Jom ikut UK

Wednesday, February 11, 2009

..:: Ke (maaf rindu bizi) an ::..

Alahai...lame jugak ye blog ni berhabuk..jenuh nak buang habuk ni..

Yang Pertama

Ke Maaf an dipohon sebab jarang kemaskini blog sekarang. Bukan x nak kemaskini tapi masa x mengizinkan aku untuk mengemaskinikan nya..Di saat idea melimpah ruah, tetiba pula datang si ketua menyuruh aku buat itu la ini la..Maka dengan itu, bila sudah selesai segalanya..idea aku disah hilang dan maka dengan itu aku pun jadi kebuntuan..alahai...:-j

Yang Kedua

Ke Rindu an aku untuk menulis sampai aku xtau bagaimana untuk menjelaskannya..Aku selalu set dalam kepala untuk mengemaskini nya di waktu petang iaitu sebelum balik kerja. Tapi sejak 2 menjak ini, aku selalu orang terakhir yang berada di pejabat. Sampai Bos aku pulak yang memaksa aku pulang.haha..macam x percaya je aku begitu tekun membuat kerja sampai lupa akan waktu yang berlalu...alahai..aku begitu rindu..ini pun aku mencuri masa sekejap saja

Yang Ketiga

Ke Bizi an yang teramat membuat kan segala aktiviti aku sebelum ini harus dilupakan untuk seketika..Dikala ini aku bizi menguruskan dan membina sistem aplikasa untuk Universiti Malaya. Aku rasa begitu cemburu dan takut dengan masa.Kenapa harus berlalu dengan begitu cepat..uhux.Minggu depan ujian "user acceptance test" sudah dilakukan..alahai..aku baru saja buat dalam masa seminggu. Cepatkan berlalu..Minggu ni juga aku harus mempelajari "Sharepoint" kerana aku dihantar oleh syarikat ke Brunei...dan sememangnya aku harus tahu segala nya mengenai syarikat di Brunei itu...alahai...

Aku betul-betul perlukan masa...:(

Monday, February 2, 2009

..:: Cuti-cuti Family ::..


Selamat Datang ke Rumbia Resort Villa..
untuk lebih lanjut layari la Laman Web ini
Cuti Tahun Baru Cina kali ni, aku rasa sangat bermakna. Nak tau kenapa? Sebab nya, pada 24 hingga 26 Januari 2009, aku bersama keluarga sebelah mak telah bercuti di Paka,Terengganu. Nak tau berapa orang kami sekeluarga? Mari kita kira sama-sama okey.Kita mulakan dari atuk aku sampai la cicit dia ok :D
1. Tok Ayah
2. Tok De ( Nenek baru aku)
Anak Menantu
3. Mak
4. Abah
5. Acik
6. Pakcik
7. De
8. Ayah De
9. Mak Lang
10. Pak Lang
11. Mak Andak
12. Pak Andak
13. Pok Amir
14. Aunt Fidah
15. Mak Ila
16. Uncle Shahir
17. Pok Epi
18. Aunt Lin
19. Moksu mira
20. Pok Haikal
21Mok Sarah
Cucu
22 aku
23. Eni
24. CT
25. Amin
26. kakak
27. Eli
28. Ikah
29. Nana
30. Dila
31. Aiman
32. Kaklong
33. Idin
34. Alif
35. Aina
36. Alin
37. Amar
38. Tasya
39. Afiq
40. Nurin
41. Naufal
Cicit
42. Emi
43. Era
44. Danish
Patutnye ramai lagi. Keluarga Makngah aku x dapat sertai kami atas sebab-sebab yang tak dapat di elakkan..Kaklong dan kakak aku pun x dapat sertai kitorang.
InsyaAllah, tahun depan semua dapat sertai.
Untuk gambar dan video nanti la aku muat naik okeh. sebab ada banyak lagi yang belum dipindahkan ke komputer riba aku ni.uhux..
Bagi aku Rumbia Resort tu x menarik sangat..di sebabkan Strawberi Resort masih lagi dalam membaik pulih, maka kami terpaksa memilih Rumbia Resort.
Tapi di sebabkan keluarga ku yang begitu 'Open Minded' jadi kami tetap gembira dan seronok bila banyak aktiviti dilakukan bersama. Contohnya, buat pertama kali aku main terjun kolam bersama sepupu-sepupu laki ku.haha..Dah la aku paling tua, semua di abaikan bila dah terlalu seronok. Haha..
Kalaula...bakal mertua aku yang tengok aku terjun, kompem die 'Reject' untuk jadikan aku menantu dia.ahaha
Okeyla..korang pun bukannye suke sangat kan baca tulisan aku yang entah apa-apa ni. Lagi best tengoj gambar kan? ehehe..aku tahu..sebab aku pun begitu...
Nanti ya aku muat naik gambar dan video.
Daaa