Jom ikut UK

Wednesday, March 30, 2011

Kesibukan melampau

 

Bulan March ini adalah bulan kesibukan buat aku. Bulan ini terlalu banyak sistem yang nak kene buat UAT. Kata da nak LIVE kan. huhu

Itu yang nak UAT. Tambah pulak CIMB punya isu yang tak pernah x ada setiap bulan. Aku pun dah naik bosan handle CIMB ni.huhu. Mana taknya, aku handle CIMB ni dari aku sebelum kahwin, sesudah kahwin, sebelum preggy dan skang ni AI sudah pun berusia 5 bulan.

Argh sungguh buhsan. Tapi apakan daya kita kan. Dah namanya coooooolie. so hadapkan ajer.

Bulan ni jugak aku pergi attend ITIL Course. Bagi aku course sgt la interesting. Tidaklah semudah yang aku sangkakan. Bagi IT Staff yang nak amik course selain Microsort Cert, CISCO cert, uol boleh la amik ITIL ni. Sangatlah valueable bila apply for job. Seyesli, aku x tipu.hehe… da dapat  reward da pun. Alhamdulillah.

ITIL Course. memang syok kawan2. Aku sangatlah jatuh hati dengan Trainer aku tu Mr. Tony yg sangat pandai menjadi seorg Trainer. Sbb kebiasaanya trainer ni just baca slide je kan. tp die x tau, die pandai buat activities dlm kelas supaya we all lebih memahami konsep yg telah kami pelajari. SmileKalau korang nak tahu details bolehla lawati website ITIL ni.

Oleh kerana aku sibuk ke sana ke mari, maka aku punya tekanan darah pun sangatlah rendah plus darah aku pun sudah kurang. Hari ni datang kerja pun seperti x boleh nak buat kerja. Kepala ku sangatlah pening.huhu. AF suruh amik MC lg ari ni, tapi aku degil dtg jugak ofis.huhu.

maka tanggunglah sendiri.huhu

Cian si AI, dia kn main sensorg je skang sbb mama die sakit. sedih pulak aku tgk die. sbb kdg2 die tertdo sendiri bl penat main sorg2.huhu..

Wednesday, March 23, 2011

Al kisahnya CD

Kan dulu aku pnh janji nk story mory pasal CD.

Actually aku pakaikan CD kat AI setelah umur dia 2bln.Nak pakai ms dlm pantang tu xleh die kecik sgt, bila pakai CD nmpak sgt CD tu yg besar dr die.hehe.apa lagi mak aku bising la lampin bsr dr AI.haha

So blk ke USJ sesudah pantang terus aku pakaikan CD. Jimat weeiii.sbbnye si AI kerap buang air bsr. Hari tu aku ingat lg dlm pantang Huggies yg 52kpg tu tahan 3-5 ari je..huhu

Setakat ni alhamdulillah punggung AI x merah, lagi tembam n gebuuu ade la.haha.

Siang hari mmg AI fully pakai CD. Pukul 12 mlm br die pakai huggies.

Aku sgt sarankan all mommies out there pakai CD ni. Ia bkn saja jimat malah menyelamatkan bumi kita :)

Aku n AF plan da xmo beli Huggies utk AI dah. Disbbkan CD AI x ckp lg tu sbb still gune Huggies.

Tgkla bln dpn borong 10 kpg lg CD utk AI.hehe
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, March 17, 2011

Cerita Basi #Langkawi

 

Gila la lama baru aku nak citer pasal g bercuti Langkawi yer. Percutian kami 4 hari 3 malam. Tinggal kat Pantai Chenang di Challet Rasa Eksotika. Mabeles wei.

Memula aku takut gak bila book challet murah ni kan. skali tgk review org semua ngetop. So aku pun membawa kepercayan tu je la g challet tu. Yes, review org bg pasal challet Rasa tu adalah tepat skali. Tgk luar sangat laa gerunnnn…tapi bila msk je challet, perghhh 5 star leh bg. hehe…

Jumaat 25 Februari 2011

Adik aku anta ker KTM Subang, turun KL Sentral amik Bas ke LCCT. So Cik AI kite da merasa la naik tren n bas.hehe

IMG00060-20110225-1235

IMG00062-20110225-1313

Sabtu 26 Februari 2011

Kitorg g cable car, makam mahsuri di padang matsirat, Tangjung RHU. Gambo xder dgn aku la, semuanya dlm Cam AF.

IMG00066-20110227-1701

Cik AI smpai tertido tunggu nak g mandi pantai..hihi

Ahad 27 Februari 2011

Jalan-jalan pusing Bandar Kuah. g Dataran Helang dan jalan-jalan cari makan.

IMG00070-20110227-2202IMG00071-20110227-2202

IMG00072-20110227-2202IMG00074-20110227-2231

IMG00076-20110227-2232

bagi cik AI rasa epal ckit..hehehe

kitorg mkn kat restoren Turkish..lupe ape namenye…portion die sgt besar nyesal order 2 plate, pttnye 1 plate je then kongsi. sbbnye kitorg x dpt abiskann..huhu

Isnin 28 Februari 2011

xder g mane2 dah, g mkn n trus g airport. Flight kami pukul 1.45 ptg. Smile

Sampai je umah, si AI ngamuk nak g jalan lg.aduyaiii…pening kitorg. sesungguh hati die ngamuk. pastu ayah die bw g buang sampah kat bwh. letak die dlm stroller, tp die pasan die masih dlm kws apartment. sudah nye die melalak lagi, naik lif dgr sore die.1 floor dgr sore cik AI ni ngamuk.hahaha…

sudahnye aku bw die g umah kazen die. amek ko diam terus ank dara ni.

IMG00078-20110228-2103

Wednesday, March 16, 2011

Jelajah blog follower

 

Terima kasih kepada blogger yang sudi jelajah blog UK dan sudi menjadi follower UK.

Antara yang telah jelajah blog UK:

  1. http://masikarfan.blogspot.com/
  2. http://damyakaudihatiku.blogspot.com/
  3. http://imnabilawahab.blogspot.com/
  4. http://aizamia3.blogspot.com/
  5. http://bajubabykubabymu.blogspot.com/
  6. http://hackerz91.blogspot.com/
  7. http://sedetikilham.blogspot.com/
  8. http://miowmanja.blogspot.com/
  9. http://cikangkuh.blogspot.com/
  10. http://apisv3.blogspot.com/
  11. http://mamaglamdiva.blogspot.com/
  12. http://rizaros.blogspot.com/
  13. http://laydie-dda.blogspot.com/

 

UK x pernah lupa pada blogger yang telah jelajah blog ni, tapi disebabkan masa yang x mengizinkan UK g jelajah blog korang. Buat masa sekarang ni kaki dan tangan tidak mencukupi so x dapatla UK g jelajah blog.huhu.

Terima kasih ya Smile

Friday, March 11, 2011

Tekanan

Sungguh aku tekanan
Aku ade UAT kat Petronas
Semalam level lain

Hari ni level lain
Level 43, training room
Dis level xde room yg bley aku g pump susu..

Td ms diorg rest aku pump dlm training room ni.
Td g surau nk pump td xde socket yg leh match akunye pump..
Adeyhhh

Camno ni..da sakit ni..
Tekanan tul la!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, March 10, 2011

Saya Rindu

Maaf kepada kalian yg telah jelajah blog cabukku ini. Aku masih x berkesempatan nak jelajah blog korang. Maaf sangat2.

Sekarang aku sibuk dengan UAT kat Petronas. So no connection dan jugak coverage fon pun cam hampeh. Ini pun aku duk kat hujung tingkat sbb nak coverage. Aduyaii..

Aku rasa ni gara2 the yellow fat guy tu x dpt follow aku naik lif. Aku rs mayb die tu Obes.tu sbb coverage pun hidup malu mati segan..adeyh..

Tetiba aku rasa rindu dengan keluarga kecilku. Dek kerana kesibukan ms bersama tu kurang. X sabar nk tggu dis Sabtu, we ol blk Kg. So bley gather2 3 of us.

Miss my charming hubby n my lovely princess..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, March 8, 2011

Pertama kalinya : Jelajah Blog Kategori IBU

 

Ya untuk pertama kalinya, aku boleh join Jelajah Blog 2011 kategori IBU yang di anjurkan oleh Ben Ashari.

Seronok jugak bila kita kongsi pengalaman bersama blogger-blogger yang lain kan. heee.

Jom mula Smile

  1. Tepek banner;image
  2. Tajuk JELAJAH BLOG KATEGORI IBU dan linkkan ke entri ini ...
    • Sudah
  3. Siapa yang layak masuk ? Blogger blogger yang sudah bergelar ibu ...
    • Ya, sudah bergelar ibu pada 26 Oktober 2010
  4. Ceritakan secara ringkas mengenai diri anda ..
    • Saya seorang yang bekerjaya. Merupakan Ibu kepada bayi comel saya (bagi UK comel la, pd orang len xtau la. hee..) yang menyusu secara eksklusif nya susu ibu sahaja. Isteri kepada Incik Suami yang selalu tinggal kami 2 beranak demi mencari rezeki untuk kami sekeluarga.
  5. Apakah kenangan manis anda sewaktu bergelar ibu
    • Tanggal 26 Oktober 2010, tepat jam 12.18 am, aku mendengar tangisan bayi comelku yang baru saja keluar dari rahimku. Sungguh syahdu masa tu. Tak dapat nak ungkap dengan kata-kata. Walaupun pada masa tu aku hanya dapat cium bayi aku sekejap dan terus pengsan dek kerana ubat bius yang terlalu banyak.
    • aku terharu bayi aku di sambut oleh suami ku sendiri dan tali pusat kami juga di potong oleh Incik Suami. Doktor hanya memberi arahan kepada suami.
    • Dek kerana terlalu banyak kehilangan darah, Incik suami yang byk membantu aku utk berjalan, pergi toilet, mandikan aku dan uruskan perihal bayi.
    • Pukul 6 am, midwife bawa bayi aku untuk aku susukan. Masa tu aku rasa sangatlah terharu. Ya aku sudah jadi ibu. Aku akan susukan bayi aku.
  6. Kenangan pahit anda ?
    • Bila aku dan bayi ku terpaksa berpisah dengan suamiku. Suamiku hanya dapat menguruskan kami ber2 seminggu sahaja. Kemudian dia terpaksa pergi offshore selama sebulan Sad smile
    • setiap kali kami ber2 kene tinggal itu adalah kenangan pahit buat kami.
  7. Kata kata khas buat si suami ...
    • Terima kasih menyayangi syg dan Anggun sepenuh hati abg. Terima kasih jugak sebab berkorban demi kami dengan setiap minggu ulang alik kemaman – usj. Syg tahu abg memang penat. Tapi demi nak tengok anak membesar, abg gagahkan jugak nk balik. Syg xnak mintak lebih2 dari abg, cuma berharap 1 hari nanti kite akan selalu bersama ber3. xmo dah berpisah dan jumpe seminggu sekali. Seksa jiwa raga setiap kali berpisah.huhu
  8. Jika ada anak , apakah nasihat anda kepadanya dan juga buat anak anak yang berada di luar sana ..
    • Hargailah ibubapa masing2. Bukan senang mereka nak membesarkan kamu semua. Cuba anda renungkan setiap kali kite sakit, siapa yang bersengkang mata jaga kite? cuba ingat kembali. waktu kite kecil, nakkan sesuatu tapi ibubapa kt x mampu, tp mereka x pnh luahkan kpd kite, mereka tetap juga cuba utk tunaikan apa yg kite nak. betul x? Sungguh besar pengorbanan ibubapa kite. Hargailah setiap detik dan masa selagi kite punye ibubapa. Jangan nanti setelah mereka tiada baru kite nyesal x sudah. Selalulah hubungi ibubapa kt, diorg x nak pun duit kt, diorg sebenarnya nakkan perhatian dari kite dan juga kasih sayang dari kite sepertimana yang dicurahkan mereka kepada kite. Sedarla ye anak-anak diluar sana. Ini juga peringatan untuk diri aku. Smile
  9. Apakah harapan anda kepada anak anda ..
    • Harapanku semoga Anggun dapat jadi anak yang solehah dan menghormati orang tua. Sentiasa kasihkan Allah, Nabi s.a.w, dan jugak mama dan ayah. InsyaAllah.
  10. Nasihat buat si gadis di luar sana ..
    • Anak ini adalah anugerah yang x ternilai dan juga hadiah yang paling berharga dari Allah. Fikir panjang sebelum buat sesuatu. Fikirkan lah natijah pada diri sendiri, keluarga, dan balasan Tuhan. Kalau xnak anak tu janganlah di buang, berikanlah kepada yang memerlukan. Kesalahan anda jangan di bebankan kpd bayi yang baru lahir. Mereka x bersalah. Mereka x minta dilahirkan. Anda yang buat keputusan untuk membentuk sesuatu janin itu. Ingat semua keputusan di tangan anda!

Monday, March 7, 2011

Teman Atok

 

Sabtu baru ni, aku dan AI balik Kuantan.

Abah aku da bising lame x tengok AI. Padahal raya cina seminggu duk umah mak aku.heee…

Biasa la kan atuk nenek ni memang cepat benor rindu cucu nyer.. Dia berbeza skit dgn anak sendiri. Kalau anak nak makan itu ini xder nye ngan cepat dia buat. Tapi kalo dah nama cucu, diulangi C U C U, sekarang jugak dia masak.hihi….

Kebetulan jugak last week AI ada checkup untuk 4 bulan dan inject pneumococal. So memang kene balik hometown la kan.

Opss berat AI sekarang udah 6.3kg. perghh patutla lenguh tangan ni duk dukung dia. huhu… Ini la dia hasil tenusu IBU.hihi..

Xmoh celoteh panjang, jom p lawat atok kat spital. Cian atok dah 2 bulan kat spital.

IMG00098-20110305-0900

Atok makan ubat yer. Moga atok cepat sembuh.

IMG00099-20110305-0900

Tengokla kaki atok ni dua-dua kene balut. atok da xleh jalan cam dulu.

IMG00103-20110305-1807

Best jugak landing kat atok ni. alamak peha AI da nak same besar ngan tangan atok dah. hihi

IMG00104-20110305-1807

Adik zara pun ada jugak datang lawat atok. Kami datang nak bagi semangat kat atok supaya atok cepat sembuh. Mama janji nak bawa atok g jalan2 kalau atok sembuh. yey!

 

Time ni atok x cium AI lagi. Lepas je atok cium AI, smpai sudah dia takut ngan atuk die. haha die geli ngan jambang atuk die tu. Tengok atok die je nangis selok..masuk bilik atok die pun da xmo. aduyaii…Kene tunggu ayah balik sebab ayah je yg berani cukur jambang atuk..ehehe..

Saturday, March 5, 2011

Jom pergi pasar

Hari ni pecah rekod AI subuh hari dah ikut Mok(nenek) gi pasar besar Kuantan..

Hihi terpaksa la mama terus bgn sbb AI da ngamuk nak ikut Mok..aduyaiii

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, March 4, 2011

Degupan Jantungku

 

Berdegup jantungku  berdegup….
bila berjumpa dengan si dia….

itu je yang aku ingat.[push stop]

Sebenarnya aku nak btau yang aku da joint HeartBeat ni haa..

punya la lame aku amik masa nak join. update blog boleh plak kerap ye. hehe..

Bukannye ape aku kene cari  masa utk explore sesuatu ni. Ni kebetulan aku tgh fed up duk research and error je kan ari ni, so aku pun explore la pasal Heartbeat ni. hehe..

Saja je nak tambah pendapatan. mana la tau rezeki aku anak beranak dapatla aku benti keje n wat keje yg aku suke..ehehe…

Jom joint sekaki mahu? sekaki je tau..kaki sebelah lagi simpan okeh?

Testing

Testing
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Hangen

 

Adeyh hangen je aku ari ni..

Dis week AF x balik sbb aku dan AI yg akan pergi visit dia kat Kemaman. Lg pun esok AI ade check up kat KSH.

Semalam adik bongsu perempuan aku datang umah. Aku ajak die teman aku nak drive mlm ni ke Kuantan. Makanya hari ni AI tinggal dengan dia la.

Sebelum tinggal diorg pagi tadi, aku da siap-siap panaskan susu AI dalam warmer dan bg tau adik aku tu susu semua da siap. Tinggal dia tukar ke dalam botol AI je. Tup tup dia bangun p tukar suhu yang aku panaskan susu AI tu ke

100 degreesss wehhhhhhhhhhhhhhhhh….

Hangen aku ni!!!!!!!!!!!!!

Botol da kemek katanya!!!!!!!!!!!

Sebab lepas die panaskan tu dia p sambung tdo….haih

Aku nak marah lelebih kang die pelajar Uni. Nak kata NGEK kang dah besar panjang dan dah tahun akhir da pun belajar!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aduhhhhhhhhhhhhhhhhh dugaan hari Jumaat sungguh laa…

Ni la jadinya kalo duk harapkan orang. Tension Weh!

Thursday, March 3, 2011

Derita anak watan

 

Korang ingat lagi tak tajuk ni? Aku tanya bagi sesiapa yang amik BM Sastera masa Sekolah Menengah dlu je. hehe.

Sebenarnya aku bukan nak ulas sajak Derita Anak Watan ni. Tapi aku nak cakap pasal 1 projek yang aku handle sekarang ni.

Sebelum tu aku nak btau korang yang aku ni kerja kat Co. Cha Ya Nun Alif. Paham kan? Okeh macam ni. Kat ofis aku ni hanya ada 2 org melayu. Aku dan sorg lagi kawan aku. Sekarang ni Co. aku banyak vacancy tapi masalah nye da xmo Mim Lam Alif Wau yu. Paham kan? heeee…. korang pepaham sendiri la kan.

Co. aku ni under Microsoft. Aku plak keje bahagian Support. Sangat la pening melayan kerenah customer. Tapi layankan aje. Kene marah pun telan je la kan.

Sekarang aku kene support CARLSBERG. Korang tahu x Carlsberg? Carlsberg weyhhh..Carlsberg beli SharePoint, CRM dan HR sistem dengan co. aku. Jadinya aku la yg kene support skang.

Aku juga dapat akses staff yang bekerja kat Carlsberg. Mak aih…ramai jugak Mim Lam Alif Wau Yu kat situ..aku tahu, walaupun bangsa aku tapi lum tentu  agama aku kan. Biasa dengar x org ckp camni?

Persoalan aku disini, ape hukum rezeki yang aku dpt n pekerja MUSLIM yang bekerja ngan Carlsberg ye?