalau dia nak kan sesuatu. Kalau kita x layan, alamatnye ko tahan la telinga dengar dia menjerit! nyaringgggg giler!
  7. SAYANGGGGGGGGGGG…maka AI akan nga nga mulut luas-luas dan cium pipi kita lalu dia menjilat pipi kita…waaaa itu la cara AI cium.hahaha…lencun weyh!
  8. Naik kereta, cbuk nak duduk kat seat driver. Sebabnya nak main WIPER dan Signal. adeyh! Pantang weyyyhhh…air wiper tu kering dek kerana AI rajin cuci cermin Smile with tongue out
  9. Bab makan plak..macam biasa laa, aku rasa makin berselera kot..hihi

 

Itu jer kot yang terbaru pasal AI. Harap xder yang tertinggal la..

Gambo AI yang terbaru? nanti la yer, aku post gambo AI sbbnye seme pic da msk external HDD. Aku kan da nak chow, so pc dah clean up lol.huhu…

Thursday, July 21, 2011

Musim sakit..

 

2 minggu lepas, AI demam. Itu pun sebab dia nak tumbuh gigi atas.

Minggu ni plak, aku plak demam. huhu..Yang kesiannye kat AI la. Dia macam faham jer yang aku tak sihat. Kebiasaanya dia akan merayap 1 rumah. Tapi x semalam, seolah tahu aku sakit dan hanya main kat depan mata aku jer. Main sikit-sikit, lepas datang sayang mama. Abis basah muka aku. Tapi aku x larat, biar je die buat apa. Agaknya sebab aku xder tindak balas, AI sayang aku sampai abis basah lencun muka aku dengan air liur dia. Adeyhh..Bila aku buka mata die senyum…Alahai ciannye anak mama ni.

IMG01050-20110720-1915

Malam plak, macam tahu-tahu je aku dah nak tdo, maka pukul 8.30 mlm dia dah ajak aku masuk bilik. Bagi je susu, Ya Allah bukan main senangnye dia tdo, terus je lena. Kalo x sebelum ni, kalo aku x marah dia jangan harap la die nak tdo. haih…

Pukul 2 pagi,

AI peluk aku, kaki die peluk aku macam die peluk bantal peluk. Tiba-tiba aku rasa basah semacam jer…aduhaiiii dah bocor ker…. x pernah hayat AI bocor ni. Dah la ayah die baru je tukarkan beli Mamy Poko. xkan pakai yang mahal pun bocor jugak. Gagahkan jugak aku bgn tukar diapers dia. Da tukar aku pun sambung tdo.

IMG01052-20110721-0813

Tup..tup..pukul 5 pagi,

AI korek biji mata aku, korek idung dan tampar muka mama die. Adeyh….Bila aku buka mata die sengeh macam kerang busukk…Aku cakap la kat dia, “ Adik baru kul 5 ni dik, tdo la”. Aku terus tutup mata. Aku tutup je mata, dia tampar nye muka aku. aku buat bodo jer. selagi aku x buka mata tu la die duk tampar muka aku. aduhaiiii anakkuuu…

esok mama nak keje. tup-tup die tonggengkan montot nye ke muka aku….da la idung ku tersumbat. Aku cuma dapat hagak la, mayb dia poo poo kot. aku pun amik spek aku dah lihat. Ye tepat skali, patutla die tampar aku suh bangun. Rupanya die poo poo. Sorry la sayang, idung mama tersumbat. Terus p cuci, pakai diapers dan sambung tdooo…

Pukul 7 bangun. Mulutnya duk pot pet pot pet. Suh aku bangun. aku letak dia depan tv dan aku p siapkan diri la nak p keje. Letak je dia dalam stroller, oh suke sangat dia. tahu la tu dia da nak p umah kakak-kakak dia…hihi…

Siap babai..babai..kat aku. ciannye anak mama ni.

IMG01053-20110721-0853

Monday, July 18, 2011

Setengah sudah berlalu

 

18 hari sudah…ada lebih kurang 2 minggu lagi aku di sini. Kalau di tempat kerja memang aku nak cepat jer masa itu berlalu. Sebabnye dah naik muak aku buat AJAX configuration selama 2 minggu. huhu… Esok masih ada lagi configuration yg perlu aku buat.

Tapi xper laa..configuration yang terakhir. Lepas ni, dah xder kerja configuration lagi dah..hihi..ntah ntah aku rindu plak nak buat configuration..ahahaha

Anak dara aku plak, nampak je baby sitter die kompem la nangis2 manja. Di suruhnya dukung dan riba. Haih, xnak berenggang dengan baby sitter langsung wa cakap lu. Nak berkepit jer. Mungkin AI tau kot bulan ni last die dengan baby sitter. Huhu..Aku xtau la saper yang nangis nnt..huhu..AI ke baby sitter die..huhu

Tapi seyes, susah aku nak dapat baby sitter aku yang macam skang. Sangat teliti menjaga AI. Kalo AI kene gigit nyamuk, pasti die p cari nyamuk yg gigit AI tu dan habislah die belasahnye nyamuk tu dengan RIDSECT..wakaka..

Masa dia jaga AI juga, dia xkan benarkan mana2 kanak2 cium AI sesuka hati. hihi.. Kalo die nampak budak tu comot dan busuk, jangan haraplah die bagi dukung dan cium AI..Kalo aku keluar g makan n bawa baby sitter AI, biasanya ada saja waitress yang nak dukung AI. Kalo aku kan, bagi je laa sbb senang skit aku nak makan.hihi…Tapi baby sitter AI ni x bg wooo…Die rela benti makan n dukung AI, sambil waitress tu main2 dengan AI. adeyhhh… Apo-apo jo la…

IMG00928-20110705-1839

Ni la dia baby sitter AI, kak Dorin namanye. Tengok sampai kurus AI kerjakan kak Dorin tu..AI dah la bam-bam..hihi

IMG00919-20110704-1604

Ni tengah tgk tv. Kalo dengan aku, bertuah sangatla nak duk diam gini..

Akhir sekali, ni dia AI yang baru bangun dari tidur Smile with tongue out. Muka yang masam mengcuka.

IMG01009-20110717-1444

Wednesday, June 29, 2011

sEBulan lagi..

 

Lagi sebulan aku akan meninggalkan company ini. Sayang memang sayang. Aku telah berkhidmat 2 tahun 7 bulan. Sorang demi sorang telah BLAH dari company ini. Puncanya sebab tak puas hati dengan Management. Bukan sebab tak puas dengan Salary atau Benefit. Bagi aku salary dan benefit kat company kecil ini sangat luar biasa..

Ye la, mana tak nya, ada ke company kecil yang sanggup SPONSOR korang kalo nak sambung study?? ada ker? sebulan kitorg dapat duit petrol 400 hengget. Banyak kann?? kalo ko tak kuar g site…memang dapat freeee je la. Macam aku rumah dengan tempat kerja kalo hanya secotet je la.haha…Tu sebab masuk keje kul 9, maka kul 9 aku baru gerak dari umah. hahaha…

Bos pun da paham dengan perangai aku. Ada ke company yang flexible macam company aku ni? Aku rasa bos kompem bising kalo buat macam aku ni, silap hari bulan boleh kene FIREDDDDDDDDDDDd. hahaha…

Duit mobile kitorang lak bos bagi 150 sebulan. Duit parking kete 100. Untuk gigi 100. Medical check up 400…Banyak lagi…aku lupe dah..haaa..lagi satu boss bagi 500 untuk kitorg semua tukar fon pakai SMART fon. So ok la kan. Ada ke company kecil lain yang bagi camni? Aku rasa x dapat kot.

Dulu aku pernah kerja setahun dekat Damansara Perdana. Business yang lebih kurang macam tempat yang aku keje sekarang. Tapi aku nak claim MC aku pun susah tau! apatah lagi parking tak dapat. SOCSO xder tolak, dan jugak aku rugi setahun sebab EPF tak dop. huhu

Aku sayang company ni. seyessssssssss beb. Perpisahan akan berlaku lagi sebulan.

Perpisahan dengan jiran tetangga juga akan berlaku lagi sebulan. Begitu juga dengan baby sitter AI. Memula aku btau baby sitter AI, terus dia menangis. Aku lagi laaa…mana nak dapat baby sitter yang baik dan sangat teliti dari aku dalam menjaga AI. Sedihhhh….

Aku harap baby sitter AI, nak ikut kami pindah Smile. Pindah ke mana..nanti la aku sambung…

Last but not least..untuk kalian,

IMG00756-20110618-2140

Monday, June 27, 2011

8th Months Old

 

Alhamdulillah, anak dara aku sudah 8 bulan sekarang.

Kenakalan dia makin terserlah. Tengokla gambo ni, dia tengah mengaco aku lipat kain, pastu die main bakul. Mata tu duk tengah ralik tengok iklan TV. Skang ni AI, tengah main ke atau sibuk melakukan sesuatu, tetiba iklan kat TV, pasti die akan STOP kejap, then tengok iklan. Ko panggil la die, cakap JOM ker…dia bulayan jerrrr…sebab tengah kusyuk tengok iklan. hihi…

IMG00826-20110626-1431

Untuk meraikan AI 8 bulan, kami p jenjalan kat IKEA. hehe…bukan soping untuk anak. Tapi soping untuk mama nyer.hihi

IMG00835-20110626-1719

IMG00836-20110626-1839

Kepala tu duk ke kiri ke kanan, budak duk main lari2…menjerit sakan si AI ni nak turun sama. Tapi biarkan ajer…x larat nak dukung dia lama2.hehe..

Perkembangan AI 8 bulan,

  1. Mulut dia sangat bising. Menjerit no. 1…
  2. Merangkak da laju smpai ker dapur.
  3. Suke tolong aku kemas periuk belanga kat dapur
  4. Dah boleh bangun sendiri nak meniti.
  5. Bangun tidur jer, secara otomatik akan terus duduk.
  6. Suke panjat atas badan aku!
  7. Dah pandai salam, tapi AI paham ameeeennn, maka die akan tarik tangan kita dan cium..
  8. Dah pandai lambai kat kita bila cakap bye-bye
  9. Kalau nak marah aku…die akan panggil aku Jujuuuuuuuuuuuuuuu dengan sekuat-kuat hati dia. huhu.. nak marah tapi nak gelak
  10. Dah pandai hug kita..aku balik keje pasti akan hug hug aku…rindu la tuuu…mama pun rindu AI jugakkk :)
  11. Suke main bola. Amik bola, baling bola, kejar bola…comel sangat bile die pegang bola. penuh tgn dia…
  12. Dah pandai tampau pipi aku, kalo die geram kat akuuuuuuuuu….
  13. dah pandai flying kiss tp kat mulut aku la…ajar buat kat mulut dia..tp die lebih suke gune mulut aku.hihi…

Setakat ini, tu je la kot sejak AI 8 bulan

Friday, June 24, 2011

Teman Karib

 

Teman karib AI.

Teman karib AI ni wujud ketika usia dia mencecah 2 bulan. Aku kan selalu story mory kat korang yang AI ade eczema. Pada mulanya aku aku memang tak tahu anak aku ada eczema. Sebab dia kelihatan macam ruam biasa jer.

Bermula di pipi AI.

Mula-mula naik bintik-bintik merah. Aku pk maybe sebab cuaca panas. AI tak tahan tu yang naik merah. Pastu dari bintik-bintik, ia membentuk menjadi bulat. Aku tengok dah macam kurap pun ada. AI dah mula sental pipi dia yang mulus tu.

Kebetulan pulak AF xder, dia pergi Offshore. Ya Allah sedih aku tengok muka AI masa tu. Nak bawa g klinik, aku ni masih dalam pantang.

Family aku pulak semua duk cakap KURAP SUSU. Aku pun duk search la internet semua. Aku tak puas hati selagi aku tak dapat jumpa Pead AI. Sedih tau, tak der orang nak bawa kami ker klinik. Pastu duk cakap tak de ubat la itu la ini la.

Pastu bila orang duk datang melawat kami pun, ramai yang jenis mulut puaka. Memang jenis xder insurance punye la. Kecik wooo hati aku ni.

Tiap hari aku berdoa moga AF balik cepat. Leh bawa kami g klinik. huhu..Doa aku dimakbulkan, AF dapat balik awal. Kami ke klinik dan Alhamdulillah DOC btau AI bukan kurap susu. Kurap susu tu cakap-cakap org tua kita jer. Sebenarnya AI ada eczema iaitu penyakit kulit. Then DOC pun terang la itu ini.

PEAD bagi aku FUCICORT, tapi aku x guna sebab ada STEROID. Korang tahu kan STEROID not good untuk baby. Boleh gune kalau dah terukkkkkkkkkkk sangat.

Aku cuba cari inisiatif lain. Kebetulan aku memang langgan PA&MA, ada artikel pasal baby yang ade ECZEMA guna Organic Baby Buds iaitu Super Soothing Rescue Lotion. Aku terus ajak AF g cari dan kami jumpa. Pastu aku terus tukar semua mandian, syampu, minyak baby dan lotion AI kepada organic.

Memang agak mahal. Tapi anak punya pasal dan aku tak sanggup tengok AI merah-merah dan terus duk menggaru, kami memang tak kisah lah. Orang duk mengata, aku peduli apa. Duit aku ok, bukannye aku gune duit ko!

Aku rasa dalam pantang xder AF, memang STRESS. huhu…nasib baik aku tak meghoyan jer..huhu

Tak per la da lepas da kan. OK la aku nak kenalkan korang teman karib AI sehingga kini. Dan jugak rupa AI masa eczema teruk…sob sob sob

IMG00331-20101207-1100

Rupe AI sebelum menggunakan Baby Buds.

Ini lah teman karib AI Smile

image

 

Sebagai penutup, saya yang notti!

image

Thursday, June 23, 2011

Pakcik oh Makcik

 

Pakcikkkkkkkk  dan makcikkk oiii…

Saya minta tolong sangat-sangat…

Jangan la ganggu saya dan anak saya…

 

Saya tahu malam tadi, pakcik dan makcik sakat saya anak beranak..

Saya dah pasang orang ngaji, orang zikir…

tapi…

lagi kuat saya pasang…lagi kuat pakcik dan makcik sakat saya..

berpeluh-peluh saya tahu pakcik dan makcik..

 

Oleh kerana saya takut sangat malam tadi…

tu yang saya panggil adik saya datang…

 

tolong la pakcik dan makcik yer…

Saya ni bukannye kuat sangat..

cian saya dengan anak saya…

tolong yaa..

Jom Collect Duit Raya

 

Jom ramai-ramai buat duit raya dengan

Join Exabytes!

 

Mudah saja tau.

Korang Sign Up jer terus dapat cash RM50.

Bukan senang nak dapat duit RM50 ye dop? hehe..

Memula korang click sini untuk Join.

Pastu klik kat PARTNER tab dan pilih Angel Programme.

image

Korang scroll ke bawah sampai jumpa Sign Up Now.

image

Pastu korang create la account korang kat dalam form ni. Senang jer. Once Sign Up terus dalam account korang dapat RM50.
image

Pastu korang tepek la banner promo exabytes ni kat blog korang macam NUffnang jugak. Senang jer kan!

Selamat Kumpul Duit…..

Wednesday, June 22, 2011

Kisah KARMA #1

 

Karma, apa itu KARMA?

Bagi aku KARMA ini adalah balasan dari perbuatan kita. Sinonim dengan kata pepatah “ Buat baik di balas baik, buat jahat dibalas jahat”

Jadi, barangsiapa yang melakukan kejahatan tu, beringatlah kalian balasan itu akan tetap jua kalian hadapi. Hanya lambat dan cepat saja. Ini juga peringatan untuk diri aku sekeluarga.

Aku nak kongsi cerita kisah keluarga aku. Bukan keluarga kecilku tapi perihal mak, abah dan adik-beradik aku. Sebagai pengajaran yang diluar sana. Bukan nak aib kan sesiapa.

Dulu masa aku masih kecil, keluarga aku memang susah. Kais pagi makan pagi. Mak aku tak kerja. Abah aku kerja bawa lori. Mak aku pernah cerita, kami juga pernah merasa tinggal dalam reban ayam. Waktu tu aku masih kategori bayi lagi. Maka aku tak ingatlah. Sedih bila mak aku cerita.

Jadi untuk meringan beban abah aku, mak aku buat kuih dah hantar la kat gerai-gerai atau warong kat tempat kami tinggal. Sebenarnya kerja bawa lori pun besar jugak gaji nya. Tapi disebabkan abah aku ni sangatlah setia dan agak lurus bendul terhadap mak dan ayah tiri dia, maka bulat-bulat duit gaji diserahkan kepada mak dan ayah tiri. Jadi aku adik-beradik makan guna duit mak aku jual kuih-muih. Begitulah ayah aku sampai kini. Kami dibesarkan dengan hasil mak aku berniaga kuih-muih dan lauk-pauk.

Walaupun nenek aku telah mengadap Illahi pada tahun 1992. Ayah tiri abah aku masih rapat dengan kami. Rapat itu ada maksud yang tersendiri. Korang paham-paham jer la dah nama TIRI. Tiap bulan duk mintak duit dengan ayah aku. Ok, aku paham la sebab abah aku ni anak jadi kene bagi duit kat ayah dia. Tapi yang aku agak la sakit hati, dia tak mintak duit dengan anak kandung dia. Dia tak pernah susahkan anak kandung dia. Kalau dia jatuh sakit, konfem dia telefon ayah aku untuk pergi hospital. Tapi mengada-ngada tak nak pergi KERAJAAN ok! Datuk tiri aku nak masuk HOSPITAL SWASTA. OK, abah aku pergi hanta jer la. Abah aku pk, datuk aku ni ada duit la kot.

Tup..tup..nak keluar hospital, kos itu ini, stay hospital kene dalam 3K. Abah aku pun sengkek tak der duit sangat. Pergi la mintak dengan datuk aku, lagi mengejutkan abah aku, SESEN takder duit wei. Abah aku pun mintak la dengan adik-beradik dia yang agak mewah. Semua larikan diri, diamkan diri. Kedekut nak keluarkan duit untuk ayah sendiri kan. Sudahnya, mak aku yang bayarkan. Ye la mak aku ade restoren..Diorg kata laa…Jadi mak aku kaya bagi diorg.

Sekarang…..

Abah aku kan selalu keluar masuk hospital. Terus terang aku cakap, ayah aku masuk hospital KERAJAAN ok!. Memang pada mulanya kami adik beradik masukkan PRIVATE hospital. Tapi disebabkan abah aku memerlukan banyak operation, jadi kami tak mampu. Sedih jugak kami adik beradik tak dapat masukkan ker PRIVATE. Tapi tak per la, asalkan abah aku sihat seperti sediakala.

Ayah TIRI abah aku tak der pun nak jenguk abah aku kat hospital! Lagi kejam aku rasa, abah aku aku tengah terlantar atas katil hospital, boleh telefon abah aku suh hanta ubat dia. GILAAAAAAAAAAAAAaa aperrrrrrrr!!!!!

Kali ini memang aku hangin! Datuk ker moyang ker peduli apa aku. HALLO ko tak nampak ker abah aku tengah terlantar kat hospital. Mana anak ko yang lain???? Ko susah cari la abah aku si anak TIRI ni. Anak sendiri xnak susahkan.

Nak dijadikan cerita, Datuk aku sakit dari dulu sehingga kini tak pernah sembuh. Doktor pun tak tahu sakit apa. Hari tu pernah tiba-tiba kaki dia membengkak dan ada ulat. Lepas tu, anak-anak dan cucu-cucu kandung dia semua semakin susah. Cucu semakin rosak. Aku bukan nak aibkan keluarga ayah aku, tapi inilah kenyataannya.

Sewaktu pembahagian harta arwah nenek, barang kemas tinggalan nenek untuk mak dan abah aku, semua datuk aku mintak balik. Tanah sepatutnya dibahagikan sama rata. Walopun abah aku anak tiri dia, tapi datuk aku kene ingat abah aku adalah anak kandung arwah nenek aku.

Ye aku tahu, aku bukan sesiapa nak nilai seseorang itu. Tapi dari sini kita dah tahu apa silapnya.

  1. Selalu dapat penyakit yang doktor pun tidak tahu punca dan sebab.
  2. Keluarga makin papa kedana.
  3. Anak makin rosak.

 

Korang pk lah sendiri natijah yang datang dari diri sendiri. Inilah yang dimaksudkan KARMA.

 

Nanti aku sambung lagi kisah karma yang boleh dijadikan teladan untuk kita semua.

Petua #3: Selsema

 

Kunyit…

Ye kunyit.

Kenal tak kunyit?

Ok ini lah kunyit.

kunyit2

hasil percarian google.

Kalo anak-anak kita selsema boleh sapu kunyit kat hidung diorg.

Caranya senang aje, memula potong skit kat hujung kunyit tu supaya nampakkan isi die.

Lepas tu, bakar kunyit. Sejukkan sekejap bagi suam-suam gitu, sapukan kat hidung anak kita.

Ada jugak member aku ajar, tumbuk kunyit tu dulu kemudian tepek kat hidung anak.

Aku ni kalo dah emergency AI susah nak nafas dek kerana pekat je hingus kat dalam tu, mano nak sempat nak tumbuk.

Kata duk berdua je kan. Maka aku bakor ajer. Bila da suam-suam gitu terus sapu kat atas batang hidung AI.

Terus saja AI bileh tidur dengan lena.

Monday, June 20, 2011

Makhluk Halus

 

Oh Jin

Oh Hantu

Oh Jembalang

Oh Toyol

semua yang seangkatan dengannya….

 

Aku tahu, ko sedang menumpang rumahku sejak memula aku pindah lagi. Ko tak yah la nak berahsia lagi.

Banyak kali dah ko kantoi dengan aku tahu!

Antara sikap ko yang selalu kantoi dengan aku:

  1. Setiap hari ko merokok kat dapur aku.
  2. Bulan puasa pulak ko merokok dalam jamban bilik aku.
  3. Bulan puasa jugak ko pi berak kat jamban bilik aku, pastu ko tak flush. Adeyh..dah la busuk taik ko tuh! kalo wangi tak per la jugak!
  4. Masa memula aku mengandung aritu, ko pi bakar kemenyan kat bilik aku.
  5. Alaaa..aku tahu ko selalu main pintu rumah aku tu!

Sudah-sudah la wei ko nak sakat aku. Aku dah penat da pun. Malam tadi ko merokok kat semua bilik dalam rumah aku kan? kan? kan?

Harap jer aku ni tengah KEUZURAN tahu!. Kalo tak aku dah bakar ko malam tadi.

Ko ni takut ker kalo aku bakar ko? Baik ko pi lari sebelum aku bakar ko.

Ada paham takkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk????

Friday, June 17, 2011

Jom kita mandi-manda

 

Mula2 kita basuh dulu berus gigi kita sebelum digunakan. Tengok saya buat ye kawan-kawan.

IMG00720-20110611-0950

Selepas itu, boleh la kita gosok gigi kita biar sampai putih macam gigi beruang kutub utara gitu.

IMG00718-20110611-0950

Kemudian kita gosok dan terus gosok gigi kita.

IMG00721-20110611-0950

Ok dah sudah! Awak nampak tak gigi saya? Haa..tak nampak? Alaaa..awak buat2 nampak je la. hihi…saya memang tak pandai nak tunjuk gigi saya. Bila nak tunjuk sudahnya lidah saya jer orang nampak.

IMG00722-20110611-0950