Jom ikut UK

Thursday, December 31, 2009

Ayat Penggerak

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;


Maksudnya : tidaklah seorang hamba berdoa di setiap pagi dan petang " Dengan nama Allah, yang tidak memberi sesuatu mudarat di bumi juga di langit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui"..baca tiga kali, maka tidak akan ada apa yang memudaratkannya.
( Hadis riwayat Tirmizi )


Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;


" Bismillahillazii laa yadhurru ma'as mihi syaiun filardhi walaa fissamaai wahuwassamii ul'aliim"


Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;
1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah


Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;
1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.


Fadhilat mengamalkan dengan doa ini;


-Terhindar Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.
Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

-Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

-Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.
Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.
Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.
Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

-Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.
Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.


Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.
Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.

Saya cuma forward untuk kita kongsi bersama..
insya allah, mari berusaha mengamalkannya..
Oleh: Ismail bin Abu Bakar

Petikan dari Syok.Org.

P/S: Sama-samalah kita amalkan smile_regular

Monday, December 28, 2009

Rawak

 

Maafkan aku kerana menyepi terlalu lama.

Macam-macam terjadi pada aku late ni. Aku xtau sampai bila aku akan jadi blogger tegar.

Aku cuba untuk memaafkan walaupun aku dalam keadaan tertekan. Tapi hakikatnya aku x mampu nak maafkan.Aku terima seadanya dan redha dengan ujian ini.

Aku hanya manusia biasa. Aku cuba untuk menjadi seperti Rasulullah s.a.w yang sentiasa memaafkan orang, tapi hakikatnya aku x mampu nak mencontohi Rasulullah s.a.w.

Andai suatu hari nanti aku sudah tidak menulis, maafkan aku.

Thursday, December 17, 2009

Time is running

6a00d8341c29c553ef0105352b1c6f970c-800wi 

Argh…I’m running out of time..

020-running

run…run..run..

qq1sgMessyDesk

what a mess desk?

A lot of work are queuing..

36104,xcitefun-face-6 

Waa…lot of pimples come out! hate this..

It’s so painful..sob..sob..

*all the pic credit to google image

Wednesday, December 9, 2009

Macam-Macam Kerenah

 

Hari ni aku kuar lunch sensorg. Kuar je dari ofis nampak kete berderet dan bergilir-gilir bunyi

hon

 

 

 

Adeyh pening aku rasa…dah macam kelas muzik budak tadika jadi nye..Oklah aku abaikan, sebabkan perut aku lapar sgt. Baru jln dlm 10 langkah, baru aku tau nape kete berderet.

Rupenye Lori 2 tan wat dabel park. adeyh mengong sungguh. tu yg kete len x muat nk lalu. Pastu MBSJ suh org tu alihkan. Ok setel 1 masalah.

Pastu aku nampak ade org kejar TOW TRUCK MBSJ.. tow  Cian lak aku tgk org tu..tu la sape suh park merata-rata. MBSJ skang nk kejar bonus abg oi. So kene la hati-hati nak park tu.

Oleh kerana aku x smpai ati nak tgk org tu, aku pun terus ke restoren Andaman utk beli lunch aku.

Balik dari beli lunch tu, aku ingat seme masalah setel.Rupenye idak lg. Gara-gara kete berjujut panjang td, ade kete n lori yg Xcident  langgar bontot. Aiyo..macam-macam la.

Driver lori n kete tu pun trn n bertengkar la plak kat laluan aku AS5VCA2D4760CAPOHI0LCAIH6DR1CANU834RCA8ECHDYCAL3ABT4CAUYR4P8CAYEBC48CAFE7LH9CA0NAW2UCALL9294CA303894CA92QTKACA8WH2JSCA7OZGMDCARB0C9TCAXV7M8V. Haih ape la nasib aku ari ni. dah la aku tgh lapo ni. Lapo tu 1 hal, penat lg.huhu

Macam-macam ragam org aku jmpe ari ni..

 

Tuesday, December 8, 2009

Ku Percaya Ada Cinta

 

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi

Tiap satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi

Friday, December 4, 2009

Soklan Apakah

 

Bagi yang mengikuti perkembangan aku, pasti sudah tahu perkahwinan aku belum pun sampai 3 bulan. Baiklah aku highlight disini belum lagi 3 bulan.

Tapi selepas jer 2 minggu usia perkahwinan aku, sudah ramai yang bertanya dah ada isi ker?

Gulp..Soklan Apakah ini? 2 minggu kot aku jadi isteri org. Tapi aku hny senyum je la. smile_regular

1 bulan kemudian…

Masih lagi bertanya, “tak de ape-ape tanda lagi ke? “

Aku jawab “Belum ada rezeki. sambil senyum lagi smile_nerd

2 bulan kemudian…

Masih lagi bertanya sambil terus memegang perut aku, “xder isi lagi?”

Aku, smile_omg

yang jauh menelefon aku semata-mata nak tanya “xder isi lagi?”

Aku, smile_cry

3 bulan akan datang…

jika masih ada yang bertanya,

aku nak amik idea ana cenonet :

ana azman: ko ckp
ana azman: ko ingat nk dpt anak
ana azman: cm apply ke?
ana azman: then burung gi kt rumah2 mcm dlm cartun tuh

ATAU AKU JAWAB JE LA CAM NI:

Ko ingat buat anak ni macam produce barang dari kilang ke?

*

*

*

*

*

Waa..aku baru je kawen wei..tolong laa jgn tanya lagi. Kalo dah ade rezeki nanti aku buat ANNOUCEMENT besar-besaran….

Tuesday, December 1, 2009

USJ – Pendang [updated]

Dari USJ pada pukul 6.30 pagi dan tiba di Pendang pada pukul 11.30 pagi.

Jom kita layan gambo yang ada dlm kamera aku ni je. Untuk cerita yang lebih detail sila pergi ke BLOG INI!

_B293997 _B293998

_B294002 _B294003

_B294021 _B294019

_B294030  _B294034

_B294051 _B294052

_B294169 _B294172

_B294175 _B294177

_B294227