Jom ikut UK

Tuesday, August 24, 2010

Hari ke 11 & 12 berpuasa

 

Last weekend, ari Sabtu aku berbuka kat rumah Momo & Korie. Pada mulanya kami plan nak g berbuka kat Nailis Sentul. Then Momo pun call la Nailis utk booked tempat n tny berapa harga buffet kat ctu. Skali harga da naik da. Berapa ntah momo btau ari tu aku pun lupa.

Bila dah harga naik, Korie pun cakap baik die msk. :) itu yang best tu. Kami smpai je umah momo ptg tu da kul 6 ptg kalo x silap. Ye la, before tu aku p tgk baby Xeea & Cfu iaitu Alfiy Hafeez….kussss semangat baby tu. memang geram sape yg melihatnya…nak-nak tang pipi. Tul x mamanya Alfiy? ehehe

Sesampai je kami depan pintu umah momo, perghhhhhhhhhhhhhh bau tempoyak yang sangat menusuk kalbu. :D. tengok-tengok kat dapur korie tgh masak masak lemak tempoyak ayam. memang menjilat jari la mkn mlm tu. aku dan Incik suami smpai 2 kali tambah. Tuan umah lak x yah citer la kan bape kali tambah. ehehe..

Keesokan harinya plak, kami plan nk berbuka kat Rebung la kununnya..Skali tu, lepas je sahur aku ajk Incik Suami pergi Pasar Tani Mega kat Stadium Melawati. Punye la bersemangat nak tgk ape yang ada kat pasar tani tu kan. Sebelum ni aku asyik dengar citer dari abg ipar aku je. hihi…

Sesampai je kami di sana, perghh gilo wei tgk ikan, udang, ketam yg sangat fresh n seme nye hidup lg…As usual, aku ni kan org Pahang. Jadi semestinya aku sangat tak tahan kalo tengok ikan patinnnnnnnnnnnnnnnnnnnn….hahaha..ape lg, paksa rela la Incik Suami beli ikan patin. hihi…then jalan-jalan lagi, aku yang kepingin nak makan Ikan Sebelah atau ada jugak org yang panggil ikan sisa nabi, ada juga dijual. Maka beli la Incik Suami seekor utk aku. Mahal jugak ikan tu kat sini. RM20 untuk sekilo ikan sebelah. aku amik yg paling kecikkk je. ye la aku sorg nak mkn kan. wat pe amik yg besar2.

Incik Suami plak, memang x tahan tgk ketam yg berKaler biru. Oleh kerana semlmnya Korie buat masak lomak tempoyak yg sangat sedap, maka dengan itu, Incik Suami mengRequest lagi Korie buat masak lomak ketam biru itu. Apa lagi, aku pun trus la call Korie pagi2 buta untuk mengajar die dtg msk kat rumah dan dengan itu x jd la kami berbuka kat restoren Rebung.

Aku dan Incik Suami berpecah kejap. Dia pergi jenguk2 lagi lauk apa yang perlu di beli. Aku plak mmg dah kelabu mata x tau nk beli sayur kampung ape dah. ehehe..ye laa seme segar bugar tau. rasa nak beli seme je. masaknya xtau la bile kan. hihi.. so aku decide beli je pucuk paku. Oleh kerana ketam td da ade kuah. dan Patin pun ade kuah tempoyak. so, pucuk paku kita goreng saja. Dan x lupa juga bahan-bahan utk buat masak tempoyak patin n msk lemak cili api.

Bila semua bahan sudah di beli, aku pun p la cari Incik Suami. Skang lauk yg sudah dibeli hanya Ikan patin seekor, ikan sebelah seekor, ketam 7 ekor. PK PK mcm x cukup je. Sbb nak ajak trus la abg ipar aku dtg mkn. x lupa jugak babal n pakwe adik aku. so agak ramai jugak la kan. Kami decide beli udang sekilo. perghhh byk jugak yg aku beli.

Lepas beli semua lauk n sayur, kami pusing2 kat pasar tani. x sempat nk msk semua kedai, hujan pun turun. aku yg terkedek2 cam penguin rs hape je berlari dalam hujan. ekeke.. Balik umah simpan semua lauk sementara nk tunggu petang, aku dan Incik Suami pun terbongkang. hihi…

Ptgnye aku msk la menu untuk berbuka.

  1. Sambal Udang
  2. Masak tempoyak Ikan Patin
  3. Pucuk paku goreng kicap.

Aku da siapkan seme bahan untuk buat masak lemak ketam, cuma tunggu Korie je lagi. ahahaha…Miscommunication berlaku, korie ingat aku nk g berbuka umah die. skali rupenye die kene dtg umah aku utk msk.ahaha..kelam kabut depa dtg umah aku. sib baik seme bhn da siap cume tinggal masak je lg.hehe…

Pukul 7, masak lemak ketam pun siap dari air tgn korie :)

Kami semua berbuka puasa smpai x bley nk bangun. Dan aku plak smpai x bley nk tdo trus mlm tu. mayb anak aku terlalu kenyang dan dia pun asyik menendang aku je. huhuhu

The moral value untuk kali ini, aku dah serik makan byk2…pas ni mkn skit2 tp dgn kerap :D

P/S: Sorry guys, skang ni aku da malas nak amik pic. so entry kali ni hanya tulisan semata-mata :D

6 comments:

Anonymous said...

Pergh..~~`ayam masak tempoyak dan juga ikan patin masak tempoyak..~~ko mmg buat air liur aku melelehla weh...argh tidak..~~!!!>.

-Lan-

Ulam Kerdas said...

hahaha..mmg sedap weii...mantop gitu...:))

Mrs Nageb said...

sodapppnya..... :) mesti hingga menjilat jari tuh..

Ulam Kerdas said...

mrs Nageb - aah memang sedap.. mkn smpai xleh bgn..mlm tu terus xleh tdo..baby kekenyangan..hihi

xeea said...

bile pulak lah korang nak datang masak kat umah aku. kecik tapak tangan, stadium malawati ai tadahkan. ekekeke

Ulam Kerdas said...

hehe..tunggu pas ko abih pantang ye...:P