Jom ikut UK

Friday, September 26, 2008

Salam Lebaran

Assalamualaikum

Di sini aku ingin memohon maaf dengan kgkawan semua..dari hujung rambut ke hujung kaki ye. halalkan makan minum yg di beri selama kite berkawan/ bg yg mengenali jugak...

utk yg drive blk ke kampung tu...drive elok2..don't be so rushing..xkan lari gunung di kejar..ehex..janji kite selamat smpai..ingat skit time drive tu..mak n abah kite tggu kite balik ajak berbuka/bersahur sama².. bkn tggu kereta jenazah tau..huhu..tngat citer DAUN KETUPAT KERING..sorry yer...

fyi guys..i nk blk kampung da ni..i nk g sunway to pick up my sister then...zo0ommm...trus ke KUANTAN...tanah tumpah darah ku..ehehe...doakan aku selamat smpai..amin

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...

Thursday, September 25, 2008

Kuih Raya..

ehee..semlm aku n Cik Nad merangkap my osmet ttb rs nk wat kuih ry bf msg2..ahax.ye la..bf kitorg x dpt ry..cian eh kat diorg.. sob sob..

lawak betul..kul 9 mlm kitorg trus kuar g tesco. beli bhn2 utk buat conflakes madu specials for our bf.ahax..bagus x dpt gf cam we all ni.:D

lepas je beli semua brg tu...tkr bj n trus je buat...ni ade beberapa pics yg di snap.siap ade kuih hangus..ahahha...layan je eh..



Bhn²: Conflakes + Badam cincang, Madu, Manik urai, Butter yg dah di cairkan

ni dari process die campur semua bhn di atas esep manik urai tu, letak dlm cup n bake dlm 2 min.


ni la conflakes madu yg hangus.ahax. aku mmg da hagak dah..kompem ade punyer yg TERHANGUS.tp ske plak aku mkn yg ni..cume x leh bg bf kitorg ler..ehehe

Wednesday, September 24, 2008

Hari yang Bosan...









<-- Muka yg sgt membosankan ari ni sungguh bosan...


ofis aku ade product demo kat Agrobank..

aku di larang sama sekali...kalo melanggar...LEMPANG naik di pp ini( warning by my leader)

1. Meng access Server 204
2. Buka HR System aku..sbb system tu kat server 204
3. x bleh mendonlod..takut server ttb down dek krn P2P..tp aku xder yg tu

Sekarang aku sgt la bosan..1 keje pon xleh..ape yg aku wat skang tgh chat ngan CIK MOMO...n mengUPGRADE aku nye kampung...

Sambil mendengar lagu raya dari Aman Shah - Kepulangan yang di nanti

ttb aku rindu kat En. Vespa..sob sob..ry ni die xder..kene keje kat lautan.adeyh..nnt kami x leh calling2 n msg2 dah..3 weeks lak tu..waaaa....

kompem hidupku bosan nnt.blk keje sure tdo je keje aku..pastu sabtu n ahad lak...harap penuh la ngan aktiviti..kalo x sure air mata ni duk bergenang sbb rindukan En. Vespa..sob sob sob..









<-- p/s: En.Vespa jgn p lame2 yer..nnt Cik Oren rindu sama kamu...

Tuesday, September 23, 2008

..:: Malam Tujuh Likur ::..

Malam tujuh likur ... hhmm i have no idea to explain more detail about it..
dlu time duk kat kampung..arwah nenek slalu cakap pasal mlm tujuh likur...n time tu kitorg( aku n kakak2 ku n sepupu sepapatku) cam hepi la..lepas jer berbuka, kitorg akn main bunga api, mercun n UFO..haha sonok nye jadi kecik2.

UFO tu permainan kat kg aku..x tau la korang pnah main ke x.ahax..ia hanya menggunakan kertas surat kabo ( newspaper)..nnt la aku hapdet cmner ghupenye eh...nnt blk kg bleh main lg:d

bile da abih bg api, mercun n kertas di bakar...kitorg main nyorok2 plak..time ni best gak..pastu mula la nenek aku dr beranda akan ckp:-
nenek: main la nyorok2 nnt kene sorok ngan hantu k***k..( perkataan tu sensored skit) ahax..
aku: alaa xdernye nek..kan bln pose hantu kene ikat...
nenek: hah ye la tu...jap g ade la tu...

tapi kitorg sikit pun x dengar ckp nenek aku tu..ekeke..terus main nyorok2..ttb kan tgh syok duk main tu...ayah aku pakai kain semayang pastu duk kat blkg umah...ape lg kitorg nampak ni trus ciput berlari.ahaha...naik atas umah..aku dgn muka pucat lesi x yah ckp la..siap nenek aku bg air + jampi2 skit.ahaha..lawak betul time tu

kitorg kat kampung akn hepi cmni hanya pada mlm 7 likur..utk org dewasa plak..akan pergi tarawih ..ye la utk dptkan mlm Lailatul Qadar..masa tu kami kecik lg..so x pergi tarawih..eheee malunyer...

ini la citer nye di mlm 7 likur..byk lagi sebenarnye...tp xtau cmner nk citer..ahaha...

Sunday, September 21, 2008

kerja kerja dan terus bekerja

huhu..penatnyer...

khamis: 8.30 am - 5.00 pm
9.00 pm - 7.00 am

Jumaat: 2.00 pm - 6.00 pm
10.oo pm - 12.00 pm

Ahad: 9.00 pm - 11.00am ( updated)

ini lah masa aku duk kat ofis...huhu..mata aku da jadi mata panda dah...
ni pun ngantuks..tp kene siapkan keje ni..esok da kene anto..:(

Gambatteh neh!.

utk kawan2 ku sekalian...selamat bersahur + berbuka k..

Thursday, September 18, 2008

..:: Ramalan Horoskop ::..

Sesuatu yang ingin dikongsi bersama² blog readers semua..Ini agak mengejutkan jugak la..betapa ceteknya pengetahuan agamaku..malu rasanya..aku harap ia masih x terlalu lambat..sbb dgn umur aku yg da nk hampir 24 thn, aku br tahu pasal dosa ramalan horoskop.huhu..Isu ramalan horoskop ni telah dibincangkan disebuah rancangan di TV9.

Lebih mengejutkan aku lagi apabila salah sorang panel tersebut memaklumkan bahawa membaca horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari. Ya Allah Ya Tuhanku..

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.
"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya.

Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah
selama 40 hari."

Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.

Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.

Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.
Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan.

Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.
"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.
"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi.

"Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya.
Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya.

Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah.

Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.

"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya.

Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib.

Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.

Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan
ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit.

Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.

Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq.

Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir
berpandukan bintang.

"Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil.
"Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit.
Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.

"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya.

Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan. ..

Aku harap..dgn kongsinya sedikit ilmu pengetahuan ini, dapatlah kita memperbaiki apa yg tlh kite buat silap..wallahualam.

Monday, September 15, 2008

..:: Happy Anniversary ::..


Kepada Mak n Abah,
Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan yg ke 34..

Ju harap, moga mak n abah akan terus bahagia bersama kami adik-beradik. InsyaAllah, selagi hayat kami dikandung badan, kami akn berusaha tunaikan segala impian mak dan abah dan menjadi anak yg Soleh dan Solehah.

Ju doakan, semoga mak dan abah di panjangkan umur, dimurahkan rezeki dan di berkati Allah selalu.Amin..

I Love u, Mak n Abah.

Thursday, September 11, 2008

..:: Rayuanku ::..

aku mohon maaf jika pernah melukakan hati mu..

aku berharap sangat..
janganlah mengganggu hidupku lagi..
aku sudah melepaskan mu..
aku juga berharap engkau melepaskanku..
lepaskan hidup ku dan pilihanku..

aku maafkan mu..
aku merayu padamu..
tidak sanggup ku menanggung derita ini lagi..
Hanya Tuhan saja yang tahu penderitaan ku..
Bertaubatlah selagi masih ada waktu..

Wednesday, September 10, 2008

naper yer..

rasa cam nak menjerit jer..

air mata ni anytime jer bley gugur..

sob sob sob..

kuatkan semangat juju..

sabar..

Tuesday, September 9, 2008

..:: Cara bagaimana menyayangi seseorang ::..

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.


taken from Tokeikedai.net

Monday, September 8, 2008

..:: Jual - jual ::..

ari ni pepg lg..bos aku da menjual kat aku.huahaha

leader: korang nak beli kerongsang?
aku: ada ker?
leader: ni tlg jual yg org, cr duit lebey ckit utk ari raya..
aku: bley saje..meh la nk tgk..
leader: jap..
aku: ehe..x pyh la nk g beli kat luar:D



leader: ni dr china ni...
aku: mak aih..rabun mata ceq nk memilihnyer...
leader: amik la 1..today, 1st n last aku bw kerongsang ni. esok nk kn anto ke Perak dah..
aku: So, aku tlah amik 1..utk pakai time raye nnt..hhe..yg mana 1 tu..rahsia..huahaha

..:: Berbuka puasa ::..

Last Thursday, kitorg 1 ofis pergi berbuka puasa kat Tropicana Golf & Country Resort. .huhu..mmg sgt la sedap..dpt mkn sesuka ati..macam2 ada tau...hehe..bayarannyer kalo x clap aku RM58 per person for non-members and for members lak RM53. hua hua hua...ia berbaloi utk org yg mempunyai storage yg besar n tdakla berbaloi utk org yg mempunyai storage cam aku..ahahaha..x larat dowl nk mkn semua yg ade kat ctu..ehehe...korang tgk la ape yg aku da mkn..aku dptla snap beberapa pix kan..ehehe...

Lampu yg kat menyinari table aku:D

Ni la table yg di reserved kan utk kami :D

ni table hidangan Steamboat

ni stall goreng2. betul2 kat dpn table aku..

ni dia pinggan aku. spagetti bolognese + ns beriyani

kuih pelita + buah kurma + sekaya + serimuka + kek (itu aje yg aku tahu:D)

pisang goreng + cempedak goreng + popia + roti john

Satay dgg + Satay ayam

Butter n spicy crab + ayam kuzi + ayam msk ros

Lamb + udang + sotong (semua bakar) + cicah mint sos

Apam balik nipis

Murtabak + sosej + dgg bakar

ahax..table ku yg penuh dgn mknan..huahaha

table sebelah yg malu2 utk amik mknan.huahaha..

See...my table...kuang kuang kuang

ini aje yg ku dpt sajikan utk uol seme..ehehe..licin di kerjakan kami semua..dahsyat x.huahaha

Thursday, September 4, 2008

..:: Birthday Girl ::..

4th September 2008



Hepi Bufday Nor Syaziana Azman..May Allah Alwiz Bless u. Wish u this bday, will giv u thousand sweet moments than b4. Love u Ana.

Birthday Blessings

Instead of counting candles,
Or tallying the years,
Contemplate your blessings,
As your birthday nears.

Consider special people,
Who love you and who care,
And others who’ve enriched your life,
Just by being there.

Think about the memories,
Passing years can never mar,
Experiences great and small,
That have made you who you are.

Another year is a happy gift,
So cut your cake, and say,
"Instead of counting birthdays,
I count blessings every day!"

By Joanna Fuchs

Once again, Happy Birthday My Dear Sis..:D

Wednesday, September 3, 2008

..:: Knowledge ::..


Google has launch a new browser.hua hahaha..yes, i like it. its very lite than other browser. but it still under testing. nvm, small matter rite. Whats the interesting Google Chrome?? ahaaa.. u shud use 1st and u will know it later..wakaka.. 

Here, I paste a few screen shot for u to know:D



for more details, u can simply explore at Google Chrome.

Have a nice day.

Tuesday, September 2, 2008

..:: Selamat Berpuasa ::..


Sorry lame jugak x hapdet blog nih...
Cik ucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak kpd yg beragama Islam..
Jgn lupe pose tau..jgn ponteng...ehehe..x pose penuh x leh raya..tu laa yg bese kite dgr time kecik2 dlu kan..skang ni aku ulangi plak utk ank buah aku...nak duit ry kene pose..kalo x Mak Teh xmo kasi duit raya..ehehe..bgs x aku:d

ckp pasal duit ry..thn ni giliran aku kene bg duit raya laks...hohoho...thn lepas aku still dpt duit ry..hua hua hua..xper la kan...sedekah utk budak2..mak aku slalu pesan, walo cmner pun kite ssh biar pun 50sen kt kn bg kat dak2 yg dtg ry kat umah..bile kite bg duit kat diorg, diorg akn ingat smpai bile2..ada betul jugak ape yg mak aku ckp...cam aku skang la kan...aku masih ingat sape yg bg duit ry kat aku...pd sape yg x bg duit raya kat aku dlu...aku still ingat jugak..ehee

mak aku ckp, bile kite bg kat bdk2, diorg hepi, n bile diorg hepi eceli diorg akn doa kan utk kite...so mana tau lepas ni rezeki kite melimpah ruah kan..tul x? itu semua sedekah utk anak2...

wasalam