Jom ikut UK

Wednesday, September 29, 2010

38 minggu

 IMG00115-20100928-2240

My bump on 38 weeks

Sungguh aku rasa begitu penat di kala ini. Mana tak nya setiap hari excercise naik tangga bangunan 2 tingkat. Setiap kali selepas aku naik tangga, pasti aku amik masa sejam utk recover jantung aku ke normal. kalau x aku rasa x sempat nak kejar degupan jantung aku ni.

Sekarang boleh la duk mengira hari tunggu baby lahir. eeeeeeeee memang kami x sabar. biarla org nak kata apa. ada juga kawan-kawan yang menakutkan aku dengan cerita waktu diorg melahirkan anak. Tapi ah aku x peduli. Sakit tu kan kita memang x boleh lari dari kenyataan. Hanya tahap sakit tu je yang membezakannya. tul x?

Incik Suami plak setiap hari pesan kat baby, kalau nak lahir, lahir hujung minggu. hihi ye la dia takut kalo dia terpaksa RUSH untuk balik ke Kuantan. haha..InsyaAllah, org kata kalau kita selalu cakap and pesan kat baby, dia akan dengar :). Harap macam tu la kan.

Kelengkapan baby semua da siap. Doc pun da booking. Hospital pun da booking. Kami memilih hospital yang paling dekat dengan rumah mak aku. Hanya 5 minit je dari umah mak aku ke hospital iaitu Kuantan Specialist Hospital under KPJ. Jadi aku pun dapat melahirkan baby aku dengan aman…:)

Amin..

2 comments:

zach said...

jujo, bile ko due?

Ulam Kerdas said...

17/10 zach..hoho