Jom ikut UK

Monday, January 3, 2011

Permulaan 2011

 

Jika orang lain sambut tahun baru dengan kegembiraan, tapi tidak untuk keluarga aku.

Pembukaan 2011,

Abah masih lagi terlantar di katil.

Makan minum semua bersuap.

Mandi pun dengan bantuan kami sekeluarga.

Nak bangun dari katil, didukung oleh abg ipar.

Kalau abg ipar xder, kami yang perempuan ni mengumpul tenaga untuk dukung abah.

Abah dah tak boleh berjalan, semuanya kene bantuan kami, berkerusi roda.

Sedih sangat bila abah nak buang air besar.

Tandas kat rumah kami kene naik tangga. Bayangkan lah aku bersama adik-adik perempuan aku 2 orang, mengusung abah naik tangga untuk pergi ke tandas.

Ya Allah, aku punyalah takut tergelingcir bersama abah. Nasib baik kami selamat.

Setiap malam abah akan demam. Kami bergilir-gilir tukarkan kain tuala sejuk kat badan abah sampai demam abah kebah.

Setiap malam juga abah aku akan batuk dan muntah. Masa tu kami selalu terdengar abah cakap “Dah tiba dah masa untuk aku”

Apakah maksudnya tu..kami memang takut. Memang betul kami kena bersedia. Tapi hakikaktnya ada ke anak-anak yang bersedia untuk KEHILANGAN?

Ya Allah Kau panjangkan lah umur abahku..kuatkanlah semangat dia untuk teruskan hidup. Kau sembuhkanlah dia dari sakit…

Semalam 2 Januari 2011,

Anak buah aku Eisya kene admit kat SunMed, sebab demamnya dari hari Jumaat tak turun-turun.

Rupa-rupanya dia kene appendices. Semalam juga dia kene buat operation. Kesian dia, baru umur 7 tahun dah kene operate. Hari ni permulaan sekolah dia dah MC.

 

Dugaan sungguh di permulaan tahun 2011.

Aku harap tiada lagi berita tak baik selepas ini.

5 comments:

SundaeCone said...

saba mama juwie...doa yang terbaik :)

aku pn dilanda masalah yg smpai x tau nk wat pe ..

SundaeCone said...

saba mama juwie..doa yang terbaik insya Allah :)

same here. tahun baru dimulai dgn berita yang kurang baik. but no worries everything has its own reason. believe in HIM !

Hantu Ulam said...

thx ana..Aku percaya setiap yg terjadi pasti ade sebab dan musabab :)

susudalambotol said...

Semoga Abah awak sihat hendaknya. Amin. Untuk entri yang atas tu, kalau awak diam diri, awak takkan dapat jawapannya :)

Hantu Ulam said...

Hidd: huhu thx. Betul kalo diam x dpt jwpan tp bila byk sgt duk pk smpai da xtau nak buat ape.huhu