Jom ikut UK

Wednesday, May 19, 2010

Dosa kah aku?

 

Semalah tiba-tiba cerita lama bermain semula di kepala aku. hmmm…semuanya bermula begini,

Tahun lepas, aku kerap on off keje. sampai budak ofis pun pelik ngan aku. sebab alasan aku bagi hanyalah sakit kepala. Tapi sebenarnya tidak, aku kena gangguan sihir yang bermain dengan IBLIS laknatullah.

Keadaan aku tidak terurus. Yang aku tau masa itu, sikit-sikit nangis dan telefon mak ayah aku saja. Walaupun ketika itu aku sudah pun berkahwin. Aku memang langsung tidak pedulikan suami aku. Hari makin hari keadaan aku makin seriyes, di mana aku tidak boleh menunaikan solat. Aku lupa untuk mengambil wudu’. Aku lupa pada ayat-ayat al-Quran yang selalu aku baca. Walaupun aku buka Al-Quran, lidah aku kelu tidak dapat menyebut ayat-ayat suci. perit bukan. Hidup aku ketika itu juga dikelilingi oleh Iblis, yang selalu berbisik ditelinga aku dan menghasut dengan macam-macam hasutan yang tidak perlula aku menulis disini.

Bila keadaan aku semakin teruk, abah menyuruh aku balik dan berjumpa dengan seorang Kiai. Bukan setakat kiai, macam – macam keluarga aku buat demi untuk pulihkan keadaan aku. Dan akhirnya aku sembuh dengan berkat usaha aku dan keluarga aku.

Bermula dengan hari itu, setiap hari aku berdoa sehinggalah hari ini, “SEMOGA ALLAH MEMBERI PETUNJUK KEPADA ORANG YANG TELAH MENYIKSA AKU SEDEMIKIAN RUPA”. Aku x pernah berhenti berdoa, cuba bayangkan setiap hari 5 waktu aku tunaikan solat, maka 5 kali aku berdoa pada Allah menyebut ayat yang sama. Itu aku tidak kira doa dalam solat sunat hajat yang aku lakukan demi untuk membuktikan yang aku adalah di pihak yang benar.

Tup-tup semalam aku mendapat khabar berita, yang dia kemalangan. Aku tidak menuduh dia. tapi banyak perkara yang terjadi yang menunjukkan dia yang menjadi dalang semua ini. Aku mendapat tahu kepala dia cedere teruk. Terus lupa ingatan. Tidak mengenali ahli keluarganya. Keadaan fizikal dia juga parah. Kuku kaki nya habis tercabut. Pingangnya mungkin juga patah. Bila aku dengar sedemikian rupa, aku jadi bersalah…Adakah sebab doa aku dia terima balasan macam ini??? aku tertanya – tanya…Dosa kah aku selalu berdoa mcm ni setiap hari???

1 comment:

Anonymous said...

erm..~~~aku rasa ko tak salah paper jue..sebab doa ko tak menjurus kepada musibah org tue..p menjurus kepada memberi petunjuk...mungkin allah nak bgi petunjuk kepada org tue dgn cara sedemikian...setimpal dgn apa yg telah dia buat kat ko selama nie(tuepun kalau betulla dia yg lakukan sihir kat ko)...bak kata org..Baik dibalas baik..jahat dibalas jahat...dan setiap apa yg kita lakukan terhadap org len..tak kirala baik atau pun jahat..nescaya akan berpatah balik kepada kita...paper pun muhasabah diri adalah lebih baik jue dari kita menyalahkan diri kita..~~~...sekurang2nya dia masih lgi bernafas..~~~maaf kalau coretan aku nie terlampau advance..~~

-Lan-