Jom ikut UK

Tuesday, September 7, 2010

Malam yang hiba sebelum Aidilfitri

 

Semlm adalah malam yang aku rasa sungguh sayu dan hiba sangat. Pulang dari kerja, Incik Suami cakap die kene ada kat pelabuhan pukul 8 pagi esok. huhu…

Ini bermakna dia kene gerak awal dari USJ ke Kemaman. Kapal untuk dia pergi Offshore akan tunggu die kat pelabuhan kemaman.

Mungkin korang semua x bermaaf-maafan lagi kan? tapi aku da lakukan semlm. waaa, memang da rasa mcm raya da semlm. nak je aku sarung baju yg muat ngan perot aku ni. tapi da xder. yang tinggal hanya jubah :(. Tapi x pe la, yang penting bermaaf-maafan tu aku da buat sebelum Incik Suami turun dari umah.

Sebelum itu, blk dari berbuka puasa, Incik suami cakap nak gerak kul 9. Tapi dek kerana dia sendiri berat je nak tinggal aku sorang, terlajak sampai kul 10 lebey. Memang kami duk bertepek je la semalam. Incik suami plak dgn harapan aku memujuk dia supaya x payah pergi offshore.

Tapi tidak la plak aku memujuknya. hihi. Aku yakinkan Incik Suami yang baby ni akan tunggu dia balik nya kalau nak lahir. Itu la yang aku pesan setiap hari. Memangla, kalau aku pentingkan diri sendiri memang aku tak bagi punya Incik suami pergi offshore dengan keadaan aku sarat ni. Tapi bila memikirkan bila da nak ada anak ni, mesti perlukan duit yang banyak kan. Sape yang nak anak dia susah. betul x? huhu

Jadi aku cakap kat Incik Suami, tahun ni kita x yah raya, lagi pun aku pun x larat da nak raya sakan. Dalam pale otak aku pun raya ni nak makan banyak2 je. bukan nak g jalan-jalan. Tahun depan yang pasti Incik Suami x bley pergi mana-mana time raya. Ye la, tahun depan kami kene collect duit raya. hahaha…

Ye la kata anak time tu da nak dekat setahun da, InsyaAllah. Mesti meriahkan bila nak siapkan persiapan anak untuk raya. Tahun ni seyesli aku dan Incik Suami memang x beli apa2 untuk kami. Kuih raya pun aku x order. huhu.. memang aku x bersemangat nk raya tapi tengah bersemangat gila nak cutiiiiii….hihi… aku off from ofis selama 10 hari! Jgn jeles k!

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin untuk semua umat Islam :)

3 comments:

Mrs Nageb said...

selamat hari raya hantu ulam :)

Hantu Ulam said...

Selamat Hari Raya :)

...mommy jue... said...

selamat hari raya mommy to be...
maaf zahir batin..
raya nie makan puas2 k sebelum pantang.. hehe..