Jom ikut UK

Wednesday, July 28, 2010

Baby oh Bayi

 

Sekarang kandungan aku sudah 7 bulan kalo ikut kiraan period aku. Tapi tiap kali aku pergi buat ultrasound baby aku eceli baru 6 1/2 bulan. 2 minggu lari dari jangkaan. Jadi dengan itu, baby aku masih lagi songsang bak kata doktor. Ia ambil masa lagi 2, 3 minggu untuk turun ke bawah. Aku harap semua akan ok.

Minggu lepas aku pergi buat 2d/3d/4d scan kat WellAgain Health Center seperti yang di war-war kan oleh senior aku iaitu kak Hanie. Keadaan baby semua baik-baik belaka. Cuma kecil sangat sebab berat baby hanya 925 gram dan tulang kaki dia pun agak pendek. Tapi berat aku sekarang da mencecah 55.1 kg dari berat asal dulu 49 kg. Naik banyak tapi baby tetap kecil. huhu..

Tengah berusaha untuk menambahkan berat badan. Kene pulak la sekarang aku ni macam rajin gile memasak. Tiap-tiap ari aku masak untuk makan malam dan tiap hari juga aku buka dessert atau kueh-mueh yang aku rasa nak makan. Nak beli kat Subang Jaya ni? hhmm…mesti buat mulut aku bising jer. ye la da la x sedap, mahal gile lak tu. Kalo mahal tapi sedap, aku x kisah jugak. haih…

Baby Checklist pulak, kebanyakan nye aku da siap sediakan. haha..awal kan? haha..alang-alang Incik Suami ada kat sini, baik aku shopping awal-awal. Nanti kalo dia da pergi kerja dan aku tinggal sorg, kompem r x best nak shopping barang anak sorg2…

Yang sudah disediakan;

Pakaian

  1. baju lengan panjang/pendek
  2. sarung tangan/kaki
  3. Topi
  4. Bedung
  5. Barut
  6. Bakul untuk pakaian (disediakan oleh makcik aku)
  7. Pencuci pakaian baby

Set Makan/Minum

  1. Breast Pump (Medela Swing)
  2. Botol susu + puting
  3. Botol susu untuk simpan susu
  4. Berus botol
  5. Rak botol

Mandian/barang jagaan

  1. Besen mandi bayi
  2. Syampu
  3. Mandian
  4. Minyak Bayi
  5. Putik Kapas
  6. Losyen
  7. Tuala
  8. Tisu basah
  9. Tikar getah
  10. Kepik kuku
  11. Minyak Yuyi
  12. Bedak
  13. Ubat pusat bayi

Kelengkapan Tidur

  1. Katil bayi
  2. Tilam (disediakan oleh makcik aku)
  3. Bantal tidur + peluk (disediakan oleh makcik aku)
  4. Selimut
  5. Kelambu

Untuk terakhir kali, ini dia 

WAN NOORSUZURAINI_9

Saya tengah nyot-nyot ibu jari ..:)

WAN NOORSUZURAINI_16

Nasib baik hidung ikut ayah saya..ekeke

WAN NOORSUZURAINI_22

aiyaa..saya ngantuk la mama..

WAN NOORSUZURAINI_43

okla..bye saya tidur dlu ye…jgn kejutkan saya sbb ni masa utk saya tidur macam ayah saya..wahaha

 

Jantina saya? Saya nak buat surprise la untuk semua orang..hehehe smile_wink

Wednesday, July 7, 2010

Kemaskini 5 & 6 bulan

 

Salam Bulan Julai.

5 Bulan

- aku naik gatal-gatal kat bahagian perut dan dada

 

6 Bulan

- Tak cukup darah

- Demam

- Batuk

- Selsema

Thursday, June 10, 2010

Tiada Tajuk

 

Tiada apa yang hendak di coret. Yang pasti hati dan perasaan aku sungguh bercelaru sekarang.

Kecewa.

Menyesal.

Sakit hati.

Rasa tidak dihargai.

Hanya air mata yang mampu mengalir dan tak dapat aku ungkap dengan kata-kata.

Mungkinkan sebab aku mengandung??? Begitu sensitif?? Tapi bila difikirkan sejak aku mengetahui aku bakal punya anak, aku abaikan hati dan perasaan aku. Tapi kini, keadaan semakin tegang. Hari semakin hari makin banyak perkara yang buat aku terasa. Tapi aku cuba abaikan tatkala aku begitu sibuk dengan kerja.

Demi anak yang dikandung, aku cuba kuatkan semangat aku. Tabahkan hati aku..

Wednesday, May 19, 2010

Dosa kah aku?

 

Semalah tiba-tiba cerita lama bermain semula di kepala aku. hmmm…semuanya bermula begini,

Tahun lepas, aku kerap on off keje. sampai budak ofis pun pelik ngan aku. sebab alasan aku bagi hanyalah sakit kepala. Tapi sebenarnya tidak, aku kena gangguan sihir yang bermain dengan IBLIS laknatullah.

Keadaan aku tidak terurus. Yang aku tau masa itu, sikit-sikit nangis dan telefon mak ayah aku saja. Walaupun ketika itu aku sudah pun berkahwin. Aku memang langsung tidak pedulikan suami aku. Hari makin hari keadaan aku makin seriyes, di mana aku tidak boleh menunaikan solat. Aku lupa untuk mengambil wudu’. Aku lupa pada ayat-ayat al-Quran yang selalu aku baca. Walaupun aku buka Al-Quran, lidah aku kelu tidak dapat menyebut ayat-ayat suci. perit bukan. Hidup aku ketika itu juga dikelilingi oleh Iblis, yang selalu berbisik ditelinga aku dan menghasut dengan macam-macam hasutan yang tidak perlula aku menulis disini.

Bila keadaan aku semakin teruk, abah menyuruh aku balik dan berjumpa dengan seorang Kiai. Bukan setakat kiai, macam – macam keluarga aku buat demi untuk pulihkan keadaan aku. Dan akhirnya aku sembuh dengan berkat usaha aku dan keluarga aku.

Bermula dengan hari itu, setiap hari aku berdoa sehinggalah hari ini, “SEMOGA ALLAH MEMBERI PETUNJUK KEPADA ORANG YANG TELAH MENYIKSA AKU SEDEMIKIAN RUPA”. Aku x pernah berhenti berdoa, cuba bayangkan setiap hari 5 waktu aku tunaikan solat, maka 5 kali aku berdoa pada Allah menyebut ayat yang sama. Itu aku tidak kira doa dalam solat sunat hajat yang aku lakukan demi untuk membuktikan yang aku adalah di pihak yang benar.

Tup-tup semalam aku mendapat khabar berita, yang dia kemalangan. Aku tidak menuduh dia. tapi banyak perkara yang terjadi yang menunjukkan dia yang menjadi dalang semua ini. Aku mendapat tahu kepala dia cedere teruk. Terus lupa ingatan. Tidak mengenali ahli keluarganya. Keadaan fizikal dia juga parah. Kuku kaki nya habis tercabut. Pingangnya mungkin juga patah. Bila aku dengar sedemikian rupa, aku jadi bersalah…Adakah sebab doa aku dia terima balasan macam ini??? aku tertanya – tanya…Dosa kah aku selalu berdoa mcm ni setiap hari???

Thursday, May 6, 2010

Adakah simtom orang mengandung?

 

Nak tanya ngan korang yg tgh pregnant or ada pengalaman pregnant…

waktu korang mengandung, ada sakit kepala x? Yang saya tau pening kepala tu memang biasa la kan…Saya ni x pening tapi sakit kepala sampai senak mata ni…pastu bila goyang kepala skit pun da sakit…rasa mcm ntah xtau nak ckp cam mana…tapi sakit la….

nak g jumpe doktor macam malas jer..ye laa, nanti kene perli ngan doktor lagi, “asyik MC je boss x marah ke?” adeyh..terjelepuk kejap…

Monday, May 3, 2010

Hujung Minggu yang Best..tip top..

 

1 Mei 2010, adalah hari yang aku nanti-nantikan…Oh yeahhhh!

nak tau naper? fuhhhhh….

ini adalah hari cuti bekerja buat aku dan Incik Suami. dan untuk meraikannya aku memilih untuk pergi Konsert Double Trouble Search & Wings….

dan

Ini Buktinya,

tadaaaaa…

..

.

29846_1406576961127_1133500668_1242723_7746251_n

Sanggup berbasah kuyup meredah hujan dan parking 1KM jauh dari Indoor Arena tu..perghh memang exercise abes la aku ngan Incik Suami.ahaha…Incik Suami mulanya bising gak sbb aku suh parking jauh…tapi aku wat bodo je la..sebabnya, time balik kami x yah lah berSeksa jem nak kuar dari parking kan..ehehe…

Komen untuk konsert ni, aku rasa best la…walaupun x puas hati sangat ngan Search sebab dia x banyak sangat nyanyi…Yang banyak nyanyi adalah Wings…syok gak la, majority lagu yang dinyanyikan Awie seme aku leh ikut…hihihi…

Memula g sane, aku ingatkan aku je mak buyung yang g sane. Tapi rupenye ade lagi mak buyung yang aku dan Incik Suami rasa mak buyung tu dah tunggu masa nak bersalin da kot..hihi..maksud aku perut die mmg besar la…da sarat wei…Janji Rock punye pasal kan..ahahaha…

Habisla anak aku kuar sure r rock nanti…ahahaha…

Ok, abes citer konsert.

Semalam, seperti biasa rutin hari Ahad, aku akan bangun dlu gosok gigi dan basuh muka…dan terus ngadap nestum dan biskut sambil menunggu JJCM…hahaha…

sape tengok JJCM semalam? Serina pergi restoren Ice Room kat Nilai…

29846_1406564360812_1133500668_1242686_1220593_n 29846_1406564480815_1133500668_1242687_6606929_n

Untuk pengetahuan korang, ptg tu jugak aku ajak Incik Suami pergi sane gara-gara terliur nak makan Ice Cream tu…ahahaha…sib baik dekat je Nilai ngan umah aku…dekat x dekat kalo gune Highway Elite tu abes jugak la RM6.90 byr tol.hihi…

Nasib baik la Incik Suami sudi melayan kerenah mak buyung ni kan.ahaha…Setibanya kami disana, perghhhhh…gara-gara baru masuk JJCM, kene beratur panjang beb…tunggu giliran nak meja dan kerusi…huahuahuahua…

Bila da dpt tempat duduk, kami memilih untuk order Durian Snow Ice…ini la die…

29846_1406564560817_1133500668_1242688_4245352_n memang sangat la rasa durian nye itu….perghhh….hingga menjilat pinggan tau…ahahahha…tipu jer :P

oleh kerana, terlalu ramai sangat org, servis pun x berapa OK. Tapi aku boleh maafkan la sebab ice cream die memang sedap weiiii…seyes..nanti aku nak pergi lagi…ahahaha….korang g la try kat Nilai Square…lepas mkn bley la g cuci mata kat Nilai 3 plak..ahahah…pastu abeskan duit kat sane…ahahaha….sib baik la Incik Suami x dapat gaji lagi..kalo x mahu 1 Nilai 3 tu dia borong perabot..ahahaha…tul x Abg?

Ok itu saja untuk minggu lepas punye cerita…daaa~

Monday, April 26, 2010

Ligan…Balun…MenTERKEDARAH..

Minggu hadapan kandungan aku sudah berusia 4 bulan. Alhamdulillah aku sudah melepasi saat-saat genting morning & evening sickness…

ye la, kalo sebelum ni aku tidak lalu makan. Skang aku macam nak balun semua makanan. Pantang tgk rancangan makanan, pasti aku akan keUTARAkan kepada Incik Suami. Aku mahukan itu…Aku mahukan ini….

Kekadang kesian jugak Incik Suami, pergi ke hulu ke hilir demi Si isteri nak makan macam-macam. 

Skang aku ligan makan sushi jer.. Leh katakan setiap minggu aku pergi makan sushi…tapi x pergi ngan Incik Suami, sbb die xleh masuk tekak katanya..so yg jadi mangsa aku adalah rakan sekolah aku dlu…Lan Chukang…hahaha

Thanks beb..sebab ko sudi melayan kerenah aku nak makan sushi…ahahah…jangan lupe simpan duit skit dpt gj bulan bulan ni yer…kite g redah Sushi King kat Sunway Piramid lak kali ni..Jangan lupa tau..kang kecian anak buah ko kempunan nak makan sushi..hihi…

Oh sushi..sushi….kita jumpa lagi hujung minggu ni smile_wink

images