Jom ikut UK

Monday, April 12, 2010

Sekembalinya aku…

 

Assalamualaikum…

Lama sungguh aku tidak menulis, dek kerana keadaan aku yang tidak mengizinkan dan membuat aku tidak punya MOOD untuk berceloteh dalm blog busuk ini.haih~

Sebelum aku berceloteh panjang, ingin aku ucapkan takziah buat keluarga Allahyarham Din Beramboi yang sudah pastinya 1 Malaysia terkejut dengan pemergian Allahyarham. Begitu juga aku. Sungguh sayu pada pagi Jumaat 2 April 2010 lalu. Jika hari-hari biasa aku dihiburkan dengan lawak jenaka Allahyarham tapi tidak kini. Tidak perlulah kita meratap pemergiaan Allahyarham kerana Yang Maha Esa lebih menyayangi beliau. Al-Fatihah…..

Kalian ingat lagi entri aku yang lepas? kalo x ingat klik sini. kan aku dah janji nak buat pengumuman secara terbuka jika aku sudah ada isi…

Alhamdulillah…berkat doa aku dan Incik Suami, aku sudah 3 bulan mengandung anak pertama kami… Syukur sangat. Aku tahu pasal kandungan aku pun bila usia die 2 bulan. Sebelum aku ketahui pasal kandungan aku ni, alhamdulillah aku xder alahan ape-ape.

Tapi setelah aku tahu dan mungkin juga usia dia da 2 bulan kot, aku sudah mula merengek ngan Incik Suami.huhu…menangis tak tentu pasal.

Dan tidak lupa juga Morning & Evening Sickness aku bermula..ohh sungguh teruk. sampai aku tidak dapat makan nasi langsung. Jika aku paksa diri makan nasi, sudah pasti aku akan bertenggek kat mangkuk tandas selama 30 minit. Bukan itu saja, air paip untuk mencuci mulut dek kerana muntah juga buatkan alahan aku makin teruk.huhu seksa bukan..tapi demi anak yang terchenta aku relakan ia…:)

Aku masih lagi tertekan dengan hidung aku yang sungguh sensitip dengan bau-bauan yang tak sesuai dengan hidung aku. Antaranya bau rumah, air paip, air masak, peti ais, bau Incik Suami dan juga untuk pengetahuan kalian, aku sungguh sensitif dengan perfume One Drop..oh tidak…aku memang dapat kesan dengan cepat bau mereka yang menggunakannya dan sudah pasti depan mereka juga aku mau muntah…huhuhu..seksa bukan…

Aku harap alahan aku akan berkurangan dari hari ke hari. Tak sanggup rasanya bila asyik MC je kan. segan jugak kekadang tu.huhuhu…

Okla..aku stop kat cni dlu…nanti aku sambung lagi dari semasa ke semasa k..

Friday, March 19, 2010

Bau

 

Sejak akhir-akhir ni, aku begitu sensitip dengan bau. Oh tidak..aku sungguh tertekan dengan situasi ini.

Aku sudah dapat kesan bau di ruang tamu rumah…

dapur juga…

peti ais…

bilik air…

air masak juga sudah punya bau…

air yang mengalir dari paip air juga aku sudah boleh hidu baunya…

Oh sungguh tertekan….

Bukan itu sahaja,

jika suami ku berpeluh, aku sudah tidak tahan akan bau dia….

“Abang cepat pergi mandi!” maka dengan terkedak-kedek, Incik Suami menurut perintah demi sensitiviti si Isteri..huahuahua..kesian suami aku…

Tapi setelah di tinggal kan Incik Suami kerana urusan kerja, pasti aku merindui bau Incik Suami, sampai aku demam 3 hari..pergh…penangan bau betul la..

Oh bau…pergila kau jauh dari hidup ku…sungguh terseksa aku rasa penangan akan diri kau ini…hoho

Tuesday, March 9, 2010

Makan x lalu, tdo x lena dan mandi pun x basah

Sejak akhir-akhir ni kesihatan aku x berapa stabil. sungguh memenatkan. Makan aku pun x lalu. camner yer…

Tgk mknan pun aku da xmo. puas la Incik Suami aku paksa makan. kadang aku rasa nak nangis je bile kene paksa makan. hahaha sabo je la kan…

skang ni jugak aku ni sangatla pelupa. kalo kuar g jalan, kad parking slalu aku lupa kat mana aku letak. pastu mula la Incik Suami pun da start bising. dan aku pun da start nak nangis. haiya cam mengong je aku rasa.

Minggu lepas, aku teringin sangat nak makan Durian Pancake. haih ni seme gara-gara Puan MOMO la yang ngajo aku makan. ahaha..skang ni kalo ape yang aku nak x dapat, mula la muncung aku da naik se depa ngan Incik Suami. Oleh kerana, Incik Suami pun tarak tahan ngan perangai aku, dia layan kan jugak lah kan Isteri dia yang banyak kerenah ni. hihi…

Aku siap plan lagi, memula kita pergi Myden, then kita g makan, pastu g Midvalley (beli durian pancake sahaja) then kita g Puchong amik facial wash. Adeyh, masa singkat jer. dah la kuar dari umah da kul 8 mlm. cube korg tgk aku nye plan punye la panjang berjela. wahaha..

Sudahnya, lepas je makan aku rasa amatlah penat. aku ajak Incik Suami pulang ke rumah. ahaha…Punye la Incik Suami gelak sakan kat aku. hampeh tul. ye la nak wat camner aku da penat. dan betulla kata pepatah itu, Kita hanya boleh merancang dan hanya Tuhan saja yang boleh menentukan. ahahaha…

Semalam, Incik Suami decide untuk pulang ke Melaka sebab ade perkara yang masih lom di setel kan lagi. Tapi sebelum tu, Incik Suami tanya aku dlu bagi die pulang pukul berapa. ahaha..aku pun menjawablah, lepas kite g beli durian pancake baru abg boleh pulang. Boleh kan? Incik Suami pun iyer kan sahaja. mungkin die pun da kecian kot tgk Isteri die mcm hape je bile x dpt mkn durian pancake dan die pun xtau cmner rupenye durian pancake itu. haha..

Sesampai aku kat Ikano semlm, punye la semangat sanggup meredah jem selepas balik kerja terus ke Damansara.hihi. Aku terus je menonong mencari kedai Durian Pancake. Perghhh…aku rasa hepi sangat-sangat. Bila sampai je kat Stall Durian Pancake tu, tetiba Incik Suami “Ini je ke yang sayang nak? dari jauh kita datang, semata-mata mende ni?” adeyh…aku pun menjawab la “aah. ini jer.” Incik Suami lagi, “kalo abg tau abg bawa sayang g makan durian je trus..” huahuahua…aku dalam hati da nak nangis dengar kata-kata Incik Suami..

Oh tidak…mengapa aku begitu sensitip sekarang….

semalam juga, aku da masuk tido awal-awal sebelum Incik Suami pulang ke Melaka. Hati ini macam x sanggup je tgk dia tinggal kan aku..sob..sob..sob…aku pun xtau pukul berapa aku lena…huhu…

Begitu lah hidupku kini….

Thursday, March 4, 2010

Berehat

Puan Ulam mau berehat dengan aman....

nanti bila sudah tiba masanya...

akan ada kemaskini baru yang manis-manis...

dan mungkin juga pahit untuk ditelan..

buat masa kini,

sudah kekeringan idea....

daaa.....

Tuesday, February 23, 2010

Lompat Getah

 

images pic credit to Mr Gugle..

Masa kecik-kecik dlu slalu main lompat getah ptg2 ngan jiran. hehe.. masa kawen member skolah aku (Fifah) ari tu aku jmpe kawan sepermainan yg da lama sangat x jumper. dlu aku skolah kat SK Cenderawasih smpai darjah 4 then tukar ke sekolah SK Tanjung Lumpur. Masa darjah  1 ,2 n 3 time rehat je g main peluk tiang la, main ting2 la n yg paling aku ske main LOMPAT GETAH. ahaha…siap simpan duit skolah utk beli getah warna warni lagi tu. n bertanding getah sape yg cantik tu seme. gile lawak kalo ingat blk.

nama kawan sepermainan yg da lame x jumpe tu A’A. yes A’A. die juga merangkap jiran aku, selang serumah je umah die ngan umah aku. ehehe…

korang ingat x lagu Anak kambing selain dari lagu Bomba-bomba…blue black…n ape lg r?

tapi motif aku ari ni nak tau lagu Anak KAMBING ..ehehe..tetibe tingat mainan dlu-dlu..

 

Anak kambing berlari-lari,…

Anak kambing patah kaki…

Anak kambing makan rumput…

 

(Sila sambung kalo korang tau..aku ingat tu je :D)

Friday, February 19, 2010

Thursday, February 11, 2010

Penat..

Seyes aku penat gile start dari last week lg.

Last week, aku pindah umah. aku amik cuti sehari je utk angkut brg ke umah br aku. gile r. aku rasa aku da mcm robot seh. Sib baik Incik Suami ade, keje aku just packing then die yg angkut msk kete n angkut ke umah baru.uhuhu..

Umah baru aku skang tingkat 6.pergh..da lame aku x duk tinggi2 ni. Seingat aku last aku duk umah tinggi ni kat damansara dlu. tu pun tgkat 4.huhu..ok gak umah tinggi ni. hoho..nak tau ape yg best? ehex…umah xder nyamuk..ngeh ngeh ngeh..so tingkap kat umah aku mmg x pnh tutup la smpai ari ni.

lepas je aku pindah umah, dtg ofis trus je bos aku suh g SAPURA.waaaaaaaaaaaaa..giler aku malas nak g sane. mane x nya, jauh beb. jauh nun disana..da la parking susah beb. mau nanges aku tiap kali jalan kaki tgh panas.sob sob sob. Start dari Jumaat last week smpai ari Selasa aku duk berkampung kat Sapura tu smpai mlm. Penat giler beb. Sampai pinggang aku sakit yg teraman sgt. nak tdo pun tarak boleh.uhux.

So, semlm aku MC. aku da x tahan sgt sakit pinggang. Atas nasihat sume org, ehex termasuklah Incik Suami. Aku merajinkan jugaklah diri aku ni untuk g hospital. Pagi-pagi buta aku suh adik aku anto aku ke Sunway Medical Hospital. p buat check up segala tulang n organ dalam badan aku ni. huhu..cuak gak beb. riso kang x pasal2 patah riuk aku nye tulang ke walopun aku rasa x patah pun.wahaha…

Aku riso gak, sejak aku jatuh ari tu, sistem pembuangan aku pun da x betul.uhux. Setting sume lari kot. So, Doc pun riso jugak dengor citer aku tu. die pun suh aku x-ray and wat ultra-sound sume.

Aku pun g wat x-ray ditemani staffnurse yg memula smbut aku kat bahagian emergency.ngeh ngeh. wat x-ray aku ok, cume x thn sejuk je la..ye la pakai baju yg disediakan yang begitu NIPIS.wohoho..seksi I semlm..ahaha..

After x-ray, aku kn wat Ultra-sound. ni yang aku tensen. before aku wat x-ray tu, staffnurse ade bagi aku 2 cups of mineral water n die suh aku habiskan. adeyh, aku ni bkn senang nk minum cepat2..tp oleh kerana staffnurse tu duk tunggu aku minum, aku rs smpai nak termuntah.huhu…giler r..kembung perut weh. adeyh. nurse tu btau nk wat ultra-sound ni kene perut kembung ngan air.adeyh…oleh kerana aku tunggu lame sgt nk wat ultra-sound tu, maka hatta aku tidak dapat menahan untuk pergi ke tandas…dan dengan selamber je aku g tandas untuk membuang semua air yg aku minum tadi.wahaha..

elok-elok aku kuar tandas, nurse assistant cekak pinggang kat aku.aku pun pelik la. tup tup die marah aku nape g buang air tu, smpai xleh tunggu wat ultra-sound dlu.wahaha..aku ckp la, “U nak suh I smpai terkencing dalam seluar ke???? haiyo. Sape suh U lambat panggil I? Lama tau I tunggu!” hahaha..aku lak marah die.

pastu die ckp, oleh kerana U dah buang air kucil, U kene minum balik air mineral ni smpai u rasa nak kencing lagi. haaaaaaaaaa??? alaaa x suke nyer. then terpaksa la aku minum cepat2 n banyak2 trus suh cepat skit rasa nak kencing. uhux. nasib baik la xde org lagi yg nak wat ultra-sound, doc tu mmg tunggu aku je. so lepas je aku rs nk kencing trus aku g wat ultra-sound nak cek organ dlm bdn aku kot ade yg bengkak ke kan.huhu…n Luckily nothing to worried anymore. I’m safe from all the negative thinking.ehehe..

pastu jumpe Doc kat Emergency blk, dia bg aku mkn ubat kat ctu jugak, sbb aku jln terbongkok2 kan..huhu…giler ngantuks beb. bawa kete pun tersengguk2 aku nak smpai umah. uhuhu.

ape lagi, smpai umah aku da x larat ni dengan tudung2 aku bantai baring trus n pengsan.ahaha…pengsan. nasib baik Incik Suami xder kat umah.haha..

semalam jugak aku x dpt join company dinner for Chinese New Year kat restoren Ayuthya..hoho..jeles ngan dak ofis…

xper r, janji ari ni no more sakit pinggang..ehehe..k adios~