Jom ikut UK

Tuesday, June 7, 2011

Petua #1: Kisah Soya dan Air Kelapa Muda

 

air-soyakelapa-muda

 

Aku hanya nak berkongsi dengan bakal ibu pasal pemakanan. Isu pemakanan memang amatlah dititip berat oleh semua para ibu yang sedang mengandung. Nak pula yang tengah mengandung anak sulung. Betul tak?

Ala..aku dulu pun sama macam korang. Kalau boleh nak yang terbaik untuk kandungan kita. kan kan? Yang pasti, suami korang mesti selalu monitor apa yang korang makan kan? Aku dulu kadang-kadang naik rimas. Yela itu tak boleh ini tak boleh.

Bila aku balik jer kampung aku Kuantan. So heaven meh. hihi. Mana taknya, mak aku jenis layan jer aku nak makan apa. Mak aku cakap makan jer, sebabnya nanti dalam pantang yang boleh mkn nyer hanyalah ikan bakar dan ulaman yang baik untuk dalaman sahaja. hahaha. Jadi, bila dah mak aku layan aku makan…sudah je makan aku jadi cam ULOR la. hahaha…menyandar kekenyangan. hihi…syokkkk wooo

Sepanjang aku mengandung, punyala AF nak anak dia kulit putih melepak dan lawo, disuruhnya aku minum soya setiap hari. Ce korang bayangkan aku minum soya dari usia kandungan aku 2 bulan sampai 6 bulan. Bulan yang ke-6 tu pun aku paksa da, sebab dah jemu kot tiap ari minum.hahaha…

Bulan ke-7, aku memang dah tak boleh teruskan da dengan soya. Aku pun mula la dengan air kelapa pulak. Setiap hari pasti minum sebiji air kelapa muda. hihi. Air kelapa aku minum sampai aku nak bersalin tau. Memang bagus la khasiat dia.

Ok, habis kisah aku minum soya dan air kelapa muda.

Hasilnya, AI lahir memang putih melepak, mata sepet, mulut kecil. Bak kata baby sitter kat KSH, anak jepun ni. hihi. Kulit AI memang halus mulus. Bersih tiada selaput pun. Ala kalo korang perasan ada separuh baby yang lahir kulit menggelupas tu kan? AI tak der pun macam tu. Bidan terkejut tengok AI bersih jer masa lahir.

Tapi selepas AI seminggu di dunia, kulit dia start merah-merah. Tak tahan dek panas. Berpeluh jer dah naik ruam. Pastu gi jumpa Pead, pead cakap bukan ruam tapi eczema. huhu..runtun jugak jiwa ni bila dengar.

Pastu lagi satu, AI ni kalo kene gigit nyamuk, terus jadi parut. Sensitif kan kulit dia. haih. Kalo AI ni lelaki aku tak kisah jugak kalo kaki dia nak berparut. Tapinya pompuan, mane cantik kalo kaki berparut. huhu..

So apa yang aku nak btau kat sini:

1. Minumlah air kelapa, nanti baby lahir bersih jer. Smile

2. Jangan minum soya! Kulit baby amatlah sensitif. Maintenance lepas lahir amatlah tinggi.

AI sampai skang hanya boleh pakai barang-barang Organik je. Jadi pengajarannya, jangan minum soya terlalu banyak. Kulit baby sensitip nanti.

8 comments:

Mrs Nageb said...

Betul..setujuk...

Unknown said...

mmg betul...minum air kelapa kulit baby bersih..masa pregnant dulu suka beli air kelapa yg kat jj tue...sedap!!

Unknown said...

ehh..lupa nak ucap t.kasih sbb share pengalaman guna CD...sgt2 dihargai..:)

Ulam Kerdas said...

betul kan ?? heheh

aizamia3 said...

petua orang tua: minum air kelapa dapat mengelak dari kepala baby ada 'kelemumur' (tak tau perkataan tepat).. tapi ai takdelah amalkan sangat..

pasal minum soya, ai pernah terbaca mengatakan soya tidak sesuai diminum ketika baby dalam kandungan (tak ingat sumber dari mana.) tapi masa dalam pantang ye ai minum hampir setiap hari.. eemm.. setakat ni si adik ok cuma dia ada masalah tonsil yang agak besar dan ai takdelah kata ianya berpunca dari air soya.. itu kebetulan je..

Ulam Kerdas said...

aizamia3 - yup..baby lahir xder kelemumur pun..hihi

tonsil kat tekak tu kan? oh i see, hope bley recover cepat la :)

Momoe said...

Nasib baik aku tak minum soya!...ahahaha.

Anonymous said...

aku igt ko tau jue... memang putih, tapi sentitif... kalau baby girls oklaa putih.. tapi baby boy mcm anak aku pelik pulak kalau putih.. haha