Jom ikut UK

Monday, April 12, 2010

Sekembalinya aku…

 

Assalamualaikum…

Lama sungguh aku tidak menulis, dek kerana keadaan aku yang tidak mengizinkan dan membuat aku tidak punya MOOD untuk berceloteh dalm blog busuk ini.haih~

Sebelum aku berceloteh panjang, ingin aku ucapkan takziah buat keluarga Allahyarham Din Beramboi yang sudah pastinya 1 Malaysia terkejut dengan pemergian Allahyarham. Begitu juga aku. Sungguh sayu pada pagi Jumaat 2 April 2010 lalu. Jika hari-hari biasa aku dihiburkan dengan lawak jenaka Allahyarham tapi tidak kini. Tidak perlulah kita meratap pemergiaan Allahyarham kerana Yang Maha Esa lebih menyayangi beliau. Al-Fatihah…..

Kalian ingat lagi entri aku yang lepas? kalo x ingat klik sini. kan aku dah janji nak buat pengumuman secara terbuka jika aku sudah ada isi…

Alhamdulillah…berkat doa aku dan Incik Suami, aku sudah 3 bulan mengandung anak pertama kami… Syukur sangat. Aku tahu pasal kandungan aku pun bila usia die 2 bulan. Sebelum aku ketahui pasal kandungan aku ni, alhamdulillah aku xder alahan ape-ape.

Tapi setelah aku tahu dan mungkin juga usia dia da 2 bulan kot, aku sudah mula merengek ngan Incik Suami.huhu…menangis tak tentu pasal.

Dan tidak lupa juga Morning & Evening Sickness aku bermula..ohh sungguh teruk. sampai aku tidak dapat makan nasi langsung. Jika aku paksa diri makan nasi, sudah pasti aku akan bertenggek kat mangkuk tandas selama 30 minit. Bukan itu saja, air paip untuk mencuci mulut dek kerana muntah juga buatkan alahan aku makin teruk.huhu seksa bukan..tapi demi anak yang terchenta aku relakan ia…:)

Aku masih lagi tertekan dengan hidung aku yang sungguh sensitip dengan bau-bauan yang tak sesuai dengan hidung aku. Antaranya bau rumah, air paip, air masak, peti ais, bau Incik Suami dan juga untuk pengetahuan kalian, aku sungguh sensitif dengan perfume One Drop..oh tidak…aku memang dapat kesan dengan cepat bau mereka yang menggunakannya dan sudah pasti depan mereka juga aku mau muntah…huhuhu..seksa bukan…

Aku harap alahan aku akan berkurangan dari hari ke hari. Tak sanggup rasanya bila asyik MC je kan. segan jugak kekadang tu.huhuhu…

Okla..aku stop kat cni dlu…nanti aku sambung lagi dari semasa ke semasa k..

3 comments:

xeea said...

yeay! anak kite sebaya! hihi

Ulam Kerdas said...

hehehe tu la...beza sebulan jer..:D

ain said...

hey congratz juju =)