Semalam Incik Suami buat kejutan. Memang tersangatla aku tidak menyangka :D. ye la, sebab laki aku ni bukan jenis yang boleh simpan rahsia. ahaha..
Seperti biasa selepas je solat Isyak, Incik Suami akan pergi study ngan kawan die kat kedai mamak yang berdekatan dengan rumah aku. So semalam, dia siap-siap dengan beg sandangnya dengan buku study dia “Ok la sayang, abang pergi study dulu.1 kucupan mesra higgap kat pipi aku”. Aku pun siap salam bagai. Ye la biasanya dia akan pulang setelah aku lena di ulit mimpi..pergh x tahan betul ayat aku ni.
Tup tup..pukul 10.30 dia pulang. Dengan suara yang begitu riang. “Abang da balik.” Aku pun pelik la. aikss kejapnye laki aku study ari ni. Aku pun tanya la; “Kejap nye abang study hari ni?” Dia pun jawab “ aah, mamak ari ni ramai orang la. Xleh nak study. Sambung kat rumah je la.” Aku pun iyer kan aja lah.
Pukul 11.45 camtu, Incik Suami siap-siap pakai baju. Katanya nak turun amik barang yang tertinggal dalam kereta dia. Pastu aku pun suh dia buat naik beg pakaian baby yang aku simpan dalam kereta aku. Sebabnya nak masukkan terus Surat Nikah kami. ye la standby terus. Nanti kang lupa, buat la aku terberanak kat Kuantan minggu ni, x ke naya laki aku kene naik USJ semula semata-mata nak amik surat nikah kami. huhu..
Incik Suami turun bawah dan naik semula ke atas kul 12.00 am. Ding dong jam berbunyi. tapi sebenarnya xder pun jam ding dong kat umah aku. Aku wat biasa je. Aku x mengharap pun Incik Suami bagi hadiah ke hape. Sebab aku tau dia nak guna duit banyak untuk baby nanti. Aku xnak la bebankan dia. huhu.
Tiba-tiba dia datang dekat aku, “Happy Birthday, sayang!” terus peluk aku. huhu..terharu memang terharu. Then dia cakap “ abang ada hadiah untuk sayang :)”. Aku pun dengan muka pelik, terusla tanya “ hadiah apa?”
tadaaaaaaaaaaaaaa……
waaaaaaaaaaaaa..aku memang menjerit sakan la. hahaha..suka bangat seh dengan hadiah ni. Ye la, aku dah aim sebelum puasa lagi. Tapi asyik x berkesempatan nak beli.
Then aku terus terkeluar dari mulut aku, bila masa abg gi beli? pastu die sengeh-sengeh cam kambing busuk [busuk-busuk pun laki yang aku sayang jugak :P] “Tadi abang x g study, tapi g Jusco Sunway, cari hadiah untuk sayang.hoho..Puas jugak duk pk nak beli hadiah. Memula abang pk nak beli perfume yang sayang nak tu, tapi xder la plak kat Jusco. Tiba-tiba abg teringat yang sayang nak beli oven, so abg beli je la oven ni as hadiah untuk sayang.” Aku pun jawab; “xper la, ini pun sayang suke sangat…pasni senang la nak main masak-masak.” hihi
Lepas ni, boleh la buat Chicken Roaster, cookies, cake dan macam-macam lagi. yeee haaa….x sabarnye…
Korang tunggu je la aku update pasal masakan aku ye. hihi…
Thank you darling. Sayang cinta bangat sama Abang…mmmuuaaahhhh :-* 18sx