Salam Bulan Julai.
5 Bulan
- aku naik gatal-gatal kat bahagian perut dan dada
6 Bulan
- Tak cukup darah
- Demam
- Batuk
- Selsema
Salam Bulan Julai.
5 Bulan
- aku naik gatal-gatal kat bahagian perut dan dada
6 Bulan
- Tak cukup darah
- Demam
- Batuk
- Selsema
Tiada apa yang hendak di coret. Yang pasti hati dan perasaan aku sungguh bercelaru sekarang.
Kecewa.
Menyesal.
Sakit hati.
Rasa tidak dihargai.
Hanya air mata yang mampu mengalir dan tak dapat aku ungkap dengan kata-kata.
Mungkinkan sebab aku mengandung??? Begitu sensitif?? Tapi bila difikirkan sejak aku mengetahui aku bakal punya anak, aku abaikan hati dan perasaan aku. Tapi kini, keadaan semakin tegang. Hari semakin hari makin banyak perkara yang buat aku terasa. Tapi aku cuba abaikan tatkala aku begitu sibuk dengan kerja.
Demi anak yang dikandung, aku cuba kuatkan semangat aku. Tabahkan hati aku..
Semalah tiba-tiba cerita lama bermain semula di kepala aku. hmmm…semuanya bermula begini,
Tahun lepas, aku kerap on off keje. sampai budak ofis pun pelik ngan aku. sebab alasan aku bagi hanyalah sakit kepala. Tapi sebenarnya tidak, aku kena gangguan sihir yang bermain dengan IBLIS laknatullah.
Keadaan aku tidak terurus. Yang aku tau masa itu, sikit-sikit nangis dan telefon mak ayah aku saja. Walaupun ketika itu aku sudah pun berkahwin. Aku memang langsung tidak pedulikan suami aku. Hari makin hari keadaan aku makin seriyes, di mana aku tidak boleh menunaikan solat. Aku lupa untuk mengambil wudu’. Aku lupa pada ayat-ayat al-Quran yang selalu aku baca. Walaupun aku buka Al-Quran, lidah aku kelu tidak dapat menyebut ayat-ayat suci. perit bukan. Hidup aku ketika itu juga dikelilingi oleh Iblis, yang selalu berbisik ditelinga aku dan menghasut dengan macam-macam hasutan yang tidak perlula aku menulis disini.
Bila keadaan aku semakin teruk, abah menyuruh aku balik dan berjumpa dengan seorang Kiai. Bukan setakat kiai, macam – macam keluarga aku buat demi untuk pulihkan keadaan aku. Dan akhirnya aku sembuh dengan berkat usaha aku dan keluarga aku.
Bermula dengan hari itu, setiap hari aku berdoa sehinggalah hari ini, “SEMOGA ALLAH MEMBERI PETUNJUK KEPADA ORANG YANG TELAH MENYIKSA AKU SEDEMIKIAN RUPA”. Aku x pernah berhenti berdoa, cuba bayangkan setiap hari 5 waktu aku tunaikan solat, maka 5 kali aku berdoa pada Allah menyebut ayat yang sama. Itu aku tidak kira doa dalam solat sunat hajat yang aku lakukan demi untuk membuktikan yang aku adalah di pihak yang benar.
Tup-tup semalam aku mendapat khabar berita, yang dia kemalangan. Aku tidak menuduh dia. tapi banyak perkara yang terjadi yang menunjukkan dia yang menjadi dalang semua ini. Aku mendapat tahu kepala dia cedere teruk. Terus lupa ingatan. Tidak mengenali ahli keluarganya. Keadaan fizikal dia juga parah. Kuku kaki nya habis tercabut. Pingangnya mungkin juga patah. Bila aku dengar sedemikian rupa, aku jadi bersalah…Adakah sebab doa aku dia terima balasan macam ini??? aku tertanya – tanya…Dosa kah aku selalu berdoa mcm ni setiap hari???
Nak tanya ngan korang yg tgh pregnant or ada pengalaman pregnant…
waktu korang mengandung, ada sakit kepala x? Yang saya tau pening kepala tu memang biasa la kan…Saya ni x pening tapi sakit kepala sampai senak mata ni…pastu bila goyang kepala skit pun da sakit…rasa mcm ntah xtau nak ckp cam mana…tapi sakit la….
nak g jumpe doktor macam malas jer..ye laa, nanti kene perli ngan doktor lagi, “asyik MC je boss x marah ke?” adeyh..terjelepuk kejap…
1 Mei 2010, adalah hari yang aku nanti-nantikan…Oh yeahhhh!
nak tau naper? fuhhhhh….
ini adalah hari cuti bekerja buat aku dan Incik Suami. dan untuk meraikannya aku memilih untuk pergi Konsert Double Trouble Search & Wings….
dan
Ini Buktinya,
tadaaaaa…
..
.
Sanggup berbasah kuyup meredah hujan dan parking 1KM jauh dari Indoor Arena tu..perghh memang exercise abes la aku ngan Incik Suami.ahaha…Incik Suami mulanya bising gak sbb aku suh parking jauh…tapi aku wat bodo je la..sebabnya, time balik kami x yah lah berSeksa jem nak kuar dari parking kan..ehehe…
Komen untuk konsert ni, aku rasa best la…walaupun x puas hati sangat ngan Search sebab dia x banyak sangat nyanyi…Yang banyak nyanyi adalah Wings…syok gak la, majority lagu yang dinyanyikan Awie seme aku leh ikut…hihihi…
Memula g sane, aku ingatkan aku je mak buyung yang g sane. Tapi rupenye ade lagi mak buyung yang aku dan Incik Suami rasa mak buyung tu dah tunggu masa nak bersalin da kot..hihi..maksud aku perut die mmg besar la…da sarat wei…Janji Rock punye pasal kan..ahahaha…
Habisla anak aku kuar sure r rock nanti…ahahaha…
Ok, abes citer konsert.
Semalam, seperti biasa rutin hari Ahad, aku akan bangun dlu gosok gigi dan basuh muka…dan terus ngadap nestum dan biskut sambil menunggu JJCM…hahaha…
sape tengok JJCM semalam? Serina pergi restoren Ice Room kat Nilai…
Untuk pengetahuan korang, ptg tu jugak aku ajak Incik Suami pergi sane gara-gara terliur nak makan Ice Cream tu…ahahaha…sib baik dekat je Nilai ngan umah aku…dekat x dekat kalo gune Highway Elite tu abes jugak la RM6.90 byr tol.hihi…
Nasib baik la Incik Suami sudi melayan kerenah mak buyung ni kan.ahaha…Setibanya kami disana, perghhhhh…gara-gara baru masuk JJCM, kene beratur panjang beb…tunggu giliran nak meja dan kerusi…huahuahuahua…
Bila da dpt tempat duduk, kami memilih untuk order Durian Snow Ice…ini la die…
memang sangat la rasa durian nye itu….perghhh….hingga menjilat pinggan tau…ahahahha…tipu jer :P
oleh kerana, terlalu ramai sangat org, servis pun x berapa OK. Tapi aku boleh maafkan la sebab ice cream die memang sedap weiiii…seyes..nanti aku nak pergi lagi…ahahaha….korang g la try kat Nilai Square…lepas mkn bley la g cuci mata kat Nilai 3 plak..ahahah…pastu abeskan duit kat sane…ahahaha….sib baik la Incik Suami x dapat gaji lagi..kalo x mahu 1 Nilai 3 tu dia borong perabot..ahahaha…tul x Abg?
Ok itu saja untuk minggu lepas punye cerita…daaa~
Minggu hadapan kandungan aku sudah berusia 4 bulan. Alhamdulillah aku sudah melepasi saat-saat genting morning & evening sickness…
ye la, kalo sebelum ni aku tidak lalu makan. Skang aku macam nak balun semua makanan. Pantang tgk rancangan makanan, pasti aku akan keUTARAkan kepada Incik Suami. Aku mahukan itu…Aku mahukan ini….
Kekadang kesian jugak Incik Suami, pergi ke hulu ke hilir demi Si isteri nak makan macam-macam.
Skang aku ligan makan sushi jer.. Leh katakan setiap minggu aku pergi makan sushi…tapi x pergi ngan Incik Suami, sbb die xleh masuk tekak katanya..so yg jadi mangsa aku adalah rakan sekolah aku dlu…Lan Chukang…hahaha
Thanks beb..sebab ko sudi melayan kerenah aku nak makan sushi…ahahah…jangan lupe simpan duit skit dpt gj bulan bulan ni yer…kite g redah Sushi King kat Sunway Piramid lak kali ni..Jangan lupa tau..kang kecian anak buah ko kempunan nak makan sushi..hihi…
Oh sushi..sushi….kita jumpa lagi hujung minggu ni
“Sungguh sebak memula aku baca kisah akak ni kat blog LadyNoe. aku harap akak ni kuat menghadapi dugaan ini. Dia x mintak byk, cume minta kite doakan anak die dan buat solat hajat untuk anak dia jika kita rs x susah. InsyaAllah.”
Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.
Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.
Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.
Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.
Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.
Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.
2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.
Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.
Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.
Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.
Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.
Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.
Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my <http://us.mc761.mail.yahoo.com/mc/compose?to=rozex_3056@yahoo.com.my> .
Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.
Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.
Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.
Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.
Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.
Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.
Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.
Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.
Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.
Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin
Jadi para pembaca budiman, sama-sama kita doakan keselamatan Baby Hana ni. Semoga doa kita diperkenankan Allah SWT. ='(