Dua Ribu Sepuluh.
Sungguh banyak kenangan manis dan pahit yang telah aku lalui bersama Incik Suami (AF). Sehinggakan AF berhenti kerja sebab nak jaga aku. Terharu kan? Mana nak cari suami yang sanggup berhenti kerja untuk jaga isteri yang alami banyak alahan ketika mengandung.hehe
Sebenarnya, bukan dia suka-suka nak berhenti kerja. Kerja AF x macam orang lain. Susah sangat nak minta cuti walaupun company dia bagi 14 hari AL, tapi 1 pun x pernah dapat cuti. Kesian kan suami aku ni.huhu.
Disebabkan xleh cuti, nak pergi trip Bali pun dia berhenti kerja. Kalo x mahu aku muncung dan x bercakap ngn dia.
Ini pulak aku mengandung. Masa dia kerja tiap ari aku tepon nangis-nangis.haha..memang aku cengeng pun ngan AF. Tu yang dia cian kat aku pastu die pun benti kerja la.hoho.
AF berhenti kerja xder la dia goyang kaki kat rumah. Dalam masa dia berhenti kerja tu, dia amik course kat CIDB dan ada juga amik kerja dari kawan2 dia dan buat kerja kat rumah. Jadi banyakla masa kami berdua.hehe..kata nak jaga isteri kan. hehe..
Diakhir-akhir aku nak lahirkan AI, AF decide untuk pergi OffShore. Katanya risau kang baby lahir ongkos x cukup. Aku bagi je la kan, dia pergi pun untuk aku dan baby juga. Maka raya pertama sebagai suami isteri pun dia xder kat darat. Dia pergi OffShore smpaila seminggu sebelum aku lahirkan AI.
Alhamdulillah, disaat menunggu kelahiran AI, AF x pernah tinggalkan aku. Ye la masa tu aku betul2 perlukan AF untuk bagi semangat kat aku. Aku x dapat bayangkan yang mana isteri melahirkan baby tanpa suami disisi. Bagi aku perempuan itu sangat kuat.huhu..
Skang aku nak list down Kenangan Manis aku Dua Ribu Sepuloh
Februari
Aku dan AF pergi Bali. Seronok sangat sampai lupa penat. Sekembalinya dari Bali, aku rasa x sedap badan je. Ye la sehari lebih 10 kali aku buang air kecil. Then pergi jumpa doc, dapat perkhabaran gumbira…Aku mengandung 2 bulan. Apa lagi AF senyum meleretla.hehe..Katanya I’m A Man.haha
Mei
Tengok Konsert Double Trouble kat Mont Kiara. Masa ni kandungan aku 4 bulan. haha. redah ajer. Search & Wings adalah kumpulan rock feveret aku. Jadi aku mesti pergi. Pada mulanya aku ingatkan akulah sorang yg pergi dengan perut yg boyot kan. Tapi tidak sama sekali, ade akak tu kalo x silap aku kandungan die 7 @ 8 bulan. Relax je g tgk konsert rock kan. hehe…Janji Rock kan
Jun
Dapat kejutan dari AF, dia bagi adiah phone BlackBerry sebagai tanda berterima kasih dia kat aku sebab da pregnant . So sweet sangat masa tu. Tapi sebenarnya masa tu aku tengah merajuk dengan dia.hahaha… Merajuk sebab apa itu rahsia. ekeke
September
AF ada exam kat CIDB. Aku dapat kejutan lagi pada malam hari lahir aku. Kununnya dia btau dia nak g study la kunun ngan kawan dia, tapi tidak. Dia p Jusco dan beli Oven yang aku nak beli selama ni.
5 minit sebelum pukul 12 am, 30 September 2010. tadaaaaaaaaaa dia bawa naik oven tu bagi aku.haha…
October
Tanggal 26/10/2010 pukul 12.08 am, lahirkan puteri yang kami nantikan.
Manakala pahitnya…
Februari -Jun
Aku alamai alahan macam-macam. Itu la yang menyebabkan AF berhenti kerja dan jaga aku
September
2 hari sebelum raya mak aku kene operation apendices. Jadi kami adik beradik semua beraya di hospital.hoho
November
Dikala aku sedang berpantang, abah aku asyik pengsan dan keluar masuk hospital.
Disember
Abah aku pergi rendam kaki dalam air panas. Oleh kerana deria rasa abah aku sudah tidak berfungsi, maka kepanasan air tu abah aku x dapat nak rasa. Sedar-sedar saja kaki dah masak.huhu..
Kene admit 3 hari.
Semalam da keluar hospital dan doktor bagitau perkhabaran yang menyedihkan dan membuatkan abah aku depress dan asyik menyalahkan diri sendiri.huhu..
InsyaAllah kami adik beradik akan berusaha apa cara sekalipun sepaya doktor tak potong kaki abah aku.huhu..
Dua Ribu Sebelas
Semoga abah aku kembali pulih seperti sediakala dan semoga lagi banyak kenangan manis yang kami dapat. amin..