Jom ikut UK

Wednesday, December 10, 2008

..:: Menu wajib ::..

Saja nak berkongsi dengan kalian mengenai menu wajib kami setiap kali tiba hari raya. Kalian semua tahu kan aku ni memang orang asli TIMUR. Abah ku orang Terangganu. Manakala Mak pula orang Kelantan. Kami adik-beradik semua dilahirkan di Pahang. Jadinye camni lah :-

Terengganu + Kelantan = Pahang

Ok. habis cerita pasal asal-usulku. Kebanyakan menu kami kat rumah adalah masakan orang Terengganu. Nak tau kenapa? Sebab nyer...... dlu-dlu kan selepas je mak aku kawen dgn abah aku, diorg tinggal dgn mak abah aku iaitu nenek aku dan ibu mertua mak aku. Kalian faham x? alaa buat-buat paham je la.

Arwah nenek aku ni adalah seorang peniaga dalam bahasa lain (businesswoman). Kalau x silap aku la kan, nenek aku dlu jual macam-macam kuih. Antara yang aku ingat pau, kusui, apam, taik itik dan macam-macam lagi la. ala pendek kata, kalau kalian pergi Terengganu kan byk mknan yg pelik-pelik betul x? leh katakan semua tu nenek aku buat utk di jual. Selain itu juga, nenek aku memang seorg Tauke Nasi Dagang.

Apa yang aku nak ceritakan...pembantu nenek aku adalah mak aku. Jadi nye kan, segala ilmu mengenai masakan telah diturunkan kepada mak aku. Sebab tu la mak aku jadi tukang masak femes kat Kuantan tu..ehehe...(kite harus puji mak kite tau).

Alamak cam da lari tajuk skit. ampun ya kalian.

Setiap kali tiba hari raya, abah mesti akan pergi cari perut lembu untuk dibuat kerabu perut. yummy..kalian mesti pelik kan.perut lembu yang di cari.hihi.. itu la menu wajib kami sekeluarga. Untuk pengetahuan kalian juga, bknnye perut yg biasa letak dalam sup tu tau. perut yang kami panggil ni adalah usus kecil lembu yang baru disembelih itu. Sebab tu hanya dapat di makan pada musim perayaan. kan ramai orang nk tumbang lembu bila masa raya. nak-nak skang raya haji.hehe..lagi banyak...

Selain itu jugak, menu wajib adalah Singgang Tulang. perghhh sedap tau.. sedap dari sup tau. Kat bawah ni ade pic Kerabu Perut dan Sup tulang. Menu wajib kami.

tu je la yang nak aku kongsi kan..nnt ader menu yang sedap, aku umum kan ok? chow

4 comments:

xeea said...

singgang tulang?

ade eh?

aku tau masak singgang ikan jer.

Ulam Kerdas said...

hehehe..ader

sedap wo0..

nnt aku blk kampung, aku amik resipi ngan mak aku..

hehe..

Anonymous said...

singgang tu ape? lol

Ulam Kerdas said...

Mino chan - singgang tu mcm sup tapi cuma xder rempah sup.best tau..