Jom ikut UK

Friday, September 24, 2010

Sekembalinya aku selepas raya

 

Aku mula bekerja 20 September…itu pun terasa malas sangat nak blk ke USJ. Dengan sunyinya bila tiada Incik Suami. sob sob sob..

Usia kandungan aku skang dah 37 minggu. Lagi 3 minggu je lagi nak tunggu. Tapi last week appointment dgn doc, cek sana sini, doc btau 90% aku akan bersalin awal dari jangkaan. Harap jangkaan doc tu betul la. Skang baru aku terasa punyala susah nak bangun dari tido, nak jalan dan makan pun x bley makan byk.

2 hari sebelum aku balik raya, aku jatuh kat pasar ramadhan. perghhh sakit gila. xtau nape, turun je dari kereta, kaki aku tetiba cramp. Apa lagi jatuh la. nasib baik aku sempat menahan dgn tangan aku. kalo x memang aku hempap perut aku la.huhu..g jumpa doc, doc trus bg mc n aku trus decide balik ke Kuantan. dah alang-alang cuti kan.

Tengah-tengah packing brg nak blk Kuantan, kaklong aku kol btau yg mak aku admit kat spital sebab appendices. ape lagi, aku dan adik aku trus la rush blk Kuantan. Mak aku kene admit kul 10 pg then kul 1 ptg, doc trus operate mak aku. cian mak.

Oleh kerana mak yang juga merangkap tukang masak keluarga, pada hari raya pertama kat umah aku hanya ada kerepek raya je la. Sebab tukang masak sakit jd mknan pg raya pun tarak. Lepas semayang raya, kami adik beradik trus g spital dan berkampung raya kat spital. Sib baik spital tu ade buat jamuan hari raya. maka dengan muka x malu kami adik beradik, trus jd tuan rumah kat jamuan tu. hihi…

Mak aku discharge kul 4 ptg raya pertama. Then kami trus blk kampung utk beraya dgn tok ayah and to’ki aku. So bley katakan raya kami tahun ni kat spital.

2 comments:

Mrs Nageb said...

siannya..takper still dapat beraya lagi kan..:)

Hantu Ulam said...

hehe still dpt raya..cume lewat skit la dr org len :P

Selamat Hari Raya :)