Jom ikut UK

Wednesday, September 30, 2009

Daun Keladi

Sebelum kita berceloteh panjang, Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi menghadiri majlis perkahwinan aku pada 26 September 2009.
Alhamdulillah, dengan lafaz nikah 2 kali, aku dengan sah nya menjadi isteri kepada suamiku Ahmad Faizol Bin Muda pada pukul 5.50 ptg, di Masjid Ahmad Shah, Kuantan.
Gambar xder lagi dgn aku. Gambar yang ade ni aku amik dari kwn aku ocean & xeea . Selamat menonton. Kalo ade gambo lg, nanti aku update ok.
ops...hari ni aku sudah berumur 25 tahun..huhu..


Thursday, September 17, 2009

Sirih pulang ke Gagang

Sape pulang ke Pantai Timur Malam ni? Sure ramai kan..
ye la duk ngejar TOL FREE macam aku..hehe..
sape xmo free, ye dak?

Terima kasih MTD kerana sudi bagi duit raya pd tahun ni.. Kgkwn semua jgn lupa 24/9/09 pun TOL FREE juga. Jadi, jangan lepaskan peluang anda yang sudah ada di depan mata ;)

Hari raya tahun ni aku x buat persediaan sangat pun. Ye la, aku x reti nak handle 2 perkara dalam 1 masa. Mana nak siapkan barang kawen lagi, barang nak raya lagi. huhu..tahun ni kueh raya sume nye tempah ngan orang. Ada jugak orang bg free..ehehe..Terima kasih sebab simpati ngan orang nk kawen ni.hehe

Untuk rakan-rakan yang mengenali diri ni or baru nak kenal ke, kalau free 26 September 2009, jemputla datang kenduri aku kat Kuantan ye! Aku suke sangat kalo korang dapat datang. Lagi happening \:D/

Lokasi Majlis sila klik link ni ok.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir & Batin.
Pandu Cermat Biar Selamat k!

Wednesday, September 16, 2009

Tuan Pengarah

Aku mohon ketabahan hati,
Ya Allah.
Dengarlah rayuanku,
Ya Allah.
Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa.

Tuesday, September 15, 2009

Daun Selon Layu

Walaupun pasrah dengan keLAYUannya, daun selon masih mengharap untuk dihidangkan ke atas meja. Dan juga berharap, dapat mengenyangkan perut sesiapa yang memakannya.

Begitulah aku di ibaratkan..

Aku pasrah dan redha dengan segala ujian yang Allah berikan padaku. Dan dalam masa yang sama aku berharap ada sinar disebalik apa yang terjadi. Cuma aku perlu banyak bersabar dalam menanti sinar itu menyinari kehidupan yang aku pilih.

Aku tahu kekadang aku LAYU bagai daun selon yg tunggu masa untuk di buang. Aku perlukan kekuatan untuk menongkat aku dari jatuh.

Aku pohon dari Mu,
dengarlah kata hati ku,
Aku pohon kesejahteraan dari Mu,
Aku pohon kebahagiaan yang berkekalan dari Mu,
janganlah Engkau duga aku dengan Dugaan yang tidak mampu aku menggalasnya.
Amin..

Monday, September 14, 2009

Makan Jering Kentut Bau Petai..

Harap maklum, tajuk di atas tiada kene mengena dengan apa yang aku nak citer kan..

Semenjak 2 menjak ni bila tarikh akad nikah aku semakin hampir, bertubi-tubi dugaan aku dan Incik Vespa kena hadapi.

Alhamdulillah, segalanya aku hadapi dengan hati yang tenang dan aku redha dengan segala ujian Allah.

Tapi aku ada 1 perkara yang betul2 merisaukan aku. Iaitu aku masih x terima Surat Kebenaran Negeri untuk bernikah.hoho..cuak seh..aku takut je nnt, kenduri aku da berlangsung tapi sebenarnya nikah aku x lagi..ye la, mana x nya kenduri x leh nak posponed..huhuskang leh tawakal je..aku harap aku dapat hari ni..

Skang leh katakan setiap hari aku akan menelefon mak abah aku.huhu..ye la, tetiba rasa cam terlebey manja la plak,risau itu ini aku mesti nk luah kat mak n abah aku. Nasib baik mereka memahami keadaan aku. Segalanya mereka selalu suh aku perbanyakkan mintak dengan Tuhan moga segalanya berjalan lancar. InsyaAllah..

Dalam aku menghadapi pelbagai ujian, masih ada kabar gumbira yang aku terima..ehehe...yuhuu tahun depan aku akan dapat lagi sorang anak buah..wah, sungguh seronok.leh katakan 1 family aku seronok sangat. ye la, mana kami x seronok.huhu. sudah 5 tahun xder baby dalam umah kami. aku rasa anak buah aku yang bakal lahir tahun depan ni sangat spesel. ye la, kaklong aku dah 13 tahun x melahirkan anak, sepanjang itu dia makan ubat perancang. Doc pun termenung panjang macam mana kaklong aku bley pregnant. hihi.. 13 tahun makan ubat perancang, tapi anak buah aku masih berjaya menembusi..huahuahua...KENTAL weh!

So skang kaklong aku tengah mabuk-mabuk manja la..ehehe..cian dia..hilang la nk g SLIM WORLD..ahhaa..time tu xtau yang die preggy..sebab die ckp die da gemuk..asyik nak makan je..skang amik nak rupenye die pregnant..wehehe..

Moga segalanya akan berjalan lancar dan selamat. amin

Thursday, September 10, 2009

Nasib ku

hhmm..tinggal 2 minggu lagi aku akan bergelar isteri kepada Incik Vespa. Tapi masalah kami yang sudah 3 tahun kami hadapi masih lagi x dapat setel.

Apa lah nasib kami ni...kenapa Tuhan menduga aku sebegini rupa. aku bingung.

Sekian kali aku selalu berfikir,

apa salah aku?

apakah hikmah disebalik dugaan ni semua?




Kekadang sampai aku x sanggup mendengar suara tunangku yang menahan kesakitan. memang dari segi luaran x siapa tahu kesakitan yang dia hadapi.

Dikala kami bergembira, tetiba dia akan bermasam muka dengan aku. Aku tahu dikala itu pasti ada sesuatu yang mengganggu. Tekaan aku tepat. dan ia terus melarat sampai berminggu-minggu dan kadang kala sampai sebulan.

Maaf, aku bukan nak menagih simpati sesiapa. aku hanya nak meluahkan isi hati aku yang aku pendam selama ni.

Aku tahu aku perlu kuat untuk memberi semangat kepada Incik Vespa untuk menghadapi dugaan ini.

Aku sering berdoa agar penantian ku untuk melihat Incik Vespa sihat sepenuhnya akan berakhir.
amin..

Wednesday, September 9, 2009

C@n+|k

Ape yang c@n+k ?

sebenarnya tarikh hari ni sungguh cantik aku rasa..ye r..kalo tahun lepas ramai yg nikah,nak lahirkan anak, dan macam-macam lah pada tarikh keramat 08.08.08...tapi tahun ni lak 09.09.09..x ke cun tu..aku xtahu laa kalo ade orrg nikah ke x ari ni..ye la, al-maklumlah jatuh pada hari org bekerja dan pada bulan puasa plak kan...hehe

hari ni jugak, aku telah membuat ubah suaian kepada blog terchenta ini..:d

aku harap, aku akan mencari masa untuk aku kembali menulis blog..banyak perkara yang boleh aku kongsikan dengan kenalan internet...hehe


Dan ini lah buah kerdas busuk!