Jom ikut UK

Monday, January 31, 2011

BreastPump terpakai untuk dijual!

 

Sold to Zairol Wife

Alhamdulillah seperti yang aku harapkan supaya bonus dapatla byk tahun ni, syukur mungkin rezeki AI kot.

Jadi dengan itu dapatla aku nak menukar breastpump aku yg single kepada double. yeay…syukran to Allah :)

Dengan itu aku membuat keputusan untuk menjual Medela Swing + Medela CityStyle Cooler Bag dengan harga yg berpatutan kepada yg memerlukan.

Aku telah membelinya pada 11 Disember 2010 dengan harga promotion RM888.

Sekarang aku nak let go dengan harga RM750(negotiable).

Anda akan dapat:

IMG00609-20110131-2009

1. Medela Swing (Market price RM799)

IMG00610-20110131-2010

2. Medela CityStyle + Cooler Bag + 150ml storage bottle(4) (Market price RM269)

IMG00608-20110131-2009

3. Warranty 1 tahun

Sebab saya nak jual:

1. nak beli double pump
2. Selalu pergi client site dan slalu rushing
3. Guna Swing masa utk pump ambil 30 minit.

Thursday, January 27, 2011

Bengkak susu

 

Sejak AI da 3 bulan, dia sudah kurang minum susu. Dia lebih byk main dari minum. huhu…

dan

yang merananye adalah aku.

Korang ade experience kene bangkak susu x? aku ni da kali ke3 kene. Ni pun aku keje sambil mengerang kesakitan yang amat.

Aku rasa susu aku cam da kematu je…tolonggggggggggggg…

Tadi aku da tuam ngan air panas, memang aku wat cam tu je kalo bengkak susu. tapi kali ni cam x jalan je. huhu..

huhu Sad smile

Wednesday, January 26, 2011

Tumbesaran Anggun Part III

 

image

Bu bu ba ba…burppppp burppp

itula yg slalu AI bebel. Rasa cam kejap sangat masa berlalu. Alhamdulillah setakat ni aku dapat lihat sendiri sedikit demi sedikit kebolehan AI.

Bestkan jadi mak ni Smile

Semalam AI da mula sembur air liur dia dan buat belon. Oh suke sangat dia. Siap ejek Maklang die yang marahkan dia. hihi. lawak.

Layan je la video kat bawah ni k.

AI & the bubble

Sekejap je masa tu berlalu. Anak aku da 3 bulan. sob sob sob terharu.

Sunday, January 23, 2011

Legging 4 sale

 

Hai korang yang berminat dengan legging Smile

Actually aku xder la nak menjual sangat. Tapi AF da beli byk sangat legging utk AI. And I think y not aku x cuba utk jual pd kengkawan bloggers Smile

Ni semua gara2 die pernah hilangkan 1 legging AI masa kat Sunway Pyramid. Gara2 die kelam kabut nk g keje hilang ntah ke mana AI punye legging. memang aku rasa sgtla FRUST menonggeng..haih~

Untuk menggantikan 1 legging yg ilang tu, AF g beli 12 helai terus.hahaha..Tapi AI xla pakai sebyk tu. So aku decide utk jual dgn murah pd korang. Kalo korang baik hati promot la kat kgkwn lain ye Smile

IMG00568-20110122-2202

Kod L1 ( Putih pokodot, plain merah,pink pokodot, purple pokodot) Sold Out

Size 0-3 months

1 legging = RM10 & Full set = RM35

IMG00569-20110122-2202

Kod L2 (Merah putih, Grey wif love, Off white, plain pink) Sold Out

Size 0-3 months

1 legging = RM10 & Full set = RM35

IMG00571-20110123-1148

Model legging Smile

Friday, January 21, 2011

KainLampinSaya

 

Saya adalah salah seorg penyokong tegar bagi

GO GREEN for the Safe Environment.

Oleh kerana saya sangat serabut bila tengok Lampin Pakai Buang bertaburan kat kawasan pungutan sampah, maka saya buat keputusan untuk sepenuhnya memakai Cloth Diapers/ Lampin Kain untuk AI. Cerita selanjutnya mengenai pengalaman menggunakan CD  di next entry. Smile

Untuk meramaikan lagi penyokong menyelamatkan bumi,

Jom Follow KainLampinSaya

logo KLS

Syaratnye mudah saja:-

  1. FOLLOW 2 BLOG http://kainlampinsaya.blogspot.com & http://adeliadamia.blogspot.com
    • Sudah Smile
  2. BUAT SATU ENTRY "JOM FOLLOW kainlampinsaya"
    • Sudah Smile
  3. JEMPUT 2 ORANG RAKAN UNTUK SERTAI GA KLS.
  4. COPY & LETAKKAN BANNER diatas ni pada sitebar blog anda dan linkkan kepada http://kainlampinsaya.blogspot.com
    • Sudah Smile
  5. TINGGALKAN LINK ENTRI ANDA PADA RUANGAN KOMEN
    • Sudah Smile

    **Tarikh tutup: 30 Januari 2011

Wednesday, January 19, 2011

HARUSLA KERONGSANG SABAH MENJADI PILIHAN

 

Oleh kerana Bunga ni clasemate aku masa skolah Teknik dlu, maka dengan beraninya aku join dia punya FIRST GIVEAWAY KERONGSANG SABAH.

Korang boleh join kalo berminat. Dengan syarat mestilah menjadi follower dia Smile

Then ada lagi, anda mestilah meletakkan

  1. komen “Harusla Kerongsang Sabah menjadi pilihan” di blog Puan Bunga ni macam ni

image

 

  1. Buat blog entry “Harusla Kerongsang Sabah menjadi pilihan” juga!

Ala x susah..jom la meriahkan lagi Giveaway die. Smile

Ops kawan2 jgn lupa join Giveaway akunye kat entry Two Beanie to let go ini ok? x susah pun just bagi sebab je nape korang nak Beanie tu…Smile

Two Beanie to let go :)

 

Bulan lepas aku ade order Beanie Crochet ngan kak fizan kat sini. Kalo korang nak tempah ngn die pun boleh. memang puas hati dgn kaitan akak fizan ni. Eceli aku da tempah byk da ngan die. hehe..da jadi pelanggan tetap da aku rs.hihi..

Tapi masalahnye kepala AI ni kecik lg. So aku pk baik aku bg sesape yg nak. Untuk AI plak aku akan order lg ngan kak fizan. hehe. wat design lain la plak yerk. hehe..

Sebenarnye aku terseksa bila tgk beanie x dpt di pakai oleh AI. haha..boleh x gitu.

Ok la, aku xnak bg gitu je beanie ni. Aku nak korang state the reason

“Why you must have this beanie White/Cream.” 

Korang hanya boleh pilih salah 1 sahaja SmileAdil la kan. So ini bermakna aku akan bagi kepada 2 org pembaca blog aku.

Beanie White

Beanie White (12 bln ke atas)

Beanie Yellow

Beanie Cream (12 bln ke atas)

 

Beanie ni padan utk baby yang berumur 1 tahun. Aku da test da kat kepala anak kwn aku. tapi baby tu boy so x dpt nak bagi die Smile with tongue out

Tarikh tutup 31 Januari 2011 Smile

Tuesday, January 18, 2011

Kisah EBM

 

Dek kerana kebizian aku di ofis, maka timing aku mengepam susu utk AI slalu lari.

Pagi b4 aku anta AI ke sekolah, aku akan BF die kenyang2. Time tu lebeh kurang kul 8.30am.

So bila di ofis sepatutnya masa utk mengepam

Pagi: 10.30 am –11.00 am

Ptg: 2.00 pm- 2.30 pm

Kalo free baru pam pukul 4.00 pm – 5.00 pm (optional)

 

terukkan timing utk aku pam susu. Seyes aku x dapat punctual sbb ade je meeting itu ini yg aku x dpt excuse..Aku nye t**** ni sakit xyah nak cakap la. Tapi camner nak bg excuse kan.huhu..Dalam hati duk doa jgn la susu aku tetiba kering bila aku nak pam jap gi..

huhu..korang tau nape aku doa camni. Sejak timing aku x betul ni, korang bygkan sekali aku pam utk kedua2 belah t**** aku hanya dapat 3oz je utk AI. Ya Allah mmg aku sedih sgt. Kekdg nak menitik air mata aku ni.

Sudahnya aku asyik ko AF la ngadu..aku cube utk ikut timing..tp skang ni bz sbb duk kejar dateline je kan. g 1 plak raya cine ni ofis aku cam bese la akan tutup 1 minggu. So utk elak segala kemungkinan kitorg kene siapkan keje dgn cpt b4 raya cina..huhu

Aku x ckp tgn dah ni. mana nak pam susu, mana nak wat keje, mana nak QA and mana nak reply emel client.huhuhu..

Skang ni mmg aku tgh multitasking, diwaktu aku tulis blog, aku tgh pam susu utk AI dan juga tgh pk ayat utk reply emel client.huhu

p/s: Doakan aku semoga susu aku tetap banyak utk AI. aminnn

Thursday, January 13, 2011

Dek kerana terlalu ada perasaan ingin tahu, Perihal itu kembali mengukir difikiranku

 

Aku rasa ini pertama kali aku tulis tajuk yang panjang. Hmm

Aku tetiba sedih bila AF bagi tahu aku sesuatu. Crying faceTu la aku gatal sangat nak tahu. Mana taknya, aku je yang selalu berceloteh pasal keluarga aku. Tapi x dia. Hari ni aku xtau macam mana aku leh gagahkan diri untuk bertanya pada AF.

Tup..tup…dengan lambat AF balas mesej aku,

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Aku masih tak diterima mereka!

Punca dan sebabnya masih lagi menjadi persoalan di benak aku.

 

Ya Allah Kau kuat kan semangat aku. Ameenn…

Tuesday, January 11, 2011

11 1 11

 

Dalam dilema Angel

Masih lagi berfikir Light bulb

Tanda Tanya Eye rolling smile

BersalahSad smile

Haruskah aku Crying face

Diam membisu Don't tell anyone smile

Monday, January 3, 2011

Permulaan 2011

 

Jika orang lain sambut tahun baru dengan kegembiraan, tapi tidak untuk keluarga aku.

Pembukaan 2011,

Abah masih lagi terlantar di katil.

Makan minum semua bersuap.

Mandi pun dengan bantuan kami sekeluarga.

Nak bangun dari katil, didukung oleh abg ipar.

Kalau abg ipar xder, kami yang perempuan ni mengumpul tenaga untuk dukung abah.

Abah dah tak boleh berjalan, semuanya kene bantuan kami, berkerusi roda.

Sedih sangat bila abah nak buang air besar.

Tandas kat rumah kami kene naik tangga. Bayangkan lah aku bersama adik-adik perempuan aku 2 orang, mengusung abah naik tangga untuk pergi ke tandas.

Ya Allah, aku punyalah takut tergelingcir bersama abah. Nasib baik kami selamat.

Setiap malam abah akan demam. Kami bergilir-gilir tukarkan kain tuala sejuk kat badan abah sampai demam abah kebah.

Setiap malam juga abah aku akan batuk dan muntah. Masa tu kami selalu terdengar abah cakap “Dah tiba dah masa untuk aku”

Apakah maksudnya tu..kami memang takut. Memang betul kami kena bersedia. Tapi hakikaktnya ada ke anak-anak yang bersedia untuk KEHILANGAN?

Ya Allah Kau panjangkan lah umur abahku..kuatkanlah semangat dia untuk teruskan hidup. Kau sembuhkanlah dia dari sakit…

Semalam 2 Januari 2011,

Anak buah aku Eisya kene admit kat SunMed, sebab demamnya dari hari Jumaat tak turun-turun.

Rupa-rupanya dia kene appendices. Semalam juga dia kene buat operation. Kesian dia, baru umur 7 tahun dah kene operate. Hari ni permulaan sekolah dia dah MC.

 

Dugaan sungguh di permulaan tahun 2011.

Aku harap tiada lagi berita tak baik selepas ini.