Jom ikut UK

Wednesday, March 11, 2009

Bertemu Setelah Sekian Lama.....

Assalamualaikum diari..

wah..tak ku sangka sudah sebulan x kemaskini diari aku ni..haih~ Maaflaa, lepas balik dari Brunei, aku x berkesempatan nak kemaskini diari aku..dan dalam masa itu jugak, macam-macam terjadi..Hari ni, aku hanya boleh citer skit-skit je ye..:)

************************************************************************************
Kesimpulan seminggu di Brunei.


Pertama kali aku menjejakkan kaki ke Brunei.Aku tiba di sana dalam pukul 8.++ mlm, aku x pasti 8 berapa. Tapi yang pasti nya, aku rasa seperti pukul 1 pagi je kat sana. Dengan keadaan "Airport" Brunei yang tersangatlah sunyi sepi..Setibanya disana, kami di ambil oleh pekerja hotel tempat kami menginap.

Rating aku nak bagi untuk hotel tu adalah 4*. nak tahu kenapa aku bagi 4*? Sebab hotel lengkap ada "bath tub"n sofa dan biliknya tersangatla luas..tapi malangnya, aku hanya tinggal sorang..Cuba kalian teka berapa agaknya untuk tinggal 1 malam dihotel macam tu? xper..kalian teka la dalam RM tau..nanti aku tukarkan nilai mata wangnya..ehehe..

Rutin harian aku plak, setiap hari pukul 9 pg, Bos kami yang kat Brunei akan menjemput dan menghantar kami ke hotel. Balik pulak macam biasa la, macam kehidupan warga kerajaan di Malaysia juga, di mana tepat jam 5.30 ptg dah pulang. Tapi kami selalu minta kebenaran untuk balik pukul 6 ptg. Ye la, kami hanya diberi masa seminggu untuk setelkan semuanya. Haih...x sempat tau..Yang jadi x sempat tu, nak tau kenapa...hhmmm... setiap hari tepat jam 12.30 tghari kami pergi makan tengahari. Balik ofis da pukul 2 ptg..waaaa...byk masa rehat kan...begitula kehidupan warga kerajaan di sana..Kehidupan diorg tiada kalut-malut, tenang jer...dan juga aku rasa semuanya selowwwww gile.

Baru seminggu di sana, aku rasa rindukan Malaysia. Aku rindu dengan segala kebisingan dan kalut-malut Malaysia..

Satu je la yang aku seronok di sana..hihi..setiap hari kami akan pergi berlainan restoren..Dan yang paling penting, apa yang nak aku kongsikan bersama kalian semua adalah.....jeng jeng jeng...pertama kalinya aku makan NASI ITIK..hahaha..sedap jugak rasanya.cuma dagingnya agk liat sikit la..

Ape lagi ye, cerita yang best kat Brunei...tu je la kot..ok habisla citer pasal Brunei.

**********************************************************************

Sekembalinya aku dari Brunei, maka bermula lah kehidupanku yang agak abnormal di kala ini. Mana tak nya, aku rasa aku sudah semakin bizi.Gila punye bizi. haih~ Tak caye? tanye osmet ku.ahaha..kalian bukannye kenal pun...hihihi..

Nak tau kenapa aku rasa kehidupan aku da jadi abnormal..hhmm..aku rasa aku langsung x amik pusing apa yang terjadi di persekitaranku dan juga di Malaysia. Antaranye :-

  1. Aku x tahu pun bila ayah Datuk Siti kita meninggal..ketinggalan kan aku..haih~
  2. Aku x tahu langsung apa berita terkini kat paper..berita hot sekarang ape ye?
  3. Aku langsung x berkesempatan nak cek emel yahoo..hoho..
  4. Aku jarang on YM! ..ahaha..pelik bin ajaib kan...
  5. Aku jugak x berkesempatan nak p jenguk blog rakan2 blogger ku..huhu..sungguh sedey :(

Sekarang, aku rasa lega la skit. Satu kerja da setel..Baru satu la kan..huhu..xper, selow selow kan..

Dikala aku menjadi abnormal, aku telah menerima 1 mesej dari sahabat baikku. Mesej yang amat memeranjatkan aku. Mesejnya berbunyi begini :

"Ju, suami aku masuk husm. Da 4 hari kat icu. Doakan dia selamat ye"

Ya Allah, mahu mengucap panjang aku di kala terima mesej itu. Walaupun dikala itu aku betul2 bizi, aku terus telefon sahabatku. Dari suaranya, aku dapat rasakan hati sahabatku penuh dengan kerisauan.Aku tetap gagahkan jugak untuk bertanyakan kenapa jadi sebegini..Dihujung suaranya juga punya sedu seperti baru lepas menangis.Dalam keadaan sedu-sedan, sahabatku mengatakan yang suaminya mengidap "Kanser Darah".Ya Allah, apakah dugaan yang Engkau berikan pada sahabatku...Hatiku juga sudah tidak keruan. Aku perlu jumpa dia. Aku tekad aku mesti jumpa dia.

Pulang saja dari kerja hari Jumaat, aku terus pulang ke Kuantan sebab aku tidak berani untuk pergi sorg ke Kelantan. Jadi aku telah mengajak abahku untuk menemani aku ke Hospital Kubang Kerian, Kelantan. Pagi - pagi sabtu lagi aku telah bertolak ke Kelantan.Perjalanan kami mengambil masa 5 jam.

Dalam pukul 2.30 ptg aku smpai di husm. Aku terus jumpa sahabatku. Dari air muka nya, aku dapat rasa kan dia sedang menanggung dugaan yang sangat besar. Dan aku rasa bukan semua orang boleh menerima dengan hati yang tabah. Untuk pengetahuan kalian juga, sahabatku kini sedang menuggu hari untuk melahirkan anak pertama nya..

Sewaktu aku berjumpa dengannya, dia memberitahuku yang dia ada berubat dengan seorang ustaz di Kelantan. Waktu aku berjumpa dengannya, kalu x silap sudah 5 hari mereka berubat. Dan dia juga berterus-terang denganku, yang Doktor pun x dapat kesan penyakit yang di hidapi suaminya. Oleh kerana, keadaan suaminya mempunyai ciri-ciri "Kanser Darah", maka doktor pun mengklasifikan suaminya dalam golongan kanser darah. Tapi yang sebenarnya, suami sahabatku kena SANTAU.

Kalian tahu apa itu Santau? Santau adalah suatu perbuatan syirik. Mengikut sahabatku, suaminya bukanlah orang yang hendak dituju. Sungguh malang bukan. Dia yang menjadi mangsa keadaan, dia yang terpaksa menanggung penderitaan orang lain. Orang yang menghantar Santau itu sungguh kejam. Bagi aku dia betul2 tiada berperikemanusiaan.

Tepat jam 5 ptg, kami diberi kebenaran untuk melawat pesakit. Aku masuk bersama abahku. Ya Allah, hanya Tuhan je yang tahu keadaannya waktu itu. Aku sendiri x sanggup melihat keadaannya yang sudah seperti mayat hidup. Tubuhnya sudah kaku. Bernafas pun hanya bergantung pada oksigen yang dibekalkan. Abahku, yang tadi bersemangat mahu mengajak pergi berubat di Pahang pun sudah tidak dapat berkata apa-apa. Sedih bukan..Aku hanya dapat berdoa moga berlaku keajaiban padanya..

Selesai melawat, aku hanya dapat berpesan kepada sahabatku, semoga tabah menghadapi dugaan ini. Tuhan xkan sewenang-wenangnya memberikan dugaan kepada hambaNya, jika dia tahu yang hambaNya itu tidak mampu menghadapinya..Aku juga kelu untuk berkata apa-apa.

Petang itu juga, aku pulang ke Kuantan sebab keesokannya aku harus pulang ke KL. Aku hanya mampu kirim doa dari jauh untuk sahabatku. Sekembalinya aku ke KL, pukul 1pg, aku terima mesej dari sahabatku yang suaminya sudah tiada lagi....Ya Allah, aku sendiri tidak mampu menanggung dugaan ini jika ini yang berlaku terhadapku. Aku terus menelefon dia dan waktu itu, pihak hospital akan memandikan dan menyiapkan jenazah sebab jenazah akan dibawa pulang ke kampung halaman suaminya di Baling, Kedah.

Aku tidak tahu bagaimana untuk berkata-kata lagi. Aku tidak tahu bagaimana sahabatku akan menghadapi segala rintanagan yang akan datang tanpa suami disisi dan juga membesarkan anak seorang diri. Dia juga terpaksa melahirkan anak tanpa suami tercinta disisi. Ya Allah, Engkau tabahkan lah hati sahabatku. Permurahkan la rezeki baginya, Ya Allah.

Al-Fatihah untuk arwah Md. Khodry

4 comments:

SundaeCone said...

takziah..
cant imagine how i felt if im in the same boat like her.

hope she will be strong..at least for her and for the baby~

Cik Oren said...

tu la ana...skang die asyik demam jer..risau jugak aku, cmner die nk bersalin kalo asyik demam..huhu

susudalambotol said...

ooo. pergi brunei. patutlah senyap je. bulan Safar, bulan sakit.

Cik Oren said...

memang bulan Safar tu bulan sakit ker?