Sebenarnya da lama aku nak buat contest ni. Tapi ntah asyik tertangguh jer kan.hehe..
Friday, June 10, 2011
Contest the LUCKY Readers!
Sebenarnya da lama aku nak buat contest ni. Tapi ntah asyik tertangguh jer kan.hehe..
Resepi #2: Bubur ikan
Seperti yang korang tahu, AI ada eczema. Jadinya, aku tak boleh la bagi dia sebarang makanan. Risau dia alergik dan yang paling penting aku tak sanggup tengok muka dia bengkak. huhu..
Last week aku dah try bubur ikan bilis. Alhamdulillah tiada alergik. Tapi nya dia kene batuk2. Aku pk mesti sebab ikan bilis kan berkeladak skit. So aku terus stop bagi ikan bilis.
This week, aku buatkan dia bubur ikan tenggiri. heeee…kalo korang biasa beli ikan mesti tahu kan Ikan Tenggiri ni mahal wooooooo..sekeping jer sudah RM5. tapi anak punye pasal kan…redah aje la…hihi
Ni resepinya:
- Beras segenggam
- Brokoli
- Ubi Kentang separuh - potong dadu
- Lobak merah – potong dadu
- Bawang putih seulas – mayang halus
- Halia setengan inci – mayang halus
- Sekeping ikan tenggiri
- Air
Cara-caranya:
- Basuh beras sehingga bersih. Isi dalam periuk dan air separuh periuk.
- Semua bahan di atas masukkan terus dalam periuk macam merebus la kan :P
- Agak2 nasi da kembang semangkuk dan air pun da kering sikit baru masukkan ikan tenggiri. Aku masukkan ikan tenggiri ni last sebab x sedap kalo masak lama2. Nanti hilang plak kemanisan ikan mahal ni. hihi.
- Ok dah siap. Kalo AI, hidangan ni boleh untuk 2 hari even 3 kali sehari dia makan.
Tips: Ingat, kita yang tetapkan berapa banyak anak kita boleh makan! Bukan kita bagi makan ikut nafsu dia!
Wednesday, June 8, 2011
Petua #2: Jaga percakapan
Petua ini sangat-sangat penting bila korang tengah mengandung. Kalo tak suka ker, benci ker, sakit hati terhadap seseorang, jagalah percakapan korang.
Jangan cakap sesuatu yang boleh perkecil hati orang. Ingat tau ibu-ibu yang tengah mengandung.
Kalau kita nak tegur seseorang akan cacat cela seseorang tu pun, tegurlah dengan sopan. Maksud aku, jangan sampai dia kecil hati dengan teguran kita tu. Ye, saya tahu mungkin korang nak tahu lebih details kenapa budak tu jadi macam tu, jadi macam ni kan? Tul tak? Boleh xder salahnye pun. Tapi jangan la menanya tu macam ni : EEEEEEEEEEEEEEEEE KENAPA DENGAN MUKA ANAK AWAK TU????
Aku sudah kena banyak kali tau!
Tegur siap dengan memet muka yang menggelikan bila tengok muka AI. Seyes aku kecil hati. kecil hati sangat2. Aku dan AI tak pernah mintak okeh? paham!
Di sebabkan aku kecil hati itu, berlaku lah KARMA pada org yang telah mengecilkan hati aku..huhuhu
Jaga percakapan ni x semestinya pada MANUSIA sahaja tau, korang juga perlu jaga percakapan dengan HAIWAN di sekeliling kita.
Selalu lah memuji…ingat MEMUJI…
Tuesday, June 7, 2011
Petua #1: Kisah Soya dan Air Kelapa Muda
Aku hanya nak berkongsi dengan bakal ibu pasal pemakanan. Isu pemakanan memang amatlah dititip berat oleh semua para ibu yang sedang mengandung. Nak pula yang tengah mengandung anak sulung. Betul tak?
Ala..aku dulu pun sama macam korang. Kalau boleh nak yang terbaik untuk kandungan kita. kan kan? Yang pasti, suami korang mesti selalu monitor apa yang korang makan kan? Aku dulu kadang-kadang naik rimas. Yela itu tak boleh ini tak boleh.
Bila aku balik jer kampung aku Kuantan. So heaven meh. hihi. Mana taknya, mak aku jenis layan jer aku nak makan apa. Mak aku cakap makan jer, sebabnya nanti dalam pantang yang boleh mkn nyer hanyalah ikan bakar dan ulaman yang baik untuk dalaman sahaja. hahaha. Jadi, bila dah mak aku layan aku makan…sudah je makan aku jadi cam ULOR la. hahaha…menyandar kekenyangan. hihi…syokkkk wooo
Sepanjang aku mengandung, punyala AF nak anak dia kulit putih melepak dan lawo, disuruhnya aku minum soya setiap hari. Ce korang bayangkan aku minum soya dari usia kandungan aku 2 bulan sampai 6 bulan. Bulan yang ke-6 tu pun aku paksa da, sebab dah jemu kot tiap ari minum.hahaha…
Bulan ke-7, aku memang dah tak boleh teruskan da dengan soya. Aku pun mula la dengan air kelapa pulak. Setiap hari pasti minum sebiji air kelapa muda. hihi. Air kelapa aku minum sampai aku nak bersalin tau. Memang bagus la khasiat dia.
Ok, habis kisah aku minum soya dan air kelapa muda.
Hasilnya, AI lahir memang putih melepak, mata sepet, mulut kecil. Bak kata baby sitter kat KSH, anak jepun ni. hihi. Kulit AI memang halus mulus. Bersih tiada selaput pun. Ala kalo korang perasan ada separuh baby yang lahir kulit menggelupas tu kan? AI tak der pun macam tu. Bidan terkejut tengok AI bersih jer masa lahir.
Tapi selepas AI seminggu di dunia, kulit dia start merah-merah. Tak tahan dek panas. Berpeluh jer dah naik ruam. Pastu gi jumpa Pead, pead cakap bukan ruam tapi eczema. huhu..runtun jugak jiwa ni bila dengar.
Pastu lagi satu, AI ni kalo kene gigit nyamuk, terus jadi parut. Sensitif kan kulit dia. haih. Kalo AI ni lelaki aku tak kisah jugak kalo kaki dia nak berparut. Tapinya pompuan, mane cantik kalo kaki berparut. huhu..
So apa yang aku nak btau kat sini:
1. Minumlah air kelapa, nanti baby lahir bersih jer.
2. Jangan minum soya! Kulit baby amatlah sensitif. Maintenance lepas lahir amatlah tinggi.
AI sampai skang hanya boleh pakai barang-barang Organik je. Jadi pengajarannya, jangan minum soya terlalu banyak. Kulit baby sensitip nanti.
Friday, June 3, 2011
Bila saya naik CAR
Inilah saya bila dapat naik kereta. Sibuk nak bawa kereta. Nak pegang stereng kereta.
Kita pegang dia pun marah. Aduhai anak dara ku!
Konon macam kitaa tu da besar sangat.
Konon macam kita tu da boleh berdiri dengan kaki sendiri.
Hai Anggun Iffah!
Sambil main stereng dengar lagu pastu gelek-gelek montot yang bam-bam itu..
Sungguh buat aku lagi geram. Ada video aku rakam tapi tak tahu kenapa tak boleh nak upload.
Nanti aku cuba lagi ya!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Wednesday, June 1, 2011
Thursday, May 26, 2011
I’m the Winner
Yeay!
I win the Pool Table from my office. hahaha..
Gila ah, aku xtau kat mane AF nak letak Pool Table ni..hihihi