Jom ikut UK

Monday, December 20, 2010

Sayu

 

Hari ni hari pertama aku tinggalkan Anggun untuk pergi mencari sesuap nasi untuk keluarga aku. huhu..memang amatlah sayu hati ni bila lihat Anggun terpaksa tidur seorang diri. Tapi apakan daya kene tetapkan hati dan tabahkan hati jugakla kan.

Hari ini juga aku kelam kabut. Sesudah subuh, aku siapkan diri aku, pastu mandikan Anggun. Cian anak dara aku terpaksa mandi pagi2 yang sejuk ini. Bagi minum puas-puas then dia tidur. Buat nasi goreng untuk adik dan sepupu aku yg jaga Anggun buat sementara waktu ni. Pukul 8.40 am gerak pergi kerja. Ikutkan hati ni nak je angkut Anggun skali.hahaha…

Kuatkan semangat.

Tingkatkan Iman.

Tabahkan hati.

Mama pergi kerja untuk Anggun juga sayang…

IMG00363-20101210-1250

2 comments:

Mrs Nageb said...

Sabar ye dear :) itulah dia kan..sayu sgt :) same goes to me tau..huhu

Hantu Ulam said...

itu la..kt bersama die 2 months, for sure berat hati nak berpisah..bila blk je mcm dah sebulan x jumpa.huhu