Jom ikut UK

Friday, May 15, 2009

..:: BAJET Bagus ::..

BAJET bagus adalah perkataan yg telah aku pelajari dari SENIOR aku setelah aku memasuki sekolah berasrama.

Perkataan ni digunakan apabila kakak senior aku bengang sbb saham diorg jatuh dek kerana JUNIOR diorg.ekeke...Ye la, abih pakwe2 diorg dikebas junior.Tapi aku terkecuali dlm hal ini. aku x rampas pakwe sesape..tapi yang pelik ramai sungguh abg2 senior yg nk wat aku jd adik angkat.Mayb sebab keKIUTan aku kot.ahaha perasan jer..tapi ini lah realitinye..

Ok maaf, aku bukan nak citer perihal senior sekolah aku. Aku nak kongsi citer perihal org yg selalu je BAJET, BERLAGAK, & BERTINDAK bagus dlm byk hal smpai lupa yg kain sendiri dulu pernah jugak terkoyak.

Aku ni xder la org yang ALIMI sgt..aku tau aku x sempurna. Aku x bley sesuka hati nk jd ustazah yg ske ckp pasal hukum hakam agama walhal aku tidak arif dlm semua tu. Tapi aku tidak lah jahil sampai tidak tahu hukum hakam agama. Walaupun aku masih lagi belajar dlm byk hal..

Hipokrit atau Hidup dalam kepura-puraan. Itu yang paling aku x ske. aku bukan jenis yg mcm tu. Apabila disuruh bertutup litup, dgn hati yg x rela n x ikhlas maka aku turuti. Maaf, mak dan abah sendiri tahu bagaimana perangai ku. Sebab itu, sehingga kini mak abah x pernah memaksa aku melakukan sesuatu. Sehinggalah aku sendiri menyuarakan yang aku nak buat sesuatu kebaikan itu. Mak terima. Aku tahu aku bukanlah anak yg baik tapi aku tetap cuba utk menjadi anak yg baik.

Aku cukup bengang, jika seseorg yang begitu suka menjaga kain aku walhal kain sendiri dulu pernah terkoyak dan baru saja di jahit. Jika diri tu x pernah melakukan kesalahan mungkin aku boleh terima apa yang tlah kau katakan pd aku. Tapi ini tidak. Kau lebih teruk dari aku. Sekurang-kurangnya aku x pernah 'Clubbing', memakai pakaian yg terdedah sana sini dan yg paling penting aku x pernah menyusahkan org lain!.

Perihal ibadah pula, tidak harus ditimbulkan.. sebab itu adalah ibadah masing-masing. Aku akui solatku tidaklah sempurna sgt..Aku x tahu adakah diterima atau tidak solat aku tu. Tapi aku telah menunaikannya. Segalanya Tuhan yg membuat perkiraan. Kita hanya manusia ni hanyalah hamba yg kerdil dan bg aku tidak layak utk menghitung ibadah orang lain. Walhal kita sendiri xtahu adakah al-Jannah akan menerima kita?

Sedangkan Nabi s.a.w. yg sempurna pun tidak pernah mengaku dan berlagak SEMPURNA, inikan kita hamba yg kerdil lagi hina lagi nak dibandingkan dengan Nabi, lagi lah nak berlagak mcm sifat Nabi..Fikirkan lah..

Maafkan aku, jika post kali ni byk mengaitkan perihal agama.

3 comments:

Qia Rosli said...

ah. kelab itu menyesakkan. dorg igt pegi kelab tu cool sgt ke? owh, please deh.

haha.

benci ngn org2 yg bangga dgn clubbing ni.

NaniRostam said...

Assalamualaikum....


Tak pe oren...jadi diri kita sendiri.

Orang boleh buat macam-macam tanggapan. Namun apayang penting kita sentiasa cuba jadi yang lebih baik dan lebih ikhlas.Insyallah.

Ulam Kerdas said...

kumbangkecil :- hoho..tahu xper.tp itu lah masalahnye org skang..kain sendiri yg terk0yak xder nyenk sed0r..kain org lai koyak..di riuhkan sekampung..huhu...penat r lyn org gini...

Aunty Nani :- Salam aunty.Betul tu. Kalo asyik pk ape org ckp..xleh hidup kite jdnye..Sy akn cube utk jadi yg terbaik n ikhlas..:) ..Thx auty, sudi bg komen..ehehe