Jom ikut UK

Tuesday, January 20, 2009

Hai Diari..

Aku rindu untuk menulis.. Tapi apakan daya, aku perlu menyiapkan kerja aku sebelum aku jumpa pelanggan(client). Banyak yang hendak aku ceritakan..Tapi bagaimana dan yang mana satu aku nak mula.uhux..

Ok..sebenarnye kan aku x sabar nak cerita dan kongsi dengan kalian mengenai 'Payung Emas'.

Bagi sesiapa yang x berapa faham dengan 'Payung Emas'. Sebenarnya 'Payung Emas' ini adalah hadiah yang dijanjikan Tuhan bagi isteri yang membenarkan suaminya berpoligami atau dalam erti kata lain membenarkan suaminya berkahwin lagi.

Tapi sanggup kah kita membuat pengorbanan untuk suami kita demi mendapatkan 'Payung Emas'? Mungkin kalian fikir, aku belum berumahtangga..x tau lagi asam garam orang yang berumahtangga bukan?hhmmm betul tu..aku x berani jugak nak cakap pasal ini..

Tapi apa yang hendak aku kongsikan dengan kalian semua adalah mengenai seorang perempuan yang bernama isteri yang agak baru ku kenali. Kakak dan adikku sudah lama mengenali perempuan itu tapi tidak aku. Mungkin mereka berjumpa masa aku tiada di rumah agaknya.

Perempuan ini adalah isteri kepada bos adik ipar kakak ku. Dia baik sangat. Selalu belanja kami sekeluarga. Apa-apa saja jamuan kami buat pasti dia dan suaminya ada sekali dan pasti beli macam-macam untuk anak buah ku. Kadang-kadang suaminya datang bersendirian untuk makan tengahari bersama kami. Itu pun kebetulan, dia habis bermain golf terus kerumah kakak ku dan makan la sekali kan. Adik ipar kakak aku adalah setiausaha kepadanya. Adik ipar kakak ku melayan bos dia makan macam kakak ku melayan suami nya makan. Aku agak pelik. Kadang-kadang garu juga kepala ku yang tidak gatal ini.

Aku hanya memandang. Diorang makan sepinggan la, minum secawan. Adakah memang sebegitu layanan seorang setiausaha kepada bos mereka? Pelik jugak, al maklumla aku bukannya setiausaha, jadi aku x tau bagaimana kerja seorang setiausaha...mereka begitu akrab sekali.hhmm x mengapalah..aku biarkan saja. Sampaila bos adik ipar kakakku ini menggunakan bilik dengan selambernya..Wah..aku terkejut jugak la..

Dengan kebingungan aku terus tanya pada kakak aku..Baru la aku tahu, bos adik ipar kakak aku ni memang terlalu rapat dengan adik iparnya. Pernah juga isterinya bertanya kepada adik ipar kakak ku, mahukah berkahwin dengan suaminya..Gulp...aku menelan air liur + mata yang terbeliak...

Tetiba terkeluar dari mulut aku, bertuahnya si suami dapat isteri cam tu..kalau Ju x tau la macam mane..Haih...mampu kah aku nak jadi macam isteri bos adik ipar kakak ku. . .

Dan untuk pengetahuan kalian juga, dia lamar adik ipar kakakku untuk menjadi isteri no 3..hua hua hua...Maknanya..dia sudah dapat 1 'payung emas'..Besarnya pahala yang dia dapat kan..

Dulu aku selalu baca novel yang mempunyai kisah sebegini, x sangka la pula ia berlaku depan mata ku juga. Aku x berani nak cakap lebih-lebih.. Tapi yang pasti lelaki ini amat bertuah dapat isteri yang baik dan sanggup bermadu kasih..

Besar pengorbanan yang dilakukan si isteri kepada suami. Bukan saja telah melahirkan anak seramai 5 orang malah sanggup bermadu kasih. Aku rasa kasih sayang dan cinta kepada isteri pertamanya x pernah berkurang sebab aku lihat mereka masih lagi romantik seperti pasangan kekasih yang lain..tapi x tau la kalau dia hanya menutup kedukaan yang dia hadapi kan.

p/s: Kalian fikir la sendiri..tepuk dada tanya selera.:)

13 comments:

zul said...

wah, citer ni bleh wat novel ni..pasti hebat..

dah baca novel "kalau itu takdirnya"?

best citer dier.... mau tangkap leleh punyer...

thank sbb sudi singgah..singgah ah selalu...

saya sudah link kamu...

Ulam Kerdas said...

o0o citu da bace..sedey sgt..

masih terngiang-ngiang bait-bait dlm novel tu..huhu..sehari tau nak abiskan novel tu..

mintak simpang alami camtu..huhu

Anonymous said...

erm...memmg besar pergorbanan yg dilakukan oleh sang isteri..erm..walaupun nampak ok tapi sebenarnya dia menangis di dalam hati..kerana dia seorang wanita dan seorang wanita walau sekeras mana sekali pun hatinya akan tersentuh juga...isteri mana yg sanggup utk dimadukan walaupun sekuat mana pun iman dia pasti akan tersentuh jua..cuma mungkin dengan keimanan yg kuat itulah dia merelakan utk dimadukan kerana yakin dengan janji allah di akhirat nnti...nie ucapan yg pernah dikuarkan oleh lecturer GMi aku seorang ustaz yg kahwin 2..apabila kami mengutarakan masalah poligami nie..setelah melihat cerita ayat-ayat cinta..heuheu...sebenarnya nak berpoligami boleh tapi kene penuh dengan syarat2 nya..bukan main hentam jer...tue bukan poligami tue poligon...

9w2-wrs-

SundaeCone said...

wowoo..the way ko tulis entry ni da mcm cite dlm cerpen lak.hehe..


hmm kagum dekat wife dia...*smile*

Ulam Kerdas said...

chukang - betul tu.xder seorg pompuan pun yg sanggup dimadukan..bkn senang nk hadapi semua ni. Aku rs die lakukan semua ni demi cinta pd suami dia kot..aku rs die bley jd IDOLA aku..:)

Ana - ye ke..ehehe..lulus la ek aku jd penulis.ehehe

Mr Dino said...

harga emas semasa:

RM105.565444 per gram

aJLeaa said...

haah mu kire ok la ju...bkn mcm ade sorang tu...dah ade blog cerpen tp xtau bile baru nak khatam....huhuhuh

Ulam Kerdas said...

Mr Dino - hihi..Jadi bermakna payung Emmas tu mahal la kan...payung tentu berat..hihi

AjLeaa - tu la pasal Ed. Ader gak tny dak tu..die ckp xder mase n xder idea.hihi

SundaeCone said...

*kipas muke sbb panas*

hahahahah~

Ulam Kerdas said...

hahahah..apesal ko tetiba panas beb? hahaha...

terkena percikan cili ker termakan cili..ahahahah

xeea said...

pada hemat aku :

boleh kongsi kereta,
boleh kongsi duit,
boleh kongsi rumah,

tapi

kongsi suami atau kekasih hati?

NO WAY.

Ulam Kerdas said...

xeea - tiada perempuan yang nak hidup bermadu...huhu..

kita sama x sanggup bermadu kasih. Tapi kita x tahu akan datang bagaimana kan..harap kita xkan lalui perkara sebegini :)

Anonymous said...

huehue..no komen..oit juju jgn lupa geng..upin dan ipin..

9w2-WrS