Jom ikut UK

Wednesday, December 29, 2010

Wajah Baru

 

Sempena nak sambut tahun baru beberapa hari lagi, aku pun tukarlah wajah blog aku ni.

Ye la dah setahun lebey rasanya wajah blog aku tak bertukar.huhu.. Kali ni sempena dah ade AI ni, aku memilih wajah blog aku dengan suasana yang ceria skit.hehe..

Amacam ok x?

Tumbesaran Anggun Part II

 

26 Disember 2010

Genaplah usia anak dara ku Anggun 2 bulan. Pada usia ini juga Anggun mendapat kawan baru iaitu anak Aunty Momo dan Uncle Korie.

Yey..makin bertambah la kawan Anggun..

Tapi Anggun masih belum pergi check up untuk 2 bulan. InsyaAllah hujung minggu ni baru pergi. Nanti la aku update berapa ketinggian Anggun sekarang dan berat dia. Tapi aku rasa Anggun da cecah 5 kiloooooooooo…sebabnya semakin hari semakin berat dan susu dia pun da x cukup 4 botol bekalan. huhu..

Aku pun makin risau dengan production susu aku sekarang. huhu…Aku harap-harap susu aku dapat bertahan untuk sampai umur die 1 tahun. Ye la susu ibu kan yang terbaik di dunia. Untuk baby yang minum susu ibu, antibodi dia lebih kuat berbanding baby yang minum susu formula. Jadi, aku akan berusaha untuk makan makanan yang akan menambahkan susu aku. InsyaAllah.

OK la, jom kita layan gambo Anggun di usia 2 bulan bersama Asyraf Iskandar Smile 

 

IMG00428-20101226-1420

On the way to visit Aunt Momo and her baby Smile with tongue out

IMG00429-20101226-1533

Ni la adik Asyraf Iskandar.
Terima kasih adik sebab sanggup keluar awal nak celeb8 bday kakak Anggun…yeee haaaa

IMG00430-20101226-1533

Anggun Iffah (AI) & Asyraf Iskandar (AI)

pssttt..perasan tak dua-dua AI?

IMG00431-20101226-1535

Anggun: Dulu Anggun duk kejap je kat tempat baby ni. Anggun x puasla mama. Boleh tak mama angkat adik Asyraf ni then mama letak Anggun kat sini..

Mama: aduhai anak dara aku ni..ye la mama letak Anggun kat sini.

Anggun : yeee haaa yee baa yee baa ( tengok tangan Anggun yang tak duk diam )

Wednesday, December 22, 2010

Contest Si Manjaku Comel

 

Tengah-tengah jenguk blog rakan2 blogger, tetiba aku terperasan Contest Si Manjaku Comel yang di anjurkan oleh Masyimalo’s Heart. Jadi apa kata aku mencuba nasib dengan kecomelan cik Anggun.

DSC_0494

IMG00167-20101103-0014

Anggun Iffah Binti Ahmad Faizol

5 blogger yang ingin di tag:

1. Kak Hanie

2. Xeea

3. Nora

4. Shah

5. Pn. Susudalambotol

Tuesday, December 21, 2010

Alhamdulillah

 

Hari ni cukupla seminggu aku mengepam susu menggunakan pam elektrik Medela Swing.Alhamdulillah ari ni aku dah dpt 3 botol susu utk Anggun. Tapi masih lagi berusaha untuk mendapat lebih sebab Anggun ni kuat menyusu. Semalam aku tinggal 4 botol susu maka 4 botol tu juga Anggun minum kesemuanya. huhu..

Jadi disebabkan Anggun ni kuat minum maka aku pun kene la keje kuat. bukan keje kuat ape pun hanya pam susu je untuk bekalan harian untuk Anggun.hihi..

Bila aku pam susu, aku selalu terbayang bila orang lain yang xmo bagi susu ibu. Punyala nikmat bila dapat susukan anak ni. Bagi aku bila Anggun menyusu aku rasa sayu sangat hati ni. Memula Anggun dpt minum susu aku iaitu hari ke2 selepas Anggun dilahirkan, Ya Allah mahu menitik air mata aku. Ye la, akhirnya aku dapat menyusukan anak yang aku kandung lebih 9 bulan. Agaknya macam ni la perasaan mak aku masa susukan aku dulu kan. hoho..Mak terima kasih banyak-banyak…Sayanggg mak mmuuaahh Red heart

Aku berharap sangat aku dapat menghasilkan lebih 3 botol sehari untuk Anggun…

Mama sayang Anggun. Mama tak nak anak mama ni x cukup susu sayang.

Aku juga berharap dapat menyusukan Anggun sampai umur die 1 tahun. InsyaAllah.

IMG00405-20101220-1910

Monday, December 20, 2010

Sayu

 

Hari ni hari pertama aku tinggalkan Anggun untuk pergi mencari sesuap nasi untuk keluarga aku. huhu..memang amatlah sayu hati ni bila lihat Anggun terpaksa tidur seorang diri. Tapi apakan daya kene tetapkan hati dan tabahkan hati jugakla kan.

Hari ini juga aku kelam kabut. Sesudah subuh, aku siapkan diri aku, pastu mandikan Anggun. Cian anak dara aku terpaksa mandi pagi2 yang sejuk ini. Bagi minum puas-puas then dia tidur. Buat nasi goreng untuk adik dan sepupu aku yg jaga Anggun buat sementara waktu ni. Pukul 8.40 am gerak pergi kerja. Ikutkan hati ni nak je angkut Anggun skali.hahaha…

Kuatkan semangat.

Tingkatkan Iman.

Tabahkan hati.

Mama pergi kerja untuk Anggun juga sayang…

IMG00363-20101210-1250

Tuesday, November 16, 2010

Tumbesaran Anggun - Part 1

 

Sudah lama aku x jenguk Kerdas Busuk ini. Sejak jd mak ni, aku mmg bz dengan Anggun. huhu

Sejak kelahiran Anggun, dia  memang suka berjaga mlm dan siang hari plak die akan tdo sepanjang masa. Buatla bising mcm mana pun, basahkan muka die ke, basuh berak dgn air sejuk ke, anak bertuah aku ni mmg xkan bangun. huhu…sebab die nak cover blk mlm yang die berjaga tu kan.

Oleh dengan itu, siang hari pun jadi lah malam buatku dan Anggun.huhu…Alhamdulillah, sejak ayah Anggun dah pergi Offshore ni, masa untuk Anggun berjaga pun da berubah. Maybe die pun faham kot mama die nak kene jaga die sensorang. Kadang-kadang kalo aku x larat, memang aku pass Anggun kat mak ayah aku. Itu pun kalo aku dah kritikal memang x tahan la kan.hehe…

Setakat ni jaga Anggun x susah. Dia x byk kerenah. Susah utk dia nangis melainkan nak susu dan ketika die berak. hihi…memang lawak pada mulanya. Aku ni beria bangun dengan Incik Suami, ye la Anggun nangis sampai merah menyala muka dia, kami ingat die nak susu tapi bila bagi susu die tolak. Pujuk-pujuk pun die xnak. Sekali dengan Praaaaaaaaaaaakkkkkkkkk pastu die terus pengsan.hihi…Sejak dari itu, baru la aku tau die nangis cam tu sebab die nak teran berak. hihi..lawak sungguh anak aku ni.

Oklah, xmo banyak berceloteh, korang layan pic Anggun ye.

4 hari di dunia

IMG00133-20101029-1043

7 hari di dunia

IMG00160-20101101-1544

9 hari di dunia

IMG00167-20101103-0014

 21 hari di dunia

IMG00221-20101115-1222

Hari semakin hari, aku dah semakin geram dengan anak dara aku ni.hoho…

P/S: Majlis Cukur Jambul & Akikah Anggun akan diadakan pada 19/11/2010 – Jumaat di Sha’s Cafe, Kg. Selamat, Kuantan. Kepada rakan blogger, sahabat handai yg berada di Kuantan atau yg ingin hadir, saya berbesar hati menerima kehadiran korang :) supaya dapat memeriahkan lagi majlis InsyaAllah.

Friday, October 29, 2010

Kelahiran yang di nanti

 

Hampir sebulan aku da update buah kerdas busuk ni. Bukannya apa, aku memang amik cuti awal dan kebetulan pulak Doc bg MC seminggu sebelum due date aku, maka aku pun balik kampung terus la. Bila da namanya balik kampung, malas la aku nak online :P.

Due aku yang sepatutnya 17 Oktober, tapi kerana keseronokan baby tinggal dalam perut aku, maka baby pun buat keputusan untuk lahir pada 26 Oktober 2010. Alhamdulillah semuanya selamat.

Kenangan melahirkan anak pertama ni, aku rasa sungguh ngeri! Semuanya bermula air ketuban pecah pada pagi Sabtu iaitu 24/10/10 (Hari Jadi Sultan Pahang). Aku pergi hospital pagi tu, tapi malangnya Doc yang sepatutnya sambut baby aku ade emergency maka dia xder hari Ahad tu. Bila staffnurse buat checkup, dia bagi pilihan kat aku sama ada nak Induce atau balik dulu tunggu doc yg sepatutnya sambut baby aku. Sebab katanya air ketuban aku masih cukup, x byk sangat keluar. Jadi aku pun wat keputusan untuk tunggu doc aku iaitu Doctor Khaled pulang. :)

25/10/10

Aku bangun nak solat Subuh, tiba-tiba kain batik aku lencun. Apa lagi aku terus g mandi dan siap-siap sebelum aku kejutkan incik Suami. Kul 8 aku terus g KSH, buat check up semua, then kali ni doc terus tahan aku. Oleh kerana pecah air ketuban aku x sakit dan jalan pun xder lagi, Doc yg ganti Doctor Khaled pun induce aku pukul 9 pg. Dan bermula lah cerita orang sakit bersalin. sob sob..

Cerita seterusnya memang aku x dapat nak gambarkan. Tapi apa yang aku boleh cakap kat Incik Suami, “Sayang da xmo beranak dah..” Suami aku pun balas, “ye, anak kita sorang je.” Aku tau saat aku sakit, aku tau bukan air mata aku je yang mengalir, suami aku pun x tahan melihat kesakitan aku. Tapi xper aku redha dengan sakit yang aku alami ni, demi anak/cinta hati kami yang aku kandung.

Pukul 11.30 mlm aku masuk labour room dan pukul 12.18 pg pada 26/10/10, lahirlah puteri kami yang bernama ANGGUN IFFAH BINTI AHMAD FAIZOL. Berat kelahiran 2.79 kg.

C6303_0513Sejam selepas kelahiran

DSC_0083