Jom ikut UK

Wednesday, April 1, 2009

..:: Perkhabaran ::..

Aku kah yang sensitiviti sangat??
Semalam on da way balik ke rumah, aku dapat kol dari member sekolah aku bertanyakan mengenai sahabat lama aku.
Erna : Ju, Dura da bersalin anak lelaki ke pompuan?
Aku : Haa? Bila die pregnant? Anak lelaki ke pompuan?
Erna : Lor..aku tanye mung, mung tanya aku balik..hhmm..mung x tahu ke die mengandung?
Aku : haih~ kalo aku tahu..aku x tanye mung cik kak oi!
Erna : K la, kalo mung x tahu..bye
Dalam hati aku...macam ni ke di katakan sahabat?

Betul. Suatu ketika dulu aku begitu rapat dengan dia. Dari mula aku pindah ke kampung sampai la dia nak berumah tangga. Waktu sekolah, ke mana saja ada dia, pasti ada aku....di mana saja ada aku pasti ada dia jugak. Kami sekelas. Sama- sama menjadi pengawas sekolah. Sama pasukan nasyid sekolah. Sama pasukan Coral Speaking sekolah. Apa lagi ya aktivti sekolah. Banyak laa...

Kami berpisah bila saat aku bertukar sekolah Menengah Atas. Kami berasingan Teknik. Tapi bila cuti setiap bulan, kami tetap jumpa. ye la rumah die belakang rumah aku je. Tak jauh pun..

Kemudian, aku sambung pengajianku di Melaka. Tapi sahabatku buat keputusan untuk menyambung di Pahang saja. Aku x kisah, kami masih berhubung menggunakan alat komunikasi yang canggih kini. hhmm...Setiap kali raya, aku tetap berkunjung ke rumah dia. Setiap kali hari lahir dia, pasti ku kirim sms atau kad sebagai peganti diri.

Aku tak kisah, walaupun aku x pernah terima itu semua dari dia. Yang penting setiap kali balik, dia tetap ada untuk mendengar celoteh aku..Aku rindu kan dia..:)

Pada tahun 2007, dia mendirikan rumah tangga bersama insan yang die cintai. Aku menjadi pengapitnya di atas permintaan dia. Aku hepi untuk dia. Walaupun dia sudah berumah tangga aku tetap kirim sms dihari jadinya..Tapi sms aku x berbalas. Dalam fikiran aku, mungkin dia tengah sibuk sambut hari lahir bersama suami tercinta.

Aku telefon keesokan harinya, tapi x jugak berjawab. Aku hanya tinggalkan sms. Tapi harapanku hanya tinggal harapan. semuanya x berbalas. Sampai hari ini, aku langsung tidak terima apa-apa perkhabaran dari dia. Raya lepas, aku pergi rumah mak dia, tapi seorang pun tiada di rumah..Aku sedey...

Kenapa selepas kahwin, harus dilupakan sahabat lama???

Berita semalam, aku rs sedey bercampur gembira. Tapi hati aku langsung x terdetik untuk pergi menjenguk dia dan orang baru dalam hidup dia. Aku doakan semoga dia bahagia dengan hidup dia.

Gambar kenangan aku dihari pernikahan dia. Date camera tu salah

No comments: