Jom ikut UK

Friday, October 29, 2010

Kelahiran yang di nanti

 

Hampir sebulan aku da update buah kerdas busuk ni. Bukannya apa, aku memang amik cuti awal dan kebetulan pulak Doc bg MC seminggu sebelum due date aku, maka aku pun balik kampung terus la. Bila da namanya balik kampung, malas la aku nak online :P.

Due aku yang sepatutnya 17 Oktober, tapi kerana keseronokan baby tinggal dalam perut aku, maka baby pun buat keputusan untuk lahir pada 26 Oktober 2010. Alhamdulillah semuanya selamat.

Kenangan melahirkan anak pertama ni, aku rasa sungguh ngeri! Semuanya bermula air ketuban pecah pada pagi Sabtu iaitu 24/10/10 (Hari Jadi Sultan Pahang). Aku pergi hospital pagi tu, tapi malangnya Doc yang sepatutnya sambut baby aku ade emergency maka dia xder hari Ahad tu. Bila staffnurse buat checkup, dia bagi pilihan kat aku sama ada nak Induce atau balik dulu tunggu doc yg sepatutnya sambut baby aku. Sebab katanya air ketuban aku masih cukup, x byk sangat keluar. Jadi aku pun wat keputusan untuk tunggu doc aku iaitu Doctor Khaled pulang. :)

25/10/10

Aku bangun nak solat Subuh, tiba-tiba kain batik aku lencun. Apa lagi aku terus g mandi dan siap-siap sebelum aku kejutkan incik Suami. Kul 8 aku terus g KSH, buat check up semua, then kali ni doc terus tahan aku. Oleh kerana pecah air ketuban aku x sakit dan jalan pun xder lagi, Doc yg ganti Doctor Khaled pun induce aku pukul 9 pg. Dan bermula lah cerita orang sakit bersalin. sob sob..

Cerita seterusnya memang aku x dapat nak gambarkan. Tapi apa yang aku boleh cakap kat Incik Suami, “Sayang da xmo beranak dah..” Suami aku pun balas, “ye, anak kita sorang je.” Aku tau saat aku sakit, aku tau bukan air mata aku je yang mengalir, suami aku pun x tahan melihat kesakitan aku. Tapi xper aku redha dengan sakit yang aku alami ni, demi anak/cinta hati kami yang aku kandung.

Pukul 11.30 mlm aku masuk labour room dan pukul 12.18 pg pada 26/10/10, lahirlah puteri kami yang bernama ANGGUN IFFAH BINTI AHMAD FAIZOL. Berat kelahiran 2.79 kg.

C6303_0513Sejam selepas kelahiran

DSC_0083

5 comments:

Anonymous said...

congratz jue..~~~nama yg unik..hope dpt jadi anak yg solehah bila besar nnti insyallah..
p aku quote satu ayat ko yg nie “Sayang da xmo beranak dah..”.... sebab member2 aku yg mana dh kawen selalu dgr benda nie kuar dari bini diorang..even akak aku pun..p at the end..bertmbh juga heE..lumrah manusia ciptaan yg maha esa..paper pun..de masa nnti aku lawat ko la ea jue...congratz..

-L-

Mrs Nageb said...

congrats dear :) alhamdulillah dah selamat dah :) nice name and sungguh comel lah ur baby tuh :)

roydotcom said...

Tahniah Jue.... eee takut bini aku baca blog ko ni kang... citelaaa yg senang2 je...

easy said...

salam singgah..tahniah atas kelahiran :)

Hantu Ulam said...

thanks to u all...sorry br ari ni dpt on9